CYKB:46

7.5K 376 47
                                    

MALAM beredar, pagi pun mendatang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM beredar, pagi pun mendatang. Seperti hari-hari sebelumnya, Ungku Harraz sentiasa menyediakan sarapan untuk Kamilia Hazel. Tapi hari ini berbeza. Dia nak buat kek cokelat untuk pujuk si isteri tercinta. Mana la tahu Kamilia Hazel lembut hati semula.

Memandangkan sekejap lagi dia nak keluar berjumpa dengan teman-temannya, dia mahu pastikan segalanya sudah tersedia untuk si isteri sebelum dia meninggalkan rumah.

Lepas bangun pagi tadi, dia ada mengajak Kamilia Hazel untuk solat berjemaah. Fikirnya, bolehlah dia cuba berbaik lagi dengan gadis itu tetapi Kamilia Hazel menolak pelawaannya. Katanya, dia lebih selesa solat sendiri.

Tak mahu memaksa, Ungku Harraz cuma membiarkan saja.

Tak apalah, mungkin bukan hari ini.

Kek cokelat yang sudah dibakar di dalam oven dikeluarkan dengan menggunakan sarung tangan kain. Bibirnya refleks meniup-niup apabila tangannya merasa panas loyang kek. Kamilia Hazel mesti suka kek cokelat. Emm, so yummy!

Sarung tangan kain ditanggalkan sebelum dia menarik satu sticky notes yang melekat pada peti ais. Pen yang sudah dia sediakan sebentar tadi digenggam. Penutup pen ditarik menggunakan giginya.

Ungku Harraz menunduk sedikit. Beberapa baris ayat ditinggalkan di atas kertas lalu dilekatkan pada meja. Kek cokelat tadi dipotong sedikit lalu dipindahkan ke pinggan yang lebih kecil.

Ungku Harraz naik ke tingkat atas untuk bersiap-siap keluar. Sewaktu dia masuk bilik tadi, Kamilia Hazel masih lena tidur. Tak apalah, dia faham gadis itu sudah penat menangis semalaman. Sampai bengkak biji mata.

Biarkan Kamilia Hazel berehat tenangkan diri.

Seusai habis mandi, Ungku Harraz mengenakan t-shirt polo berkolar bersama jeans putih. Tangannya naik menyikat rambut bagi kemas. Dapat dia lihat imej Kamilia Hazel yang sedang lena diulit mimpi di atas katilnya.

Senyuman terukir di bibir. Sekurang-kurangnya, malam tadi dia dapat tidur sekatil dengan Kamilia Hazel.

Kolar bajunya dikemaskan sebelum membuat sentuhan terakhir, membelek wajah kacaknya. Oh Harraz, kau sentiasa kacak!

Katil dituju lalu melihat wajah sembap Kamilia Hazel. Anak rambut yang terjuntai di atas mata Kamilia Hazel diselak perlahan. Dahi Kamilia Hazel dikucup lembut sebelum dia menarik selimut menutupi sehingga paras pinggang gadis itu.

Dagu gadis itu dicuit perlahan.

"Maafkan aku, Hazel. Maafkan papa, sayang." Digosok perlahan perut Kamilia Hazel yang berbalut selimut.

Lagi sekali dia tersenyum. Ungku Harraz turun ke bawah. Enjin motor dihidupkan sebelum terus membonceng ke tempat yang ingin dituju.

PERJUMPAAN 'reunion' 4 sekawan itu telah ditetapkan di menara berkembar KLCC. Ungku Harraz lebih banyak termenung dari berbual dengan kawan-kawannya. Otaknya runsing memikirkan cara untuk berbaik dengan Kamilia Hazel kembali. Mesti ada caranya. Tapi cara apa lagi?

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now