"Saya tak sangka yang sepupu pun boleh jadi kembar." Kata Hafiz perlahan.

"By the way Zarith saya dengar Irfan dah kahwin, betul ke?" Hafiz bertanya kepada Zarith yang berada dihadapannya.

Dahlia terus tersedak membuatkan Hafiz terus melihat kearah Dahlia. Danish dan Ratu pula tergamam.

"Kau sepupu dia takkan tak tahu?" Zarith menyedut sedikit airnya.

"Kan aku dah kata aku jarang balik lagipun aku bekerja kat England."

"Erm... Isteri dia ada kat sini." Zarith berdehem perlahan.

Hafiz terus melilaukan pandangannya untuk mencari siapakah isteri sepupunya.

"Kau buat apa?" Soal Zarith apabila melihat Hafiz melilaukan pandangannya.

"Tengah cari dialah."

"Erm... Isteri dia Dahlia." Dahlia hanya diam apabila namanya disebut oleh Zarith.

"Siapa Dahlia?" Zarith terus menuncungkan mulutnya kearah Dahlia yang sedang menikmati makannya.

"Alllahu, tak sangka pula. Maaf ya Dahlia." Hafiz berkata kepada Dahlia.

Dahlia menganggukkan kepalanya dan senyum lalu menundukkan pandangannya. Jujur dia kata setiap kali dia melihat Hafiz dia mesti teringat akan arwah suaminya. Tak semana-mana air matanya jatuh perlahan.

"Adik okay?" Prihatin Danish sambil berbisik.

"Adik okay. Boleh tak pegang Irwan sekejap?" Danish mengambil anak buahnya.

Dahlia terus berlalu keluar dari restaurant itu dan berlalu kearah kereta Papanya yang tak jauh dari pintu masuk. Dia terus menangis sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Perasaan rindu terhadap Irfan semakin membuak-buak.

"Awak. Saya tak kuat. Saya rindu awak." Ucap Dahlia.

"Kenapa awak tak pernah bagitahu yang awak ada sepupu kembar yang sama macam awak? Setiap kali saya pandang dia saya selalu teringatkan awak Irfan." Luah Dahlia berseorangan tapi dia pasti yang Irfan mendengarnya walaupun jauh dari mata.

"Saya tak boleh terima lelaki lain selain awak."

"Awak tenanglah dekat sana saya akan bunuh Qairina sebab Qairinalah puncanya. Dendam tetap dendam."

************

Ketukan pintu yang bertalu-talu itu membuatkan Dahlia tersedar dari lenanya. Dia melihat tingkapnya yang kelihatan gelap itu. Matanya dicelikkan sebesar yang mungkin.

"Adik. Kenapa ni?" Soal Danish sebaik sahaja pintu dibuka perlahan.

"Adik tak apa-apa. Abang bawa kereta kay? Risa tak berapa sihat." Dahlia terus keluar dari kereta.

Danish terus meletakkan belakang telapak tangannya keatas dahi Dahlia. Dahlia mengerutkan dahinya apabila abangnya meletakkan tangan diatas dahinya.

"Apa abang buat ni?"

"Tak demam pun. Adik kenapa sebenarnya?"

"Kat hotel nanti Risa cerita."

********

"Hello?" Ratu menyapa terlebih dahulu. Dahlia yang sedang bermain telefon bimbit itu dipandang sekilas.

"Kau siapa?" Tak semana-mana air mata Ratu jatuh apabila Ibu kandungnya berkata begitu. Sampai hati mummy.

"Mummy. Ni Ratu." Sedaya upaya Ratu menahan tangisannya.

Dahlia yang terdengar bualan Ratu terus menghampiri Ratu. Dia mengarahkan Ratu untuk membuka loud speaker.

"Aku tak ada anak namanya Ratu." Pedih. Ya memang pedih dan sakit rasanya.

"Mummy-"

"Kan aku dah kata aku tak ada anak namanya Ratu. Kau blah ah!" Ratu terus menghemburkan tangisannya yang tidak dapat ditahan lagi.

Dahlia yang geram itu terus merampas telefon Ratu.

"Oi Minah tua! Dah kaya tak mengaku kau ada anak! Bila miskin nanti kau terhegeh-hegeh pula nak Ratu! Ibu apa kau ni? Walaupun kau dah kahwin dengan orang tua kaya dekat sana dan ada anak tapi Ratu ni still anak kau! Anak kau! Tapi kalau kau tak nak Ratu biar kami jaga dia dan kau jangan menyesal satu hari nanti." Dahlia terus meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

"Kau! Kaulah penyebabnya anak aku jadi baik kau-" Ratu terus menutup panggilan mummynya kerana geram dan marah.

"Ratu. Kau kuat Ratu." Dahlia mengusap perlahan belakang badan Ratu.

"Dahlia."

"Ya?"

"Aku minta satu pertolongan boleh?" Ratu memandang mata Dahlia.

"Apa dia?"

"Bunuh lelaki tak guna tu dan kalau ada anak aku nak kau bunuh."

***********

Halloa. Ternyata Irfan sudah tak ada 😂😂😂

Which team are you?
-Zarith
-Ezra
-Zafwin
-Hafiz Mikael (kembar Irfan)
🌸🌹

Devil Girl 2Onde histórias criam vida. Descubra agora