"Yazid. Kita kat mana?" Soalnya sambil menggosok mata.

"Kita dah sampai." Ujarnya dengan senyuman manis.

iPhone X diserahkan kepada Dahlia. Dahlia yang masih mamai membuat muka.

"Kenapa?"

"Aih, ni kan telefon kau. Irwan dari tadi call kau tapi aku tak jawab takut kau marah." Sekali lagi Yazid menghulurkan iPhone milik Dahlia kepadanya.

Yazid dan Dahlia terus keluar dari kereta. Rata-rata kesemua pekerja Dahlia tunduk hormat kepada Dahlia.

Pintu utama dibuka luas oleh Yazid. Belum sempat Dahlia mahu melangkah masuk telefonnya berdering.

"Mummy! Mummy kat mana ni?!" Baru sahaja Dahlia menjawab panggilan itu suara Irwan menyapa dengan nyaring dihalwa telinga Dahlia.

"Irwan, kenapa terjerit-jerit ni?" Soal Dahlia berlembut dengan Irwan walaupun hakikatnya kena jerit oleh anak sendiri.

"Mummy kat mana ni? Irwan rindu mummy, Irwan nak peluk mummy, Irwan tak dapat tidur kalau mummy takada." Sedih sahaja suara Irwan mengadu kepada Dahlia.

"Anak mummy, mummy ada kerja nak dibuat mungkin hari ni mummy tak balik sayang."

"Nak mummy juga!" Kedengaran tangisan Irwan dicorong telefon.

"Irwan. Mummy kerja tu." Suara Puan Sri Dee juga kedengaran.

"Okay, macam ni, nanti ada orang akan ambil Irwan dan diaorang akan bawa Irwan ke office mummy, okay? Dah jangan nangis anak mummy."

"Yay! Irwan bawa bobo sekali boleh?"

"Boleh sayang."

Dahlia terus menamatkan panggilannya setelah dia menyuruh Irwan untuk kemas apa yang patut.

"Nanti tolong ambil Irwan dekat rumah. Pastikan dia selamat datang ke sini kalau ada apa-apa berlaku dekat dia, aku akan cari kau orang berdua." Arah Dahlia dengan ugatan dihujung ayat. Terus pekerja Dahlia kecut perut dengan ugutan yang diberi oleh Dahlia.

"Baik miss." Pekerja Dahlia menundukkan sedikit badan mereka.

Dahlia terus berlalu kearah kawasan lift. Lift yang hanya khas untuknya terbuka luas apabila dia menekan kata laluan untuk masuk ke dalam lift yang besar dan mewah itu.

Setelah sampai ke tingkat yang dituju dia terus melangkah keluar dari lift. Yazid yang sedang khusyuk menyemak file disiku oleh pekerja Dahlia tanda untuk memberi perhatian kepada majikan mereka.

"Okay. Aku nak laporan tentang Khaira Amira binti Omar yang berasal dari sini. Aku nak semua tentang dia, biodata, tempat kerja semua tu aku nak tahu." Arah Dahlia membuatkan kesemua pekerja Dahlia bahagian penyasat menganggukkan kepala tanda menerima arahan.

"Dan aku nak cari biodata sebenar Putera Zafwin Roshdi bin Dato' Sarif." Kali ini kesemua pekerja Dahlia memandang sesama sendiri sebab mereka kenal siapa yang dikatakan oleh Dahlia.

Rizal terserentak apabila Dahlia menyebut nama sepupunya untuk disiasat.

"Habislah kau Zafwin." Omel Rizal perlahan dengan wajah kerisauan. Dia dah nasihat kepada Zafwin tentang status Zafwin tapi Zafwin ni jenisnya keras kepala sedikit.

********

Pisau yang terlalu kecil diletakkan diatas meja setalah dapat dilihat apa yang ada disebalik ink correction pen yang ditumpahkan diatas kertas itu. Punyalah susah mencari file nama pekerja padahal file yang dicari ada sahaja dihadapan matanya.

"Kau memang nahas Zafwin." Dahlia menggempal penumbuknya setelah dia mengguris ink correction pen yang sudah kering itu dengan pisau kecil untuk melihat apa yang dipadam dibahagian status diri sama ada kahwin, bujang, duda atau janda.

Pada mulanya Zafwin menulis duda selepas itu dia memadam perkataan duda menggunakan correction pen dan diatas ink itu dia tulis perkataan bujang.

"Kau memang tak guna." Dahlia menggempal kertas biodata Zafwin lalu dilemparkan masuk ke dalam tong sampah.

Dahlia menyandarkan badannya kebelakang lalu menghembuskan nafas berat. iPad yang berada dihadapannya dipandang, map yang menunjukkan keberadaan Irwan.

"Dahlia."

"Ya?" Dahlia mengangkat mukanya memandang orang yang memanggilnya.

"Dia datang." Perlahan sahaja suara Yazid berkata.

"Siapa?"

Belum sempat Yazid menjawab seorang lelaki menolak Yazid.

************

Satu soalan.

Macam mana nak aktifkan semula simcard hotlink/maxis?😭

Btw sorry late 💕

Devil Girl 2Where stories live. Discover now