"Eh, jomlah masuk." Ajak Datin Zalia setelah tersedar yang sekarang ni mereka berada diluar rumah.

"Umi apa kabar sekarang?" Soal Yazid perihatin lalu duduk disofa.

"Baik, Alhamdulillah, baru saja jumpa semalam apalah kamu ni." Jawab Datin Zalia.

"Dahlia macam mana sekarang ni? Okay tak dengan anak Umi ni? Macam mana perangai dia? Cerewet ke tak dia ni?" Bertubi-tubi Datin Zalia bertanyakan soalan kepada Dahlia.

Dahlia ketawa perlahan. Suaminya yang berada disebelahnya dijeling.

"Umi.... Yazid dah besarlah."

"Ha, macam mana dengan dia Dahlia?" Datin Zalia tidak mendengar aduan dari anaknya.

"Umi, baru semalam kita orang kahwin tau." Kata Yazid.

"Aish, Umi tanya Dahlia bukan kamu." Jelingan dihadiahkan untuk Yazid.

"Yazid ni okay cuma dia ni..." Dahlia sengaja menggantungkan kata-katanya biar bagi suspend sedikit. Yazid yang sedang menanti itu hanya dibiarkan.

"Cuma dia ni manja sangatlah Umi." Dahlia mengadu dengan Datin Zalia.

Memang benar apa yang Dahlia kata tentang Yazid. Yazid ni manja tengon sahaja tadi semasa makan tengah hari Yazid minta Dahlia menyuakan makanan dengan muka yang tak berapa comelnya.

"Sayang..."

"Ha! Kan Umi dah kata jangan tunjukkan perangai manja kamu tu kat isteri!"

"Biarlah, dia isteri Yazid. Yazid berhak tau bermanja-manja dengan isteri sendiri." Yazid mula membela dirinya.

"Tahu. Tapi tengoklah sendiri isteri kamu tu perasan yang kamu ni terlampau manja mengalahkan anak kamu sendiri. Kan Dahlia?" Datin Zalia juga mula mengusik anak bungsunya.

Dahlia menganggukkan kepalanya lalu tersenyum mengejek kepada Yazid yang memandangnya dengan penuh geram.

"Umi..." Datin Zalia ketawa bersama Dahlia apabila muka Yazid mula membahang kerana malu.

"Ayah mana Umi?" Soal Dahlia apabila dia perasan apabila Ayah mertuanya tidak bersama mereka sekarang.

"Ayah? Dia apa lagi sibuklah dengan kertas yang bertaburan diatas meja dia tu." Dahlia yang faham dengan kata-kata ibu mertuanya hanya menganggukkan kepala.

"Mengata Ayah lah tu." Satu suara datang dari tangga yang besar membuatkan mereka semua memandang kearah empunya suara.

"Ayah!" Yazid berdiri lalu memeluk Dato' Mazlan yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Tengoklah suami kamu tu Dahlia. Baru kita cakap manja pasal dia melenting tapi bila jumpa Ayah dia terus datang balik manja tu." Usik Datin Zalia.

"Umi!" Yazid menghentakkan kakinya.

**********

"Ayah kena kurangkan bekerja dan banyak berfikir sebab tu Ayah selalu pening-pening." Dahlia sebagai seorang doktor menasihati Dato' Mazlan.

Selepas sahaja mereka minum petang tadi Dato' Mazlan terus pengsan secara mengejut masa tu bukan main gelabah semua orang ketika itu.

"Dengar tu. Saya dah pesankan jangan terlalu banyak bekerja awak tu perlu bersara tau sekarang." Datin Zalia pula menesihati sebagai isteri kepada Dato' Mazlan.

"Terima kasih Dahlia sebab tolong Ayah."

"No hal Ayah. Ni tugas Dahlia sebagai doktor." Dahlia menyimpan semula barang-barang yang baru sahaja dia gunakan.

"Dahlia sini kejap." Datin Zalia membawa Dahlia keluar membiarkan Dato' Mazlan berehat didalam bilik bersama Yazid.

"Ya Umi?"

"Kamu ni kerja apa sebenarnya?" Soalan Datin Zalia membuatkan lidah Dahlia terkelu. Apa dia nak bagitahu? Doktor atau polis atau boss di syarikat? Ah.. Susah betul.

"Er..."

"Isteri Yazid ni kerja doktor Umi dan dalam masa yang sama dia ni agent simpanan dan seorang boss disyarikat yang dia tengah uruskan sekarang." Yazid mula menyampuk setelah keluar dari bilik ibubapanya. Dia memeluk bahu Dahlia.

"Macam mana kamu boleh handle semua ni dalam satu masa?" Datin Zalia tercengang apabila mendengar penjelasan dari anaknya.

"Agent dekat polis tu mereka selalu panggil kalau tak cukup orang dan kalau ada kes yang susah untuk mereka lakukan mereka selalu panggil Dahlia. Boss dekat syarikat tu bila ada masa terluang dan cuti dihospital Dahlia selalu pergi sanalah jenguk apa yang patut. Doktor pula pekerjaan baru Dahlia. Setakat ni Dahlia banyak meluangkan pekerjaan sebagai seorang Doktor." Dahlia menjelaskan satu persatu sebab ibu mertuanya juga berhak untuk tahu pekerjaannya.

"Umi kagum dengan kamu Dahlia. Patut lah anak Umi ni beria-ria sangat nak kahwin dengan kamu sebab kamu ni rajin orangnya. Dulu bukan main susah lagi bila Umi suruh kahwin dengan Dahlia tak nak sekarang baru tercari-cari dia." Ayat dihujung sekali membuatkan Yazid dan Dahlia terdiam.

"Umi, tu dululah tak payahlah nak ungkit benda lama."

"Yelah. Umi nak pergi solat sekejap." Pamit Datin Zalia dan berlalu meninggalkan anak dan menantunya.

"Dahlia, yang Umi cakap pasal jodohkan kita dulu tu-"

"Aku tahu. Aku tahu kau tolak tentang jodoh kita tu dulu, sama lah macam aku dulu tolak pinangan dari kau." Dahlia mempamirkan senyuman kepada Yazid dan berlalu pergi bersama kotaknya.

"Aku cinta dan sayang kau."

Devil Girl 2Where stories live. Discover now