CYKB:32

8.9K 384 30
                                    

KELAS 5 Inovatif bising dengan suara mak cik-mak cik membawang, lelaki yang buat kelas itu seperti gelanggang bola sepak dan penolong ketua kelas yang sibuk mengarah rakan-rakannya duduk diam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELAS 5 Inovatif bising dengan suara mak cik-mak cik membawang, lelaki yang buat kelas itu seperti gelanggang bola sepak dan penolong ketua kelas yang sibuk mengarah rakan-rakannya duduk diam. Ada juga segelintir pelajar yang rajin mengemas kelas dan buat latihan. Nakal dan rajin pelajar-pelajar 5 Inovatif.

"Hazel..." Panggilan itu meleret.

Empunya badan terus memandang gerangan yang memanggil namanya tadi. Gadis bervase coklat itu mampir mendekati Kamilia Hazel. Dipeluk sahabat baiknya itu. Dua hari cuti, terasa rindu pula.

"Ya."

"Prince charming aku sihat tak?" tanya Syifa.

Prince charming yang dimaksudkan adalah Raziq. Cis, menempel macam kucing gatal ada sebab rupanya. Berani dia tanya pasal Raziq kesayangan Kamilia Hazel. Siap bagi gelaran 'prince charming' bagai.

Cari pasal minah ni.

"Banyaklah kau punya prince charming. Raziq aku punya tau," tutur Kamilia Hazel menjeling Syifa.

Dia sedang rajin menyiapkan nota subjek Add Math. Saja, nak buat ulangkaji. Trial SPM semakin dekat dan dia perlu bersiap-sedia.  

Sebenarnya, mereka baru saja dibenarkan naik ke kelas kerana tadi ada majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang  menyertai beberapa program yang telah dianjurkan oleh sekolah sebulan yang lepas. Lebih kurang sejam setengah mereka terpaksa memanaskan punggung bersila di tapak perhimpunan.

"Alah alah... nak gurau pun tak boleh. By the way, sambunglah cerita semalam. Betul ke apa yang jadi semalam?" soal Syifa inginkan kepastian.

Punyalah dia beri perhatian sepenuhnya terhadap cerita Kamilia Hazel. Kata gadis itu, berlaku krisis sewaktu mereka sekeluarga sedang menjamu makan malam. Krisis itu tak lain tak bukan ditimbulkan oleh Ungku Harraz!

"Tak sangka betulkan si Harraz tu sanggup malukan kau depan abang Raziq. Haih, kalau aku ada kat situ memang aku terbalikkan aje meja makan tu." Perlahan suara Syifa menyatakan hasrat dihati.

Takut takut jika ada orang yang mendengar. Rahsia perkahwinan Kamilia Hazel dan Ungku Harraz masih dijaga rapi.

"Boleh tak kita tak payah cakap pasal semalam..." Malas-malas Kamilia Hazel berkata tanpa Syifa tahu maksud sebenarnya.

Syifa tidak tahu tentang hal semalam. Kamilia Hazel tidak mahu Syifa tahu. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu. Lagipun, penghinaan Ungku Harraz semalam melibatkan maruahnya.

Sakit penangan hinaan Ungku Harraz kepadanya semalam belum pulih lagi. Memang tak akan pulih sampai bila-bila. Kalau mamat tu minta maaf pun, memang taklah dia akan maafkan. Susah!

Di pintu kelas, seorang lelaki bertopi Adidas datang bersama botol air di tangan. Kamilia Hazel turut Syifa tidak perasankan kedatangan lelaki itu kerana mereka berdua duduk jauh di belakang kelas.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now