BAB 30

20.6K 981 39
                                    

Haris membawa Juwita ke sebuah taman permainan yang berdekatan dengan rumah gadis itu sebelum menghantarnya pulang. Hampir seharian dia menghabiskan masa dengan Juwita dengan menonton wayang, makan, dan kini berjalan-jalan di taman permainan ini pula.

Bukan senang nak ajak Juwita Natalia ni keluar tau....

"Abang tahu tak... setiap kali kita keluar, mesti asyik cerita pasal Lia je. Abang Haris tak pernah cerita tentang diri abang pun?" tanya Juwita tiba-tiba ketika mereka sedang berjalan beriringan di kawasan taman permainan yang luas itu.

"Tak ada yang menarik pun tentang diri abang..." jawab Haris selamba. "Nak aiskrim tak?" soal Haris apabila ternampak sebuah motor aiskrim sedang bertapak di tepi taman permainan itu.

"Nak!"

Mereka berdua melangkah ke arah motor aiskrim itu. "Lia nak aiskrim apa?" tanya Haris sambil memandang Juwita.

"Nak aiskrim kon yang tiga cabang tu!" ujar Juwita sambil menaikkan tiga jari lalu tersengih. "Perisa coklat dengan vanilla ya!" pesan Juwita kepada lelaki yang kelihatan seperti lewat 30-an yang menjual aiskrim itu.

Haris tersenyum melihat gelagat Juwita. "Saya nak aiskrim yang ini je." Haris menunjuk ke arah gambar aiskrim batang biasa berperisa coklat.

Lelaki itu memberikan aiskrim kepada Haris dahulu sebelum menyediakan aiskrim yang dipesan Juwita. Kon bercabang tiga dikeluarkan daripada plastik dan lelaki itu menyenduk aiskrim coklat dan vanilla ke atas kon itu. Walaupun kon itu hanya mempunyai tiga cabang, lelaki itu dengan bermurah hati meletakkan empat skop aiskrim, dua coklat dan dua vanilla.

"Eh... abang letak lebih ke?" Juwita bertanya apabila melihat aiskrimnya terlebih satu skop.

"Tak apa... abang ikhlas. Lagipun kalau adik cantik yang datang beli memang abang bagi extra," ujar lelaki itu lalu tersenyum mengusik.

Juwita hanya tergelak, tahu lelaki itu sekadar mengusik. Aiskrim yang dihulur lelaki itu diambil dengan ucapan terima kasih.

"Untunglah bro... isteri cantik," ujar lelaki itu kepada Haris tiba-tiba.

Haris memandang Juwita dengan senyum nakal sambil kening dinaik-naikkan. "Memang untung... tapi belum jadi lagi. Insya-Allah akan jadi nanti..." ujar Haris kembali kepada lelaki itu tetapi mata masih melekat pada Juwita.

"Lah, ye ke? Tapi muka ada iras-iras dah bro. Insya-Allah ada jodoh nanti ni..." Lelaki itu menambah lagi.

Juwita buat-buat tidak faham dan memandang ke arah lain. Sebenarnya dia mahu menutup rasa malu dan menyembunyikan wajahnya yang sudah mula bertukar warna.

"Doa-doakan la... payah sangat nak dapat ni!" ujar Haris mengusik. Dia mengeluarkan not lima ringgit dan diserahkan kepada penjual aiskrim itu untuk membayar harga aiskrim mereka berdua.

"Looks like someone's blushing...." usik Haris apabila mereka sudah berjalan beriringan semula.

"Mana ada!"

"Bila muka merah macam ni nampak macam... kitten!"

Juwita membulatkan matanya. "Ooo... samakan Lia dengan kitten ya? Tak nak kawan!" Dia menjelirkan lidah seperti budak kecil. Sengaja dia menghayun langkah besar agar dia lebih ke hadapan.

Haris menyaingi langkah Juwita dan meraih lengan gadis itu. Dia tersenyum melihat wajah rajuk Juwita. Tahu sangat... Juwita bukan benar-benar merajuk. Saja mahukan perhatian, atau mahu dipujuk.

"Sayang... kitten tu comel, manja, suka perhatian, kuat merajuk, dan hidung dengan mulut dia selalu merah. Macam Lia kan?" Haris berkata lembut. "Comel, manja, suka perhatian, kuat merajuk... dan hidung dengan mulut tu, selalu sangat merah bila marah, merajuk atau malu. Confuse abang... mana satu Lia, mana satu kitten eh?"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now