"Tak! Aku sure perempuan tu mengada! Aku ada minta tolong dengan pelajar Yazid juga nama dia Amin. Aku suruh dia pantau si Melina tu dan aku suruh dia update setiap hari. Kau tahu apa budak Melina tu buat kat suami aku?"

Hana mengangkat keningnya. Dia ingin juga tahu apa yang terjadi.

"Boleh pula dia minta suap kueh kat suami aku! Dia boleh pula setiap hari pergi ke bilik guru semata-mata nak jumpa Yazid?!" Dahlia menghembuskan nafas kemarahan.

Hana terus terdiam sangkaannya Melina, budak yang hanya minat Yazid saja-saja tapi tak sangka pula jadi macam tu sekali.

Kepala Dahlia terus baring diatas bahu Hana sambil menangis. Dia tak nak kehilangan orang yang dia sayang lagi, cukuplah sepanjang ketiadaan Irfan air matanya menjadi peneman sebelum lahirnya anak sulung.

"Macam ni Dahlia, aku cadangkan kau begitahu lah budak Melina tu dah terlebih. Dalam segi islam pendidik dan anak didik jangan terlalu berlebih-lebihan melainkan ada ikatan yang sah atau mahram. Jadi aku nak kau cakap dengan Yazid lembut-lembut suruh dia jauhkan diri dari Melina." Hana menggosok kepala kawannya itu. Sungguh berat ujian Dahlia.

"Hey, kenapa dengan Dahlia?" Soal Yazid bersama-sam dengan Aiman. Hana menggelengkan matanya dan menyuruh mereka berdua pergi dari mereka tapi Yazid enggan.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Yazid ingin mencapai tangan Dahlia akan tetapi Dahlia menepis kuat. Berkerut dahi Yazid, Dahlia menangis sebab aku ke?

"Yazid, better kau pergi lah sebelum dia mengamuk." Arah Hana. Dia tahu perangai Dahlia, kalau Dahlia tidak dapat mengawal diri memang huru-haralah jadinya.

"Tak, aku tak nak selagi kau orang berdua tak bagitahu apa yang terjadi sampai Dahlia menangis!"

"Dahlah tu Yazid. Mungkin masalah perempuan?" Aiman cuba untuk menarik Yazid tapi apakan daya kudrat Yazid lagi kuat dari Aiman.

"Kalau masalah perempuan kenapa tak bagitahu terus je?"

"Dah namanya masalah perempuan hal perempuan lah! Kau tu lelaki! Tak tahu apa-apa pun." Aiman memegang kedua bahu Yazid.

"Aku nak kau jauhkan diri daripada Melina tu je." Dahlia mula bersuara setelah menangis. Yazid terus memandang isterinya.

"Melina? Siapa tu?" Aiman bertanya kepada Yazid. Yazid menggeleg kepala.

"Macam ni lah Yazid, kau jauhkan diri dari anak murid kau tu aku rasa dia tak selamat dah sekarang ni." Pesan Hana lalu menjeling.

"Kenapa pula? Dia anak murid aku kot, tak kan tak boleh?"

"Wait! Melina tu anak murid kau? Dan kau suka budak tu?!" Jerit Aiman terkejut. Laju Yazid menggeleng tanda menidakkan kata-kata Aiman.

"Kau cakap dengan aku, kau duakan Dahlia ke?" Soal Aiman dengan nada marah. Dia bukan apa dia tak nak sahabat isterinya diduakan oleh sahabatnya sendiri.

"Tak! Apa kau mengarut ni!"

"Eh Yazid, tak kan kau tak perasan kot yang budak tu syok kat kau ha?! Dahlia cerita semuanya kat aku lah. Kalau kau nak budak tu selamat lebih baik kau hati-hati lah!" Giliran Hana untuk memarahi Yazid. Dia geram sangat-sangat dengan suami sahabatnya.

"Ezra. Kau kenal kan? Target dia sekarang ni budak tu, sebab apa? Aku rasa kau tahu lah sebabnya kan?" Terus kaku Yazid dibuatnya. Dia tahu kenapa Ezra ingin membunuh Melina. Ezra, dia tak suka tengok Dahlia benci orang, dia boleh tahu siapa Dahlia benci. Kejap, Dahlia benci Melina? Tapi kenapa?!

"Aku rasa kau tahu kan sebabnya?" Sinis sahaja Hana berkata. Siapa sngka Hana yang lemah lembut dengan sekejap mata sahaja dia berubah menjadi ganas.

"Baik kau cakap dengan aku, kau duakan Dahlia kan?!" Aiman menarik colar baju Yazid.

"Abang! Sudahlah!" Hana menghalang Aiman dari berbuat begitu.

"Tak! Aku tak duakan Dahlia lah!" Terpisat-pisat Yazid berkata. Sakit tahu Aiman mencengkam colarnya.

Hana terus mendamaikan keadaan. Dahlia pula membisu diatas sofa. Ezra tahu siapa aku benci selama ni. 

🌸🌸

Bosan? Yes, bosan ya amat. And yeah ezra will be back!!!!! Y'alls punya love dah mari😆

Btw thank u sangat2 for the wishes 😭 Terharu! N sorry for the late update😭❤

Devil Girl 2Where stories live. Discover now