BAB 22

18.1K 951 55
                                    

"Kenapa awak nak tahu sangat ni? Can't you just accept me as who I am now? Kenapa nak tahu tentang saya yang dulu?" Juwita sudah mula marah-marah. "Semua lelaki sama je! Tak pernah ikhlas!"

"Abang bukan 'semua lelaki' tu. Abang cuma nak tahu, because I don't want to think bad about you. Lia tahu tak abang dah macam upside down sebulan ni sebab asyik fikirkan Lia? Abang call tapi Lia tak pernah angkat!" Haris turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Apa yang awak fikir tentang saya? Apa yang awak dah termakan dengan kata-kata Yusuf dulu tu? Awak anggap saya ni perempuan yang macam mana?" tanya Juwita bertalu-talu. Suaranya kedengaran jelas hampa.

Haris melepaskan keluhan. "Apa yang abang fikir tak penting. I don't know the truth, jadi abang fikir macam-macam."

"Perempuan 'rosak' dan 'kotor' ada termasuk dalam salah satu anggapan awak?" tanya Juwita sinis.

Riak wajah Haris berubah. Melihat riak wajah Haris sahaja sudah membuatkan Juwita tahu apa yang lelaki itu fikirkan.

"You don't have to say, I can see it on your face. Saya tak nak cakap apa-apa lagi, anggap jelah apa yang awak fikir tu semuanya betul," ucap Juwita perlahan. Perlahan-lahan dia cuba berbaring membelakangkan Haris semula tetapi Haris pantas memegang tangan kiri Juwita membuatkan pergerakannya terhenti.

"Kenapa susah sangat nak bagitahu perkara yang sebenarnya? Lia lagi rela abang anggap Lia macam tu semua berbanding Lia berterus-terang dengan abang?" tanya Haris dengan suara yang sudah sedikit tegang. Dia memegang erat pergelangan kiri Juwita yang ditutupi gelang-gelang manik itu. "Kenapa dengan gelang ni? Apa makna gelang ni pada Lia?"

"Lepaslah!" Juwita cuba menarik semula tangannya tetapi tidak berjaya. Pegangan Haris pada pergelangan tangannya terasa amat kuat.

Dengan sekuat hati Juwita merentap tangannya dari pegangan Haris sehingga membuatkan tali gelang-gelang manik di pergelangan tangannya terputus. Tergamam Juwita melihat manik-manik gelangnya yang sudah bertaburan di atas lantai.

Haris turut terkedu melihat gelang-gelang manik yang selama ini menghiasi pergelangan tangan Juwita kini sudah bertaburan di atas lantai bilik itu.

"Ini yang awak nak kan..." ucap Juwita perlahan sambil mata masih memandang lantai.

"Lia, abang minta maaf..."

"Ini yang awak nak tahu sangat kan?!" Suara Juwita sudah meninggi. "You want to know the truth? I'll tell you the truth!" Dia mengangkat tangan kiri dan ditunjukkan kepada Haris.

Haris tergamam melihat pergelangan tangan Juwita. Tak mungkin...

"Saya pernah cuba bunuh diri, Haris! Dulu saya pernah makan ubat tu lebih banyak dari ni! I just don't want to live anymore!" jerit Juwita sambil teresak-esak menangis. "Tiga, Haris. Tiga! I made three cuts, but I'm still alive! I took six of those pills and I cut myself!" sambung Juwita lagi. "Five minutes, Haris. If Yusuf came five minutes late, I may not be here anymore."

"Lia..." Haris cuba merapati Juwita tetapi ditahan gadis itu. Haris rasa teramat bersalah.

"No, I don't want to hear a thing from you! Biar saya beritahu semua yang awak nak sangat tahu, and I have not finish yet."

"You don't have to tell everything right now, Lia. Please, you need to rest," ujar Haris yang mula risau melihat wajah Juwita yang bertukar pucat.

"No, I have to tell everything right now because people like you will always judge people like me! Awak tak tahu betapa susah saya nak lalui semuanya sendiri, but all you did was judging me by my past!"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now