Harith tersenyum ke arah Amer yang sedang berjalan di belakangnya, dengan tangan yang memegang kejap hujung bajunya.

"Abang Harith, Kak Mia sakit ye?"

Harith mengangguk lambat-lambat. Dia mengerling sekilas ke arah Amer sebelum mengakses kadnya untuk naik ke penthousenya. Tubuh Mia yang kecil tidak membebankannya untuk melakukan dua kerja sekaligus.

"Kak Mia sakit kepala sahaja, Amer. Nanti abang kasi Kak Mia tidur banyak-banyak, biar Kak Mia sihat."

Amer mengangguk mendengar kata-kata Harith. Dia melangkah masuk bersama Harith ke dalam lif.

"Abang dah lama kahwin dengan Kak Mia?"

Harith hampir tergelak mendengar soalan Amer. Hisy, budak ni.

"Baru, Amer. Kalau termasuk harini dalam 2 bulan lebih."

Amer mengangguk dengan senyuman nipis. Harith perasan yang Amer bukan seperti kanak-kanak sebayanya yang akan bermain dan melompat setiap masa. Amer sangat matang dari segi umurnya.

Bagi budak berumur 10 tahun yang hanya diam dan bertanyakan soalan-soalan seperti orang dewasa, nampaknya Amer boleh dikatakan bijak dan matang.

Sampai sahaja di rumah, Harith segera meletakkan Mia di atas katil mereka. Dia mengucup dahi Mia lembut sambil menyelimuti tubuh kecil Mia. Penghawa dingin sengaja tidak dipasang kerana tidak mahu Mia kesejukan.

"Amer, sebelah ni bilik Amer. Amer masuk mandi dulu nanti abang bawakan bagasi Amer, ok?"

"Ok, abang." Balas Amer singkat sebelum menapak masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan Harith.

Bunyi loceng di pintu segera menyedarkan Harith yang sedang memanaskan air. Harith membuka pintu lalu tersenyum ke arah pengawal keselamatan yang membantu membawa dua bagasi mereka. Dia memberi tip RM50 kepada pengawal itu. Pengawal itu hanya mengucapkan terima kasih sebelum beredar tanpa mempersoalkan tip yang agak besar.

"Baby, come. Abang mandikan sayang."

Mia mengangguk dalam tidurnya sebelum tubuhnya diangkat Harith. Mereka sama-sama berendam di dalam tub mandi yang diisi dengan air suam.

"Abang, thanks again. Mia banyak susahkan abang."

Mia menangis di dada Harith. Harith segera merangkul tubuh tanpa seurat benang isterinya itu. Dia mengucup bahu Mia lembut.

"No, baby. Tugas dan tanggungjawab abang untuk jaga sayang. Shhh.. don't cry."

Mia mengangguk lalu mengucup dada bidang Harith. Dia kemudiannya membenamkan wajahnya di dada itu.

"Sayang, abang rasa sayang perlu pergi hospital untuk pemeriksaan. Kalau ikutkan ni bukan kali pertama sayang sakit macam ni."

Mia masih diam.

"Baby, are you listening to me?"

Mia mengangguk lambat-lambat.

"Yeah, I heard you. But I don't like to go to the hospital . It's make me sick." Balas Mia dengan nada jengkel ketika menyebut 'hospital'.

Harith tergelak. "Why?"

"Sebab kali terakhir Mia ada dengan ibu dan ayah, selepas kami pergi ke hospital untuk appointment. Kalau Mia takde appointment dengan doktor tempoh hari, mesti ibu dan ayah masih ada sekarang, mereka tidak pergi kerana accident dilanggar lori." Balas Mia dengan nada sebak.

Harith perasan ada air mata yang bertakung di tubir mata Mia. Perasaan bersalah menjalar di hatinya.

"I'm so sorry baby. Abang tak tau and—"

"It's okay, abang. Abang tak tahu sebab Mia tak buka cerita. At least abang dah tau sekarang kenapa Mia dan Amer  yatim piatu." Kata Mia dengan senyuman sugul.

Harith mengangguk kecil dengan riak wajah yang masih bersalah. Mia tersenyum kecil melihatnya.

"Don't show me that face again. Mia tak suka."

Harith tersenyum hambar. "I can't. Abang rasa bersalah sangat sebab—"

Mia mendongak untuk melihat wajah tampan Harith sebelum menarik leher Harith lalu dikucup bibir lembut suaminya lama.

"I love you, abang. Jangan risau, Mia ok. Lagipun bukan salah abang benda ni semua jadi pada Mia."

Harith tersenyum hambar di sela ciuman mereka. Perasaan bersalah yang menjalar di hatinya hilang sedikit demi sedikit dek kerana kucupan lembut dari Mia.

"I love you more, baby. And I'm sorry."

To be continued...

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now