CYKB:12

10.9K 475 4
                                    

"HARRAZ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HARRAZ... bangun. Weh, dah pagi." Kaki Ungku Harraz digoncang lembut.

"5 minit... 5 minit..." balas Ungku Harraz dalam mata yang masih terpejam. Lima jari kanannya naik.

Baru aje dia nak mimpi yang best-best.

"Aku kejut suruh bangun solat subuh. Semalam aku tak kejut kau, kau marah. Ini aku dah kejut ni, kau pula liat nak bangun," celoteh Kamilia Hazel tak berhenti.

Sesekali, bahu Ungku Harraz dicuit.

"Walaupun dalam library ni tak ada air nak ambil wudhu, tetap juga kena jalankan yang wajib tu. Kita tengah darurat ni, jadi tak apa. Ambil kain meja bulat tu buat alas sejadah." Kamilia Hazel berkata sambil menunjuk ke arah kain yang dibuat alas meja.

"Jomlah solat sekali. Aku boleh jadi imam kau." Ungku Harraz menggaru kepalanya, masih mamai.

Sampai tak sedar apa yang dia ungkapkan.

Dia sudah siap sedia berdiri sambil melihat sekeliling perpustakaan yang masih gelap. Ish, dia masih di sini? Bersama Kamilia Hazel? Ergh!

"Aku... aku tak boleh. Dahlah, pergi cepat," tolak Kamilia Hazel.

Dari jauh, dia lihat Ungku Harraz menunaikan solat. Bibirnya ukir senyuman. Kalaulah abang Raziq, kekasih idamannya itu menjadi imamnya suatu hari nanti, mesti dia akan jadi perempuan paling bahagia dalam dunia ini.

Rindunya dia pada abang sepupunya yang seorang itu. Apalah khabar dia sekarang, ya?

Jauh dia termenung sehingga Ungku Harraz melambaikan tangan di hadapan wajahnya pun, dia tak perasan. Lelaki itu baru habis solat.

"Woi tomboy! Gila eh? Senyum macam Quokka, dah kenapa?" tegur Ungku Harraz memandang jengkel sebelum bersila di lantai bersama Kamilia Hazel.

"Sibuklah kau!" Kamilia Hazel mengerutkan dahi tanda marah.

"Bezanya, Quokka senyum comel. Kau senyum ada iras buntut ayam," tambah Ungku Harraz lagi, sengaja cari stok sakitkan hati Kamilia Hazel pagi hari ini.

"Mulalah tu, nak cari pasal." Kamilia Hazel menjeling Ungku Harraz.

Mahu saja dia belasah Ungku Harraz. Adakah patut wajahnya disamakan dengan buntut ayam? Tak berperikemanusiaan betul mamat ni lah!

"Ish, sampai bila aku nak duduk sini dengan kau?" Tiba-tiba soalan itu dilontar membuatkan Kamilia Hazel memandang Ungku Harraz dan menyengetkan mulutnya menyampah.

"Ingat aku nak sangat ke duduk berduaan dalam ni dengan kau? Selisih!" Susuk tubuh Ungku Harraz dipandang sekilas sebelum dia menghembuskan nafas.

Klik! Ktak!

"Ungku Harraz? Hazel?"

Mereka berdua memalingkan wajah ke arah pintu perpustakaan yang terbuka.

"Cikgu..." seru mereka serentak.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now