BAB 34

17.8K 798 80
                                    

Haris duduk bersandar pada kerusi malas yang terletak di sudut bilik rehat untuk merehatkan dirinya. Tangan kiri dibawa ke pelipis dan perlahan-lahan pelipis itu diurut bagi melegakan sakit kepala. Kemudian tangannya berhenti dan dia membawa keluar telefon bimbit dari poket seluar. Niat di hati mahu mencuba nasib, mana tahu tiba-tiba coverage menjadi kuat. Tapi hampa,  kerana bar masih pada tahap pertama.

Haris mengeluh berat. Dia tahu hari ini merupakan hari lahir Juwita, tetapi sayang sekali dia tidak dapat menghubungi wanita itu hatta untuk mengucapkan selamat hari jadi sekalipun. Keluhan beratnya tadi bukan kerana itu sahaja, tetapi juga kerana sesuatu yang mengejutkan telah terjadi setibanya dia di Sarawak dua minggu yang lepas.

Tidak sangka, Haris sungguh tidak sangka bahawa akan menemui semula wanita itu setelah hampir 10 tahun berpisah. Kehadiran Hafeesya di Lapangan Terbang Miri ketika para doktor dari seluruh Malaysia sedang berkumpul membuatkan Haris terpempan.

"Haris? Haris kan?" tanya wanita itu dengan senyum lebar di bibir. Matanya bersinar-sinar tatkala ternampak Haris dalam kalangan puluhan doktor yang lain.

Haris menelan liurnya. Wajah wanita di hadapannya itu dipandang lama. Mulutnya pula bagaikan terkunci rapat.

"Haris, ini I la. Feesya!" ujar Hafeesya lagi apabila Haris masih mendiamkan diri. Bahu Haris dipukul perlahan membuatkan Haris tersentak dari lamunannya.

"Feesya." Haris berkata sepatah. Nafas dihela perlahan sambil mata masih memandang wanita tinggi berkulit kuning langsat di hadapannya itu.

"Tak sangka you pun ada dekat sini. Volunteer jugak ke?"

Haris sekadar mengangguk.

"You duduk mana sekarang ni?"

"KL."

"Lama kita tak keep in touch kan?" Wanita itu masih mampu bersuara ceria walaupun Haris seperti hendak tak hendak sahaja melayan butir bicaranya. "Almost 10 years!"

Haris mengalih pandangannya. Bibir terukir senyum sinis. "I wonder who's fault is that."

Hafeesya terdiam. Senyumannya juga turut mati. "Haris, I..." Belum sempat ayatnya dihabiskan, tiba-tiba mereka sudah dipanggil untuk berkumpul. Haris terus melangkah meninggalkan Hafeesya yang masih termanggu-manggu sendirian.

Bunyi pintu bilik rehat yang dibuka dari luar mematikan lamunan Haris yang masih duduk bersandar pada kerusi malas. Haris berpaling ke arah pintu dan terkedu apabila Hafeesya sedang berdiri di muka pintu itu. Riak wajah Hafeesya turut kelihatan terkejut apabila ternampak Haris  sedang bersandar pada kerusi di penjuru bilik rehat.

"Kalau you nak rehat, I keluar dulu." Hafeesya berkata perlahan.

"It's okay. Ini bukannya bilik I seorang. Kalau you nak rehat jugak, rehatlah. But make sure the door is wide open. Nanti orang lain fikir apa pulak," ujar Haris tanpa perasaan.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now