BAB 20

19.9K 953 49
                                    

Haris membawa Juwita ke Toowomba, sebuah restoran makanan barat terletak di Setapak yang terkenal dengan hidangan steak. Juwita teruja apabila melihat restoran itu kerana steak memang antara makanan kegemarannya dan dia belum pernah lagi ke Toowomba yang sememangnya popular dalam kalangan penggemar steak.

"Pernah datang sini?" tanya Haris apabila mereka masing-masing sudah duduk di dalam restoran.

Juwita menggeleng. "First time, tapi memang dah lama teringin nak makan dekat sini cuma tak berkesempatan lagi. I heard they are one of the best steak house in town!"

"Lia suka steak?"

"Favourite!"

Haris tersenyum. "You should try Me'nate too. Nanti abang bawa Lia."

Juwita hanya membalas dengan senyuman. Memang selama ini dia hanya boleh bermimpi jelah kalau nak makan di Me'nate. Dengan gaji sebagai guru sepertinya, mana mampu nak makan di restoran mewah sampai begitu sekali. Kalau hendak diikutkan, sebenarnya keluarga Juwita lebih dari mampu, tetapi Juwita memang tidak suka menggunakan duit atau nama keluarganya dengan sesuka hati. Kalau nak, usahalah sendiri!

Pelayan yang datang membawa buku menu mematikan perbualan mereka. Juwita membelek menu itu untuk melihat makanan yang ingin dipesan. Sementara dia melihat menu, Haris membuat pesanan terlebih dulu. Haris memesan lamb chop manakala Juwita pula memesan special mixed grill. Seperti biasa, mereka berdua sama-sama memesan iced lemon tea.

"Lia cantik hari ni..." ujar Haris tiba-tiba selepas pelayan tersebut pergi membawa pesanan mereka.

"Terima kasih," jawab Juwita tersipu-sipu. Orang puji cantik tu... segan sekejap. "Abang tak penat ke baru habis kerja terus keluar lunch dengan saya?" tanya Juwita.

"Penat? Dapat tengok Lia terus jadi tak penat..." ujar Haris seperti mengusik.

"Eleh, yelah tu..." Juwita mencebik. "So... how's work?"

"Hmm... normal day I guess. Patient pun tak ramai," jawab Haris. "Cuma pukul 3 pagi tadi cousin abang si Aidil tiba-tiba datang mengejut dengan isteri dia." Haris tergelak kecil dan menggeleng kepala tatkala teringat semula peristiwa pagi tadi.

"Kenapa?" tanya Juwita. Dia kenal juga dengan Aidil dan isterinya Dian kerana pernah menghadiri majlis kahwin mereka berdua tidak lama dahulu. Norman, abang iparnya itu juga sepupu dengan Aidil dan Haris. Jadi dia sudah sedia maklum bahawa mereka bertiga ini mempunyai pertalian darah.

"Dian sakit perut biasa je, tapi Aidil ingat Dian dah nak bersalin. Sedangkan baby baru enam bulan! Kelam-kabut dia datang klinik abang pagi tadi." Haris tergelak lagi apabila terbayangkan wajah cuak Aidil pagi tadi.

Juwita turut tergelak sama. "Habis tu, apa jadi?"

"Rupa-rupanya Dian sakit perut biasa-biasa je. Kebetulan pulak masa tu baby tendang perut, jadi Dian terjeritlah. Terus Aidil ingat Dian nak bersalin..." Haris bercerita dengan senyuman. "Tapi sebab dah alang-alang dia orang dah ada dekat klinik, abang suggest suruh buat scanning sekali untuk tengok gender."

"Boy atau girl?" Juwita pula yang teruja untuk tahu.

"Insya-Allah boy..."

Juwita tersenyum meleret. "Bestnya!" ujar Juwita teruja.

"Sepupu abang, Norman dengan Aidil dah lepas dah Lia. Kita bila lagi?" tanya Haris tiba-tiba. Sengaja dia memandang Juwita dengan senyuman mengusik.

Merah pipi Juwita mendengar soalan Haris. "Bila apa?" Juwita buat-buat tanya.

"Bina masjid kita."

Tanya Sama Hati ☑On viuen les histories. Descobreix ara