BAB 15

20.3K 995 28
                                    

[Picture : Juwita masa terkejut tengok Haris dah penuh dengan popcorn]

***

Juwita melangkah masuk ke dalam kedai buku Popular dan terus berjalan ke bahagian rak novel Bahasa Inggeris untuk mencari novel yang sudah lama ingin dijadikan koleksinya. Memandangkan pada hari hujung minggu seperti ini sahaja dia mempunyai masa lapang, jadi Juwita mengambil kesempatan untuk ke pusat membeli-belah itu.

Juwita membelek-belek novel The Divergent Series dan The Maze Runner Series yang sudah ada di tangannya. Setiap satu buku itu dilihat harganya kemudian dia membuat pengiraan di dalam kepala.

Alamak, lari bajetlah aku bulan ni! Set Divergent sahaja sudah RM 180 manakala set The Maze Runner RM 150. Semuanya RM 330! Juwita menggelengkan kepala. Takpelah Juwita... nampaknya bulan ni kena ikat perutlah.

Selepas mendapatkan novel-novel tersebut, Juwita berbaris di kaunter bayaran. Ramai juga orang yang sedang beratur, mungkin kerana hari minggu.

"Eh, Juwita!"

Satu suara yang amat dikenali memanggil namanya di belakang ketika dia sedang beratur membuatkan Juwita berpaling. Bibirnya mengukir senyum lebar melihat wajah itu.

"Laa... kau pun ada dekat sini jugak, Nis? Kebetulan gila!" ujar Juwita ceria tatkala ternampak Hanis yang sedang beratur di belakangnya. Berlainan dengannya, di tangan Hanis terdapat beberapa buah novel Melayu.

Hanis merupakan rakan sekerjanya di sekolah. Dia berkenalan dengan Hanis pun kerana terserempak dengan gadis itu ketika mereka sama-sama melapor diri pada hari pertama persekolahan tahun lepas. Tempat duduknya dan Hanis di dalam bilik guru juga sebelah-menyebelah sahaja. Yang membezakan Hanis dan Juwita ialah Hanis merupakan guru Bahasa Melayu manakala Juwita pula guru Bahasa Inggeris.

"Tulah! Sebenarnya dari tadi aku macam dah nampak kau tapi tak berani nak tegur takut silap orang. Bila dah dekat macam ni baru perasan memang kau pun!"

Perbualan mereka terhenti sebentar apabila tiba giliran Juwita untuk membuat pembayaran. Juwita menyerahkan kad keahlian dan kad kreditnya. Selesai membuat pembayaran, Juwita menunggu giliran Hanis pula.

"Kau datang sini sebab nak beli buku je ke?" tanya Hanis ketika mereka berjalan sama-sama keluar daripada kedai buku itu. Juwita terpak
ksa memeluk beg plastik yang berisi buku-buku itu kerana ianya berat dan dia takut jika plastik itu terkoyak.

Juwita mengangguk. "Mula-mula ingat nak beli buku je, tapi dah terlajak sampai sini aku ingat nak tengok wayang sekali la..."

"Hah? Aku pun nak tengok wayang jugak! Kau nak tengok cerita apa?" tanya Hanis teruja.

"Friend Request kot."

Mata Hanis membulat dengan senyuman lebar. "Show pukul 2.15 petang nanti ada. Nak tak?"

Juwita mengangguk lagi.

"Yay, boleh kita tengok sama-sama! Takdelah bosan sangat nanti," ujar Hanis dengan tawa kecil. "Jomlah, beli tiket sekali. Nanti tiket habis pulak. Aku nak beli popcorn jugak!" Hanis terus merangkul tangan Juwita dan mereka berjalan beriringan ke panggung wayang. Ketika itu langkah Hanis berhenti dan membuatkan Juwita turut berhenti.

"Apasal beb?" tanya Juwita.

"Aku lupa nak cakap something..." Hanis tersengih memandang Juwita. "Sebenarnya aku datang dengan abang aku..." Jarinya menunjuk ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang sedang beratur di kaunter membeli tiket.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now