CYKB:18

10.7K 462 35
                                    

"HAZEL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAZEL..." panggil Ungku Harraz.

Kamilia Hazel berhenti lalu memandang Ungku Harraz yang sudah menyandarkan diri pada badan katil hospital itu. Wajah Ungku Harraz pucat tak bermaya. Bibir lelaki itu merekah akibat tak sentuh air mahupun nasi sejak semalam.

Kamilia Hazel tersenyum lalu kembali ke katil suaminya.

"Hah... kan bagus dengar kata," ujar Kamilia Hazel dengan senyuman kemenangan.

Mesti dia takutlah tu bila diugut tentang kematian. Baru kau tahu.

Namun, belum pun langkahnya tamat di katil Ungku Harraz, lelaki itu sudah berkata yang membuatkan Kamilia Hazel berhentikan langkahnya.

"No. Jangan lupa tutup pintu balik. Aku nak tidur," arah Ungku Harraz, sudah membaringkan dirinya di katil dengan posisi yang selesa.

Ternganga Kamilia Hazel saat itu. Cis, dia terkena!

"Seriously?" Kamilia Hazel tidak percaya.

"Keluar," suruh Ungku Harraz lagi sudah memejamkan matanya.

"Harraz, makan ubat. Please..." pujuk Kamilia Hazel bergerak ke katil Ungku Harraz. Dia sudah pegang ubat air di tangan, bersedia untuk menyuap Ungku Harraz.

Lama Ungku Harraz berfikir sebelum dia membuka mata kembali. Dia juga mahu pulang cepat, tak mahu duduk lama di hospital ini. Dia benci bau ubat-ubatan di sini. Namun begitu, Ungku Harraz ada idea nakal untuk mengenakan Kamilia Hazel.

"Okey, aku makan. Tapi dengan satu syarat." Ungku Harraz memeluk tubuh.

"Oh my... okay fine! Apa?" Dia malas nak melayan sebenarnya tapi ikutkan sajalah.

"Jalan itik depan aku," pinta Ungku Harraz, gelak dalam hati. Dia sudah terbayang Kamilia Hazel seperti orang dungu mencangkung tiba-tiba lalu jalan itik di sekeliling biliknya itu.

"No! Kau ingat aku budak-budak ke?" Kamilia Hazel menggeleng laju. Menolak permintaan tak masuk akal lelaki itu.

"Okay, then. Aku takkan makan. Kalau jadi apa-apa kat aku, kau yang bertanggungjawab." Ungku Harraz mengalihkan pandangannya ke arah lain, tanda tidak kisah.

Kamilia Hazel tersekat ditengah-tengah. Dia tidak mahu ikut permintaan Ungku Harraz untuk memuaskan hati lelaki itu. Dalam masa yang sama, kesihatan Ungku Harraz di bawah tanggungjawabnya sekarang. Kalau kesihatan Ungku Harraz merosot, apalah yang ibu dan bapa mentuanya gelar dia? Menantu tak guna?

Walaupun dia tidak setuju dan redha dengan perkahwinan aturan keluarga ini, tetapi dia tidak mahu digelar dengan nama yang tidak baik. Kalau sampai ke telinga abang Raziq macam mana?

"Okey. Aku buat. Tapi janji lepas tu kau makan?" Kamilia Hazel mengikut kehendak Ungku Harraz akhirnya.

Lagipun kena jalan itik di dalam bilik ni aje kan? Bukannya depan orang luar.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now