CYKB:59

9.8K 441 89
                                    

BERBIRAT hatinya memandang batang tubuh Andra yang berdiri di depan gate rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERBIRAT hatinya memandang batang tubuh Andra yang berdiri di depan gate rumahnya. Kaku tanpa kata. Lebih kepada menundukkan pandangan. Entah apa lagi niat lelaki itu datang ke mari.

Sudah kusangka, dialah watak ketiga dalam hubungan aku dan Harraz. Getus hati kecilnya.

"Hazel..." Andra naikkan wajah memandang Kamilia Hazel dengan wajah serba salah.

"Apa hal lagi awak datang sini? Nak bergaduh lagi macam semalam? Atau awak nak buat Harraz cemburu bila tengok awak dengan saya macam ni? Or... both?" Pedas sekali sindiran Kamilia Hazel menampar wajah Andra.

"Hazel, saya tahu awak marahkan saya sekarang..."

"Memang pun, Andra! Saya marah sangat pada awak. Awak langsung tak hormat hubungan kami. Saya dah agak dah mesti awak ada niat tak baik sebab tu awak datang waktu-waktu macam ni. Andra, bagitau aje lah pada saya apa yang awak dah plan? Apa rancangan awak nak musnahkan keluarga saya? Oh, mentang-mentang Harraz tu tengah sakit awak nak ambik kesempatan pulak. Macam tu?"Bertubi-tubi Kamilia Hazel membidas.

Bila Kamilia Hazel sudah berfikiran seperti itu, Andra lantas mencelah dengan gelengan. Bukan itu niatnya.

"Hazel, sumpah... saya tak ada terfikir sampai ke situ langsung. Saya bukan nak musnahkan hubungan awak dengan Harraz. Saya cuma... saya... saya tak mampu tengok awak bahagia dengan Harraz. Saya cemburu, Hazel. Semua benda ni masih baru untuk saya. Susah untuk saya terima kenyataan yang awak bukan milik saya. Susah, Hazel," luah Andra berharap agar perasaannya difahami oleh gadis itu.

Bukan niatnya mahu porak-perandakan hubungan Kamilia Hazel dan Ungku Harraz. Dia tidak sejahat itu lagi. Andra masih waras.

"Iey, saya tak bolehlah tengok muka awak lama-lama. Sakit hati saya. Sudahlah, Andra. Balik ajelah," kata Kamilia Hazel menghalau Andra.

Sebenarnya, makin sakit hatinya bila tengok Andra depan mata. Kes semalam punya pasal, mungkin selepas ini, dia dan Andra akan putus kawan.

Kamilia Hazel pusingkan badan ingin masuk ke dalam rumah semula, tapi bila Andra masih mahu berbicara, dia kembali menoleh walaupun hatinya sudah tidak boleh menahan rasa lagi. Jika Andra berlama di sini, mungkin sebuah tumbukan bakal hinggap di pipi lelaki itu.

Sabar, Hazel. Jangan gelojoh.

"Hazel... kejap. Saya nak minta maaf pasal semalam. Saya tak sangka yang..." Kata-katanya dipintas lagi. Kali ini, dia terpaksa hadap balasan Kamilia Hazel.

"Awak dah buat suami saya marah, Andra. Sepanjang saya dengan dia, saya tak pernah nampak dia marah sampai macam tu sekali. Sampai bertumbuk. Apa maknanya tu? Itu maknanya dia memang tak selesa dengan awak. Saya pun sama juga. Tak selesa bila awak datang sini. Saya dah tak kenal siapa awak, Andra," tuturnya berkerut dahi dengan penuh rasa kecewa.

"Saya tetap Andra yang awak kenal," ujarnya serius.

Ya, dia masih Andra Rifzal yang sama.

"Mungkin inilah perangai awak yang sebenar, kan? Cuma, baru sekarang nak tunjuk belang. Sebelum ni, awak butakan mata saya dengan segala kebaikan awak padahal awak tu sebenarnya syaitan bertopengkan manusia!" Kali ini, kata-katanya tidak bertapis lagi.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now