Bab 8 [EDITED]

Começar do início
                                    

"Kalau abang kata, because abang suka dengan panggilan tu?"

Mia mendengus. Bapak tak romantik mamat ni. Buatlah hati aku berbunga sikit, cakap lah I love you ke apa. Ah, Mia. Kau jangan berangan Harith akan cintakan kau.

"Tak logik. Every nicknames that other people call have their own reasons and meanings."

"But that is my reason." Harith masih mempertahankan jawapannya. Dia masih tidak mahu berterus-terang dengan Mia soal perasaannya yang sebenar. Dia tidak mahu nampak terlalu terburu-buru. Keep slow and steady kata orang putih.

"Okay, suit yourself. Second question, why suddenly, 'abang'?"

Harith sudah tahan bibirnya dari tersenyum. "Still the same answer as your first question?"

Mia dah bengang. Wajahnya sudah memerah. Kali ni merah sebab marah, bukan sebab malu. Dengan mengabaikan perasaan marahnya, dia menyoal soalan seterusnya.

"Move to third question. Macam mana awak tahu saya ada migrain?"

"Abang panggil doktor peribadi abang untuk check sayang. Kenapa sayang tak bagitahu abang pasal sayang selalu migrain?"

Mia diam buat seketika. "Because I think you just don't care."

Harith mengeluh. "How could you judge me that I don't care about your health?"

Mia tergelak sinis. "Only my health? My health?Okay, I understood." Provok Mia dengan senyuman sinis. Okay, kali ni hati dia dah koyak sepenuhnya. Rabak seperti dicarik-carik.

Harith segera bangun dari birai katil. Dia meraup wajahnya berulang-kali. Dia mahu segalanya berjalan lancar. Janganlah dia terikut dengan provokasi yang Mia berikan kepadanya sehingga merosakkan segala rancangan.

"No, you just don't understand. Abang sebenarnya... Please, just trust me. I know the best for us."

"Apa awak cakap ni? Please, Harith. Tak kelakar lah semua ni. Tolonglah faham... The best for us?" Mia sudah tertawa sinis. Wajahnya jelas menunjukkan riak terluka. Kenapa Harith mahu mempermainkan perasaannya? Mia menahan sebak di dada.

"Yes! The best for us! I'm trying to change myself to be a better husband!" Harith meluahkan rasa hatinya tanpa sengaja. Seperti yang dia duga, dia kalah apabila diprovok dengan jawapan Mia.

Mia terdiam mendengar jawapan Harith. Jawapan Harith itu terngiang-ngiang di telinganya. Sudah terang lagi bersuluh Mia, dia tak pernah cintakan kau. Mia berbaring semula. Tetapi kali ini dia berbaring membelakangi Harith. Ah, lupakanlah soal dosa semua. Yang dia tak jaga hati aku tak berdosa pula? Hati Mia sudah sekeras batu. Sekeras ego kepala batu suaminya itu.

"Sayang..." Harith memanggil perlahan. Sejujurnya dia tidak tahu apa yang Mia mahukan. Dia buntu. Sebelum ini jika bekas teman-teman wanitanya terasa hati atau merajuk dengannya, dia hanya akan pergi dan say goodbye sahaja. Buat sakit kepala nak melayan rajuk perempuan yang tak kemana itu.

"Sorry, saya nak rest." Balas Mia dingin sebelum memejamkan matanya. Harith akur sebelum tunduk mengucup tepi kepala Mia dengan lembut. Air mata Mia menitis tatkala mendengar bunyi pintu ditutup.

***

Harith membaringkan tubuh di sofa di ruang tamu. Dia memejamkan matanya rapat dengan tangan yang berada di atas dahi. Sesekali dia mengeluh. Dia buntu bagaimana cara untuk memujuk Mia.

Kenapa Mia marah sangat pada aku? Desis hati Harith lemah. Melihat kedinginan Mia padanya membuatkan dia susah hati. Kenapa dia perlu susah hati apabila Mia merajuk? Biar ajelah Mia tu, layan dia macam kau layan perempuan-perempuan lain, ego Harith mula menguasai dirinya.

The Eternal LoveOnde histórias criam vida. Descubra agora