CYKB:15

10.5K 464 5
                                    

"DENGAR cerita, kau dengan Harraz terkunci dalam library?" Syifa membangkitkan hal tragis itu lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DENGAR cerita, kau dengan Harraz terkunci dalam library?" Syifa membangkitkan hal tragis itu lagi.

Kamilia Hazel menaikkan bebola matanya ke atas.

"Aku tak cerita pun dekat kau, macam mana kau tahu?"

"Hmmm... betullah ni? Aku ingatkan junior junior gosip aje." Syifa berjalan seiring dengan Kamilia Hazel.

Cikgu tiada dalam kelas kerana guru yang sepatutnya mengajar ada emergency call dari keluarga. Jadi, dua sahabat itu pergi ke tandas sambil berbual kosong.

"Hm... betul la tu. Terkunci. Kata cikgu, pintu library tengah ada masalah," terang Kamilia Hazel seraya mendengus.

Alasan semua tu. Entah-entah ada yang nak kenakan dia dan Ungku Harraz. Fikir Kamilia Hazel, berfikiran jauh dan logik.

Dia malas nak cakap pasal hal tu sebenarnya. Trauma.

"Itulah. Takkanlah korang nak buat hubungan suami isteri dalam library pulakan kalau kat rumah boleh buat?" Syifa tersengih pula sambil memandang Hazel.

Masuk saja ke dalam tandas, Kamilia Hazel sempat melihat jika ada orang di dalam tandas. Nasibnya baik, tiada pelajar langsung. Hanya dia dan Syifa.

"Eeee otak kau ni. Otak kau dengan penampilan kau, tak sama rata. Bahaya ni Syifa. Banyak sangat baca novel. Macam nilah jadi. Terpengaruh. Tunggu masa aje aku nak tumbuk kau ni kalau kau melalut pergi lagi jauh. Otak tu... cuba fikir yang positif." Kamilia Hazel mengerling ke arah Syifa yang sedang membetulkan awning tudungnya.

Syifa pakai tudung, Kamilia Hazel pula memang free hair. Entah kenapa otak Syifa kuning darinya. Syifa... Syifa...

"So, dia ada buat apa-apa tak kat kau?" soal Syifa lagi ingin tahu.

"Mana ada buat apa-apa," balas Kamilia Hazel hampir terkejut dengan soalan Syifa yang tidak dijangka itu.

Walaupun sebenarnya, dadanya sudah berdebar-debar mengingat kembali betapa kuat dia dan Ungku Harraz menggenggam tangan masing-masing sewaktu mereka ketakutan di dalam perpustakaan, takut diganggu oleh 'entiti'.

"Iye ke kau ni? Hmm, tak percayalah aku. Kalau dah berdua aje dalam tu, mesti dia ada nak ambil kesempatan kat kau." Syifa sudah lali dengan perangai lelaki.

Baginya lelaki semua sama. Asal ada peluang, mulalah ambik kesempatan. Perempuan ada 7 nafsu, berbeza dengan lelaki yang cuma ada nafsu pada satu benda sahaja.

"Yang kau sibuk-sibuk nak tahu kenapa? Hal keluarga aku, kan?" tempelak Kamilia Hazel menjeling Syifa yang sejak tadi mahu mengorek tentang hal peribadinya.

"Eleh... berlagak nauzubillah! Okey fine, aku tak nak tanya dah," kata Syifa pasrah akhirnya.

Dia pun tak hamak nak tahu. Syifa memeluk tubuh bersama muncung dibibir.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now