CYKB:3

13.3K 551 9
                                    

SILING dinding dipandang kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SILING dinding dipandang kosong. Memikirkan cadangan guru-guru yang entah apa-apa. Ada ke patut nak pergi mana-mana mesti bersama? Bersama pula dengan si Ungku Harraz Bin Tan Sri Ungku Harriz. Sungguhlah tak logik dan tak masuk akal.

Berbaik? Oh no! Takkan sesekali.

Apa dia nak buat ni? Mulai hari esok, masuk sahaja pagar sekolah, dia perlu bersama dengan Ungku Harraz dari pukul 7:20 pagi sehingga la pukul 1:00 petang. Tak dapat dia bayangkan berada di sisi lelaki itu selama itu.

Sesaat pun dia tidak tahan!

Iphone diambil dari meja lampu di sebelah lalu mobile datanya di on.Tak sampai berapa saat, dah ada banyak notifikasi masuk. Antaranya dari instagram, twitter dan whatsapp.

Kamilia Hazel buka whatsapp lalu ditekannya pada private messages yang dia terima daripada Syifa.

From: Syifa Busuk

-Tak boleh la nak rehat dengan kau dah

-Seronok la orang tu dapat lekat dengan bakal jodoh tiap masa.

-Nyah! I is jealous you know.

Tak tunggu lama, laju jemarinya mengetik pada skrin.

To: Syifa Busuk

Banyak la kau! Mamat tak semenggah tu layak dapat gelaran tak baik aje. Dia tak layak jadi jodoh aku k.

Syifa sedang typing...

From: Syifa Busuk

-Mak aku kata jangan bermusuh nanti naik pelamin. Hah, kalau dah naik pelamin jangan lupa invite aku.

-Hik hik XD

Ah, tak boleh percaya istilah itu! Malas nak melayan, Kamilia Hazel meninggalkan mesej Syifa dengan dua tanda biru.

Dia kembali ke laman mesejnya. Ada 13 mesej lagi yang dia tidak baca. Ah, malas betul nak baca sebab kebanyakannya daripada lelaki. Konon nak tanya kerja sekolah padahal nak mengurat semata-mata.

Malas nak melayan, dia langsung tak buka mesej itu. Nampak kejam bukan, tapi itulah kenyataan yang harus diterima para lelaki.

Hati Kamilia Hazel hanya untuk seorang lelaki sahaja. Lelaki yang dicintai sepenuh hati tanpa sesiapa pun tahu.

Mesej dari Tiara seakan memanggil-manggilnya. Perempuan ni kalau chat dengan  Kamilia Hazel, pasti saja bukan nak cakap baik-baik. Mulut puaka tahap apa.

From: Tiara Alina

-Stop cari gaduh dengan bf aku please. Kau hamak attention ke apa? Tak matang la cara kau ni.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now