BAB 36

18.9K 946 179
                                    

Walaupun masih ada masa lebih kurang tiga minggu lagi untuk Juwita bertolak ke Amerika Syarikat, dia sudahpun membuat persiapan sedikit demi sedikit. Sebenarnya, langsung tidak sedikit! Dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar benda dia cuba siapkan dalam masa satu hari.

Dia sangat teruja untuk ke Amerika kerana secara tidak langsung ianya menjadi seperti batu loncatan dalam kariernya. Bukan senang Juwita hendak mendapat tempat di dalam program ini. Beberapa peringkat temuduga dan ujian harus dilepasi untuk dia sampai ke tahap ini.

"US bahagian mana?" tanya lelaki itu di hujung talian.

"South Carolina!" jawab Juwita ceria.

"It's going to be cold there, Ju. Dah prepare for the snow? Abang rasa musim sejuk kat sana just around the corner."

"Ju belum sempat lagi nak beli. Beberapa hari ni sibuk betul siapkan dokumen-dokumen, Visa, passport semua tu. Barang yang lain belum sempat kemas pun," rungut Juwita.

"Hari ni free tak?"

"Free. Kenapa?"

"Abang datang sekarang. Kita pergi shopping."

Juwita tersenyum lebar. "Okey, abang! This is why I love you!"

"And I love you too..."

Juwita tergelak kecil. Dia menganggap kata-kata Khal sebentar tadi sekadar gurauan sahaja. Mana taknya, sejak dulu dia sudah menganggap Khal sebagai abang sendiri, dan dia pasti Khal juga menganggapnya sebagai adik sahaja.

Juwita pantas bersiap untuk keluar bersama Khal. Nasib baik hujung minggu ini dia tidak mempunyai apa-apa plan lain. Sepatutnya, dia menjemput Haris di lapangan terbang semalam, tetapi lelaki itu tidak jadi pulang pula.

Juwita jadi tawar hati dengan perangai Haris kebelakangan ini. Dia terasa seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong pula. Sudahlah lelaki itu jarang sekali menghubungi dirinya, tetapi dia pula yang terhegeh-hegeh ingin mengganggu lelaki itu. Hubungan antara dia dan Haris juga terasa seperti hambar sahaja sejak lelaki itu ke Sarawak sebulan yang lepas.

Perihal dia ingin ke Amerika untuk Program Pertukaran Antarabangsa ini juga tidak diberitahu lagi kepada Haris. Nak bagitahu macam mana kalau aku telefon pun dia tak pernah nak angkat. Baik tak payah beritahu langsung! Bila dia dah balik nanti baru aku pertimbangkan sama ada perlu atau tidak aku beritahu dia. Biar dia pulak rasa apa yang aku rasa!

"Abang Khal nak bawak Ju pergi mana?" tanya Juwita sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta Khal.

"Pergi shopping barang-barang Ju la. Yang penting baju sejuk tu. You don't want to get sick, do you?"

"Of course no."

"Neither do I." Lelaki itu tersenyum. "Ju keluar dengan abang ni... boyfriend tak marah ke?" tanya Khal selamba. Bukan dia tidak tahu hubungan antara gadis ini dengan Haris, tetapi dia sengaja mahu bertanya sendiri kepada Juwita.

Juwita berpeluk tubuh lalu membuang pandang ke luar tingkap. "Entah. Tak tahu." Juwita menjawab acuh tidak acuh.

"Aik? Macam pelik je bunyi tu..." Khal memandang Juwita sekilas sebelum kembali memandang hadapan. "Kenapa ni? Cuba cerita dekat abang."

Juwita menghela nafas berat. "Susahlah nak cakap macam mana abang. Ju rasa sekejap dia care tentang Ju. Sekejap lagi Ju rasa dia macam tak kisah langsung tentang Ju. Memang macam ni eh perangai lelaki? I just don't get it."

"Dia tak appreciate Ju?"

"I don't know..."

"Ju..." perlahan Khal memanggil nama gadis itu. "Ada orang yang appreciate Ju lebih dari dia, cuma Ju saja yang tak nampak," Khal menggumam perlahan, lebih kepada bercakap pada diri sendiri.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now