BAB 32

17.5K 957 47
                                    

First of all, saya nak cakap sorryyyyyy sangat-sangat sebab saya tak update for nearly a month! Gila lama!!! Saya diserang writer's block yang tersangatlah teruk sampai saya tak boleh nak tulis apa-apa bahkan satu ayat pun. It's so frustrating! Sepanjang tempoh ni, saya rasa sangat sangat bersalah nak bukak Wattpad pun sebab you guys keep reading and voting even though there's nothing else selepas bab 31. Kepada readers yang banyak mesej saya supaya sambung cerita ni dan bagi semangat, thank you so very much! Alhamdulillah, now I'm back!!!

***

Sampai sahaja di hadapan rumah milik keluarga Haris, perasaan gementar Juwita semakin menjadi-jadi. Macam-macam bermain di dalam fikirannya. Haris perasan akan perubahan wajah Juwita.

"Sayang, abang kan ada. Jangan risau sangat... mama tak makan orang!" ujar Haris mengusik.

Juwita menjeling Haris di sebelahnya. "Abang cakap memanglah senang. First impression ni penting tahu tak? Kalau mama abang tak suka Lia, kita tak boleh kahwin tau!"

"Lah... yang nak kahwin tu abang, bukan mama abang. Abang kalau nak kahwin tak payah pakai wali tau... sekarang jugak dah boleh kahwin dengan Lia!"

"Lia tahu... tapi kalau mama abang tak suka macam mana?" Juwita menyuarakan kegusaran hatinya.

Haris senyum untuk meyakinkan Juwita. Tangan gadis itu digenggam erat. "She will love you, I promise. Dah... jangan takut sangat. Hanis pun ada kat dalam tu. Ada la geng Lia nanti...."

Juwita senyum segaris. Selepas sudah sedikit tenang, dia membuka pintu kereta serentak dengan Haris. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta itu, matanya sudah menangkap kelibat seorang wanita yang seperti separuh umur tersenyum dari pintu rumah. Juwita turut membalas senyuman wanita itu dengan ikhlas.

"Mama... inilah Juwita Natalia," ujar Haris kepada mamanya. Juwita menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mama Haris. Tanpa diduga, wanita separuh umur itu memeluk tubuh Juwita selepas Juwita menyalami tangannya.

"So, she is the one that you've been talking about?" tanya Puan Hidayah ceria. Matanya tak lepas memandang Juwita.

"Yup, mama. She is the one. The only one." Haris senyum memandang Juwita.

Tersipu-sipu Juwita apabila Haris merenungnya begitu di hadapan mama lelaki itu. Juwita hanya mampu tersenyum di hadapan wanita itu.

"Masuklah!" pelawa Puan Hidayah apabila tersedar mereka hanya bersembang di muka pintu sejak tadi. "Haris banyak cerita pasal Juwita dekat auntie. Juwita perempuan pertama yang Haris cerita dengan auntie tau! Thank God, I thought he was gay!"

Tergelak Juwita mendengar kata-kata Puan Hidayah. Haris mula tersengih. Memang betul, Juwita satu-satunya gadis yang diceritakan kepada mamanya. Sebelum ini, tiada satu nama perempuan pun yang pernah keluar di bibirnya di hadapan mamanya sehingga menyebabkan Puan Hidayah berfikir bahawa anak lelakinya itu tidak mempunyai minat terhadap wanita.

"Juwita buat ni untuk auntie." Sebuah beg kertas dihulurkan kepada Puan Hidayah. "Nothing much... tapi Abang Haris dah makan sikit dalam kereta tadi," ujar Juwita berterus-terang.

Haris tersengih memandang mamanya apabila dijeling. "Lapar ma... tak sempat nak breakfast pun tadi. What are we having for lunch?" Dia angkat-angkat kening.

Puan Hidayah meletakkan beg kertas yang berikan Juwita tadi di atas kaunter dapur yang terletak tidak jauh dari ruang tamu. Juwita mengikut sahaja, takkanlah dia hendak duduk bersenang-lenang di ruang tamu pula.

"Mama tak masak lagi. Along bagi short notice sangat! Mama tak sempat nak prepare apa-apa pun!" bebel Puan Hidayah. "Ada ke patut baru kejap tadi dia bagitahu auntie yang dia nak bawa Juwita datang rumah. Bertuah punya budak!"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now