BAB 43

19.7K 874 57
                                    

Malam itu, Juwita keluar dari hotel untuk ke restoran yang berdekatan dengan hotel untuk menikmati makan malam. Kalau hendak diikutkan boleh sahaja dia makan malam di hotel itu tetapi kali ini dia teringin makan di restoran luar pula. Setelah selesai makan malam, Juwita kembali ke hotel tetapi dia tidak terus ke bilik malah dia melangkah ke arah kaunter di lobi hotel itu.

"Saya nak tanya... dekat area sini tempat apa yang menarik ya?" tanya Juwita kepada lelaki muda yang menjaga kaunter itu.

"Tempat menarik di kawasan ni ada Astana, Fort Margherita, Main Bazaar dan Kuching Waterfront. Semuanya dekat-dekat sahaja. Cik boleh naik teksi, atau naik bot penambang. Kalau cik minat sejarah, dekat sini juga ada bermacam-macam muzium. Cik boleh tengok dalam pamplet ni..." terang lelaki muda itu kepada Juwita lalu menghulurkan pamplet kepada Juwita.

"Terima kasih," ujar Juwita dengan senyuman. Dia mengambil pamplet itu lalu melangkah ke arah sofa yang disediakan di ruang lobi.

"Kalau Lia nak jalan-jalan area Kuching, abang boleh bawakan..."

Mendengar suara itu, Juwita terus mengalihkan pandangannya dari pamplet ke wajah lelaki yang bersuara tadi. Haris duduk di sofa berhadapan dengan Juwita dan tersenyum melihatnya.

"Awak buat apa dekat sini?" tanya Juwita dengan nada yang dingin.

"I was eating at the dining room when I saw you."

Juwita tidak membalas apa-apa lalu terus memandang semula ke arah pamplet di tangannya.

"You want to visit some places right? Biar abang lantik diri abang jadi pemandu pelancong Lia dengan rela hati..." usik Haris.

"Nope, thank you. I can figure it out myself."

"Come on Lia... apa salahnya kalau abang yang bawa Lia? Lagi selamat dan terjamin daripada Lia pergi sorang-sorang ataupun upah orang lain, kan?" Haris cuba memujuk. "Okey, macam ni... Let's put everything aside. Just pretend that I'm nobody to you."

"You are nobody to me." Juwita menjawab tanpa perasaan. Sengaja perkataan 'are' itu ditekan untuk menandakan yang dia sudah tiada apa-apa perasaan lagi terhadap lelaki itu.

"Ouch, that hurts." Haris berpura-pura memegang dada di bahagian jantungnya seperti sakit dengan kata-kata Juwita. Hakikatnya, memang sakit mendengar ayat itu tetapi sengaja dia berlakon seperti tidak kisah. Yang penting, hati Juwita perlu ditawan semula! Dan untuk menawan semula hati Juwita, dia perlukan cara untuk mendekati semula gadis itu.

Juwita sekadar menjeling.

"Berapa lama lagi Lia duduk dekat sini?" tanya Haris.

"Long enough."

"How long is your 'long enough'?"

"Adalah."

Haris masih mampu tersenyum. "Let's meet during breakfast tomorrow. Lepas tu abang bawak Lia pergi tempat-tempat yang best kat sini."

"Tak nak. Why should I follow you? Awak pun bukannya orang sini. Silap haribulan kita berdua sesat."

"Haaa... tak tahu kan abang pernah kerja kat sini dulu?" tanya Haris dengan senyum manis.

"Alah, setakat sebulan outstation kat sini tak payah cakaplah..." perli Juwita tanpa rasa bersalah.

"Eh, siapa cakap? Abang pernah kerja dekat Sarawak dua tahun tau! Hospital pertama abang bekerja dulu masa lepas belajar dekat sinilah. Dekat Hospital Umum Sarawak..."

Juwita terdiam. Dia tidak tahu pula tentang itu. Yang dia tahu Haris bekerja di Hospital Kuala Lumpur dan mempunyai klinik sendiri yang terletak di Cheras.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now