BAB 54

21.6K 930 90
                                    

"Faiz, aku nak cancel surgery ni. Kita tangguh hari lain."

Terbeliak mata Faiz mendengar arahan daripada sahabatnya Haris. Dah gila agaknya Haris ni!

"Kau ni dah tak betul ke apa, Haris? Kita dah nak masuk operating theatre dah ni. Mana boleh cancel!"

"Aku tak kira. Aku ada hal urgent sekarang ni. Kita buat hari lain jelah!"

"Kau ni memang dah gila..." ujar Faiz seperti tidak percaya. "What's more important than this surgery, Haris?"

"Juwita. She's more important than this surgery."

Faiz menghela nafas berat. "Haris, she can wait. Everything else can wait, but not this one. We need to get it done by today!"

"I don't freaking care! Cabut semua benda ni cepat sebelum aku yang cabutkan sendiri," ujar Haris seperti mengugut. Bukannya susah pun untuk dia menanggalkan wayar-wayar itu dengan sendiri.

Faiz menggeleng-gelengkan kepalanya. "Nurse, proceed to the operating theatre." Faiz buat tidak peduli pada arahan Haris.

"Faiz!"

"Kau boleh jumpa dia esok, lusa, tulat, setiap hari pun boleh but not today." Faiz berkata tegas. Dia turut menolong beberapa orang jururawat itu menolak katil Haris ke arah bilik pembedahan.

"Masalahnya aku kena jumpa dia hari ni jugak! Kau tak faham, Faiz. Kalau aku tak pergi sekarang, aku akan kehilangan dia!"

"Kalau Juwita tu dah memang jodoh kau, kau takkan kehilangan dia walaupun dia kat kutub utara dan kau kat kutub selatan sekalipun. Yang penting pembedahan ni kena selesai hari ni juga!" ujar Faiz. "You know this too well, Haris. Kau tahu apa kesannya kalau kita lengah-lengahkan lagi pembedahan ni kan? You know the consequences."

Haris terdiam. Ya, dia sangat tahu. Jika tidak dibedah dengan segera, dia mungkin akan kehilangan keupayaan tangan kanannya seumur hidup. Dan jika dia kehilangan keupayaan yang satu itu, dia mungkin terpaksa melupakan kerjayanya sebagai seorang doktor. Tangan ialah aset yang sangat penting sebagai seorang doktor!

Haris sebenarnya pernah menghidapi sindrom Carpal Tunnel di mana dia sering berasa sakit, lenguh dan kebas-kebas di bahagian pergelangan tangan kanannya sehingga boleh melarat ke bahu. Kadang-kadang apabila rasa sakit itu menyerang, dia langsung tidak dapat melakukan kerjanya. Enam bulan yang lepas, dia sudah pun menjalani pembedahan minor yang ringkas dan dia telah pun sembuh. Tetapi baru-baru ini rasa sakit itu datang semula dan apabila dia membuat pemeriksaan, rupa-rupanya sindrom Carpal Tunnel itu masih lagi terjadi dan kini dia perlu menjalani satu lagi pembedahan tangan yang major pula.

Kalau pembedahan minor memang cepat sahaja prosesnya yang tidak sampai satu jam pun dan tidak perlu ditahan di wad langsung. Tetapi pembedahan major yang Haris perlu jalani kali ini melibatkan median nerve di pergelangan tangan dan ulnar nerve di siku yang bergesel terlalu dekat dengan tulang. Oleh itu, pembedahan kali ini mungkin akan memakan masa lebih kurang enam jam dan dia pasti akan ditahan di wad untuk beberapa hari.

Jadi, memang mustahil untuk dia berjumpa dengan ayah Juwita pada hari ini memandangkan pembedahannya dijadualkan bermula pada pukul 4 petang. Walaupun jika pembedahan berjalan dengan lancar dan selesai tepat pada masanya, dia masih tidak boleh keluar dari hospital ini sebaik sahaja pembedahan itu selesai.

Haris berbaring semula di atas katilnya yang sedang bergerak ke bilik pembedahan. Matanya dipejam rapat sambil lengan diletakkan di atas dahi seperti sedang memikir sesuatu.

Lia, abang minta maaf. I just can't.

***

Juwita masih lagi menangis di atas katilnya walaupun jam sudah menunjukkan ke jam 11 malam. Sepanjang petang dia hanya menangis dan hanya berhenti pada waktu maghrib. Sebentar tadi apabila dia cuba untuk tidur, serta-merta dia teringat akan Haris nak menangis lagi, lebih-lebih lagi apabila melihat jam yang menunjukkan bahawa hari akan bertukar dalam masa kurang dari satu jam. Geram di dalam hatinya terhadap Haris hanya Tuhan saja yang tahu!

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now