"Bukan demam, cuma penat." Mia memberi alasan lain. Takkan nak jawab, memang tak panas pun, sebab saya ni sihat walafiat je. Yang tak sihat cuma hati sebab kena tahan perangai dingin awak! Dia rasa Harith akan menolaknya serta-merta turun dari kereta ini jika dia menjawab begitu. Dahsyat juga imaginasi Mia ni kadang-kala.

"Penat sebab siang tadi ke?" Harith mula mengusik dengan nada miang. Mia menjeling tajam Harith di sebelahnya dengan wajah memerah. Alah, janganlah ungkit hal dalam bilik! Malu tau tak!

"Awak ni otak memang asyik ke situ kan... Tu lah, banyak sangat tengok badan perempuan lain." Dalam meluahkan geramnya, hati Mia turut sakit dengan ayat yang dia sendiri luahkan. Pedih hatinya bila memikirkan dia bukanlah satu-satunya perempuan yang ditiduri Harith. Bukan satu-satunya perempuan yang tahu kehebatan Harith di katil.

Harith tersentak seketika dengan ayat berani mati Mia sebelum tersenyum herot. "Haah, memang selalu pun. Problem?" Harith sengaja berkata begitu untuk menyakitkan hati Mia.

Padahal, selama dia meniduri perempuan di luar sana, dia tidak pernah melihat tubuh badan perempuan yang ditidurinya kerana dia akan bersetubuh dengan keadaan bilik yang gelap.

Lagipula, sejak Mia dibeli dan dijadikan isteri kepadanya, dia tidak pernah lagi meniduri perempuan lain selain Mia. Dan Mia perempuan pertama yang dia sentuh berkali-kali dan perempuan pertama yang dia lihat tubuh telanjang dengan jelas. Sebelum ini dia hanya meniduri perempuan lain hanya untuk dijadikan pelampias nafsu, tidak lebih dari itu.

"Nothing. Just feel sorry to you because you have me as your wife. My body definitely can't win over your sleeping partners." Tipu jika Mia mengatakan hatinya tidak sakit dengan kata-kata baik dari Harith mahupun kata-katanya sendiri. Dia tahu, Harith pernah sentuh tubuh perempuan yang lebih cantik dan sexy berbanding tubuhnya. Kenyataan itu semakin meremukkan hati Mia yang sudah sedia remuk.

"Nasib kau sedar mana letak duduk kau selama ni." Balas Harith lagi tanpa berfikir. Dia sebenarnya geram dengan Mia yang mahu mengungkit kisah hidupnya. Memang dulu dia kaki perempuan dan one night stand itu budaya hidupnya, tapi itu dulu sebelum dia mengenali dan berkahwin dengan Mia.

"Awak tak berhak nak cakap saya macam tu tanpa mengetahui keadaan sebenar." Mia membalas perlahan. Sakit hatinya apabila maruahnya diinjak-injak oleh lelaki yang namanya mula bertapak di hatinya itu.

"Huh? Kau buat lawak apa ni? Kau lupa ke aku yang beli kau. BELI kau faham?!" Harith bersuara garang dengan menekankan perkataan 'beli'. Ego lelakinya tercalar apabila Mia melawan kata-katanya.

"Awak jangan nak melebih! Awak lupa ke saya berada di kedudukan saya sekarang sebab apa?! Sebab saya diperdaya! Bukan kehendak saya semua ni jadi! Bukan kehendak saya awak beli saya dari Afad bastard tu dan bukan kehendak saya menikahi awak dan jadikan awak suami saya!" Mia melepaskan perasaan marahnya dengan linangan air mata. Kata-kata Harith yang menyoal tentang maruahnya sebagai wanita sangat melampau! Semua ini bukan kehendaknya! Kenapa Harith masih tak faham dan mempersoalkan?

Tubuh Harith menegang mendengar kata-kata Mia. Keretanya lantas dihentikan di lorong kecemasan. Signal kecemasan segera diberi. "Diam Mia! Kau jangan nak melampau! Kau jangan lupa duit aku habis beratus ribu untuk beli kau! Kau berani persoalkan kedudukan aku sebagai suami kau sedangkan kau yang minta, kan? Kau patut bersyukur sebab aku setuju dengan permintaan kau! Bersyukur lah sikit!" Harith sudah menengking bagai nak gila.

Wajahnya merah menyala dengan dada yang berombak kencang. Dia tidak tahu mengapa, dia berasa sangat marah apabila Mia mempersoalkan kedudukannya sebagai seorang suami. Memang dia yang mulakan perbalahan ini, tapi apabila Mia mengungkit soal pernikahan mereka seolah-olah menyesal, dia berasa amat marah.

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now