"Saya takkan balik selagi Datuk tak beri kata putus tentang hubungan saya dan Juwita."

"Look here, Haris. You know between you and Khal, he is much better. Khal tak pernah lukakan hati anak saya, tak pernah buat anak saya menangis. Dan dalam banyak-banyak perkara, saya paling pantang bila orang buat anak saya menangis!"

"Ayah..." Juwita memanggil lembut. "Itu semua kan cerita lama? Juwita dah maafkan Abang Haris tentang perkara tu. Why don't we give him a second chance? Ayah, Juwita tak boleh kahwin dengan Abang Khal! He's like my brother already!"

"Cinta boleh datang kemudian, Juwita."

"No, ayah. Not with Abang Khal! Lagipun, bukan Abang Khal yang masuk meminang Juwita kan? It was just his parents, right? Abang Khal sendiri pun tak tahu yang parents dia nak masuk meminang Juwita sebab Juwita dan Abang Khal dah pernah bincang tentang hal ni. Dan kami masing-masing dah setuju tak akan ada apa-apa hubungan selain abang dan adik! Ayah, Abang Khal pun ada pilihan dia sendiri, and it's not me!"

"How can you still trust him, Juwita? After all he had done to you?" tanya Datuk Kamil tidak berpuas hati.

Juwita terdiam. Dia memandang Haris dan lelaki itu turut memandang ke arahnya, seperti mahu tahu juga jawapan dari dirinya sendiri.

"I dont know..." jawab Juwita perlahan sambil menunduk. "I just did. And I don't know how."

"Datuk..." panggil Haris perlahan. "Please, lend me your trust for the last time. Saya janji saya akan jaga Juwita sepenuh hati saya. Saya tak akan lukakan hati Juwita lagi. I love her, Datuk. And I want her to be by my side until death do us apart."

Datuk Kamil hanya mendiamkan dirinya. Kemudian dia bangun dari sofa dan berdiri di hadapan Haris. "Baliklah, Haris. It's getting late," ujarnya sambil melangkah pergi dari ruang tamu itu.

"Ayah..."

"Datuk..."

Juwita dan Haris serentak memanggil Datuk Kamil.

Datuk Kamil berhenti melangkah sekejap. "Balik, Haris." Kemudian dia berpaling memandang Haris yang masih lagi setia berdiri di ruang tamu rumahnya. "Balik dulu. Datang balik ke sini bila kamu dah sihat. Jangan lupa bawak family kamu sekali."

Haris terus tersenyum lebar apabila mendapat persetujuan daripada Datuk Kamil. Dia memandang Juwita dan Juwita juga memandang ke arahnya dengan senyuman.

Datin Masnah turut mengekori suaminya naik ke tingkat atas, seperti mahu memberi ruang kepada mereka berdua untuk bercakap. Lagipun dia tahu Mak Som dan Pak Mat sedang duduk di dapur yang terletak tidak jauh dari ruang tamu itu.

"Yes!!!" Haris terus melompat dari sofa dengan gembira apabila Datuk Kamil dan Datin Masnah hilang dari pandangan.

Juwita tergelak melihat perilaku Haris yang jelas kelihatan gembira itu. Sebenarnya dia turut berasa gembira, tetapi tidaklah sampai ingin terlompat-lompat sama seperti Haris.

"Esok abang datang dengan mama tau!" ujar Haris teruja.

"Eh, tapi abang kena masuk wad balik kan? Jom, Lia hantar abang ke hospital balik."

"Alah, biar jelah. Alang-alang dah keluar tu, baik abang keluar terus dari wad." Haris tersengih. Terlupa sudah akan rasa sakit di tangannya itu. "Sayang... lapar pulak rasa sekarang ni. Tadi tak sempat makan pun. Abang nak mintak roti sekeping dua boleh?" tanya Haris sedikit segan. Mana taknya, tiba-tiba sahaja perutnya berbunyi tanda minta diisi.

Juwita tergelak kecil. "Jom, kita pergi dapur. Lia buat roti telur. Nak?"

"Eh sayang... kalau kita berdua je nanti kena tangkap kahwin free."

"Abang ingat Lia ni apa? Orang cantik tak semestinya gila tau!" ujar Juwita mengusik. "Mak Som dengan Pak Mat ada je kat dapur tu. Dah, jom."

Apabila Haris duduk di meja dapur bersama Pak Mat dan Mak Som, Juwita pantas membuat kerja. Setakat roti telur tu, alah, hujung jari jelah! Senang sangat!

Tidak sampai 15 minit, empat keping roti telur yang masih berasap panas sudah terhidang di depan Haris.

Mak Som bangkit ke singki berpura-pura untuk membasuh pinggan mangkuk manakala suaminya pula sudah hilang entah kemana. Masing-masing seperti ingin memberi peluang kepada pasangan muda itu pula.

"Thank you sayang..." ucap Haris sambil memandang tepat ke mata Juwita. Dari tadi Juwita sungguh murah dengan senyuman. Sangat gembira mungkin. Dan dia gembira melihat Juwita gembira begitu.

"You're welcome..." balas Juwita sambil menongkat dagu dan tersenyum melihat Haris makan.

"Sayang nak tahu something tak?" tanya Haris tiba-tiba ketika dia sedang menikmati kepingan roti telur yang kedua.

Juwita mengangkat keningnya. "Apa dia?"

"Sekarang ni bulan berapa?" tanya Haris lagi.

"Hmm... Disember." Juwita jawab juga soalan mudah Haris itu.

"Disember? Maknanya ini tahun terakhir kita bercouplelah sayang," ujar Haris dengan wajah yang serius.

Makin berkerut dahi Juwita jadinya. "Apa maksud abang ni? Kenapa pulak tahun terakhir? Abang nak buat perangai lagi eh? Tak serik-serik!"

"Laa, kenapa marah abang pulak?"

Wajah Juwita yang tadinya manis kini kelihatan masam. Panjang Juwita menarik muncung.

"Abang punya pasallah! Are you telling me that we're breaking up?"

"Bila masa abang cakap macam tu, sayang..."

"Tadi tu!"

"Abang cakap yang ini tahun terakhir kita bercouple. Betul la tu kan?"

"Jadi abang nak break up?" Juwita sudah mula berdiri bercekak pinggang.

"Tak sayang..." Haris menarik perlahan tangan Juwita agar duduk semula. "Abang cakap tahun ni last kita couple, sebab tahun depan kita kahwin. Kira naik pangkatlah sayang... dari boyfriend-girlfriend jadi hubby-wifey. Amacam, sweet tak?" Haris berkata selamba sambil mengangkat-angkat keningnya.

Juwita tidak ketawa. Tidak juga senyum. Malah dia hanya membuat reaksi muka yang kosong.

"Ingat sweet? Nampak tak ni apa?" Juwita menunjukkan penumbuknya kepada Haris.

Haris hanya mampu tersengih dan menggaru kepala.

Laa, aku ingatkan dah cukup Romeo tadi!

***

Maaf sangat sbb lambat update cerita ni. I'm not going to give any reason anymore sbb memang salah sayalah lambat update kan 😣 Sepatutnya nak buat entry terakhir tapi jadi panjaaaaaang sangat, so saya terpaksa ceraikan jadi dua bahagian.

Nantikan BAB TERAKHIR besok (Jumaat, April 21) ya gais! Like atau comment (or both! 😉) utk menunjukkan yg awak masih lagi menantikan ending cerita ni ❤❤❤

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now