BAB 2

27.9K 1.3K 79
                                    

[Doktor Haris pakai shades sebab pandangan dia yang selalu membunuh hahaha 😎]

***

"Ena, apasal kau tak ada kat klinik hari ni?" sergah Juwita sebaik sahaja panggilannya berjawab.

"Aku ada emergency dekat hospital tadi. Kena on call 36 jam tau. Separuh mati terdampar atas katil dah kat rumah ni," ujar Aina di hujung talian.

Suaranya kedengaran pasrah dan menyerah betul! Hendak sahaja Juwita tergelak tetapi segera ditahan. Orang tengah penat tu!

"Kenapa? Kau datang ke?" tanya Aina.

"Haah... Ingat nak buat check up sikit. Tapi kau tak ada, tak jadi nak buat." Juwita menjawab. Dia berbaring terlentang di atas katil dengan selimut menyelubungi tubuhnya. Matanya memandang ke arah siling.

"Laa... kat klinik tu kan ada tiga orang lagi? Check jelah dengan sesiapa. Lagipun hari ni Doktor Haris ganti tempat aku. Ha, checklah dengan dia!"

Terbayang-bayang wajah doktor yang bernama Haris di klinik pagi tadi. Mesti dia bengang betul dengan perangai aku! Alah... aku bukannya sengaja nak marah-marah pun. Dah la angin ribut katrina datang melawat, dia pulak asyik nak paksa-paksa aku check dengan dia, memang mendapat la cerita dia...!

"Tak naklah.... aku nak check dengan kau. Kalau bukan kau pun at least doktor perempuan," ujar Juwita.

"Masalah period la ni?" teka Aina.

"Tepat sekali, Doktor Aina."

"Kalau macam tu, kau datang klinik esok pukul tiga dan ke atas. Aku duty masa tu."

"Betul ni? Kalau kau tak ada, siap kau aku buat havoc dekat klinik tu." Jangan main-main. Hari ni pun dah nyaris buat havoc dah!

"Ya sayangku intan patung Juwita. Dah la, bagi aku rehat dulu."

Selepas talian dimatikan, Juwita meletakkan telefon bimbitnya di atas meja tidur. Entah kenapa wajah doktor lelaki itu terlintas di mindanya lagi.

Ah, Juwita! Dah tak ada benda lain ke nak fikir? Juwita memarahi diri sendiri. Lampu tidur di tepi katil ditutup lalu dia terus menyembamkan wajahnya pada batal empuk.

***

Juwita menekan punat pada kunci keretanya untuk mengunci kereta sebaik sahaja dia melangkah keluar. Sempat lagi dia memandang cermin kereta dan membetulkan tudungnya yang kelihatan agak senget. Baju kurung yang sudah sedikit berkedut dibetulkan kedudukannya. Cermin mata yang sudah hampir jatuh melurut di hidung dibetulkan pada posisi asal.

Wajah Juwita kelihatan agak penat. Yelah, hampir seharian dia berada di sekolah. Kerja sebagai cikgu zaman sekarang ni bukan sama dengan cikgu dulu-dulu. Kesibukannya masha-Allah... hanya Allah yang tahu.

Jururawat yang berada di kaunter pendaftaran itu agak terkejut melihat wajah Juwita lagi hari ini. Alamak... semalam dia hari ni pun dia. Getus Wada dalam hati. Nasib baik hari ni Doktor Aina ada.

"Cik Juwita nak jumpa Doktor Aina? Hari ni dia ada..." Tanpa dipinta gadis itu memberitahu dulu.

Juwita mengangguk dan tersenyum. Rasa bersalah pula dengan Wada kerana semalam tanpa sebab dia telah marah-marah.

"Maaf ya pasal semalam. Tak sengaja termarah-marah pulak," ujar Juwita ikhlas.

Wada hanya tersenyum dan mengangguk-angguk. Kelihatan seperti dia sedang menulis sesuatu untuk urusan pendaftaran semula Juwita.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now