Mia yang agak kekok dengan keheningan antara mereka itu berdehem. Dia cuba menarik perhatian Harith yang sedang bersarapan itu. Tangan kanannya sedang menyuap roti bakar yang dihulurkannya tadi sambil membaca akhbar sedangkan tangan kirinya merangkul erat pinggang kecil Mia. Harith menjongketkan keningnya sebagai 'apa?'.

"Err.. boleh tak saya mintak izin nak keluar rumah? Saya nak beli barang dapur sikit.." kata Mia perlahan. Dia takut Harith tidak mengizinkannya keluar. Walaupun hanya untuk membeli barang keperluan rumah, lelaki itu bukan boleh dijangka tindak tanduknya.

Harith terdiam seketika sebelum mengangguk. Setelah menghabiskan kunyahannya, dia membalas, "Nanti aku suruh driver Walid jemput kau. Kau jangan melencong pulak. Aku bank in duit belanja dapur tengah hari nanti. Kau ada akaun bank?" Harith sudah memikirkannya awal-awal. Dia akan membayar upah kepada Pak Hilmi, driver Walidnya itu untuk menjadi pemandu Mia ke mana sahaja. Tetapi dengan syarat, Pak Hilmi tidak membocorkan perihal Mia kepada Walid dan Uminya.

Mia mengangguk dengan hati yang lega. Bersyukur Harith mengizinkannya keluar. Dia runsing apabila berkurung dalam rumah sahaja. Dia terasa lemas.

"Okay, aku nak pergi dah ni." Mendengar arahan Harith, Mia terus turun dari ribaan suaminya. Tidak lama selepas itu, Harith bangun sebelum mencapai briefcase miliknya. Mia yang sudah membukakan pintu buatnya segera mencapai tangannya untuk dikucup. Refleks, dia tunduk mengucup dahi licin Mia. Dia yang sempat menangkap wajah merona Mia hanya menggelengkan kepalanya. Dia perasan akan hakikat bahawa isterinya itu seorang yang pemalu.

***

Mia yang sedang melepak menonton televisyen tersentak mendengar bunyi deringan telefon rumah yang nyaring berbunyi. Dia mengerutkan dahinya. Sejak bila ada telefon dalam rumah ni? Tidak tahan mendengar bunyi yang nyaring itu, dia bangun mencari mengikut bunyi nyaring tersebut.

Ohhh... Kat sini rupanya. Dia baru ternampak kewujudan telefon rumah itu di sudut dinding. Patutlah tak pernah nampak, pasu bunga yang besar ini yang menghalang.

Dia segera mengangkat gagang telefon tersebut. "Hel-"

"Where the hell have you been?! Kau tau tak lama aku tunggu kau angkat call?!" Mia memejamkan mata dengan erat dengan bibir yang diketap mendengar jerkahan garang itu. Dia menjauhkan gagang itu dari telinganya. Wahai telinga, janganlah kau pekak.

"Saya tak tahu wujud telefon rumah kat rumah awak. Saya cari dulu mana awak 'sorok' telefon ni baru saya angkat..." Balas Mia dengan geram. Lelaki ni tak pernah nak berlembut.

"Alasan. Dah lah, aku call ni sebab nak mintak no akaun kau. Cepat, aku takde masa nak berlangut dengan kau lama-lama."

Mia mencebik mendengar kata-kata sombong Harith. Wahai hati, bersabarlah selalu!

"0923 **** **** 6288."

"Pukul 11.30 sharp, Pak Hilmi ambik kau. Tunggu kat main entrance," balas Harith sebelum mematikan panggilan. Mia mencebik sambil memandang gagang telefon itu. Dia menghempas kasar gagang itu untuk melepaskan geram. Kesian kau telefon, tak pasal-pasal kena tempias sebab perangai sombong tuan kau.

Setelah merasa sedikit lega, Mia segera mandi apabila melihat jam sudah hampir pukul 11 pagi. Dia yang sedang bersiap mengerling jam dinding berwarna perak itu. Sempat lagi, fikirnya memandangkan Harith memakluminya bahawa pemandu bapa mertuanya, Pak Hilmi seperti nama yang disebut oleh Harith tadi, akan mengambilnya pukul 11.30 SHARP. Ditekankan sekali lagi, 11.30 SHARP.

Mia sudah berdiri statik di depan pintu masuk kondominium itu 15 minit awal dari waktu yang dijanjikan. Dia malas menempah maut dengan T-rex kacak tu.

The Eternal LoveWhere stories live. Discover now