BAB 16

19.2K 1.1K 61
                                    

Tidak berkelip mata Haris melihat dirinya sudah dipenuhi dengan popcorn caramel. Bunyi di dalam panggung wayang itu yang tiba-tiba kuat telah membuatkan kotak popcorn di tangan Juwita sebentar tadi mendarat dengan tepat ke mukanya dan terus jatuh ke badannya.

Haris menarik nafas dalam. Dia cuba menahan senyuman apabila melihat wajah Juwita yang terlopong melihat keadaannya. Sengaja dia mengekalkan wajah serius.

"Sorry sorry... saya tak sengaja. Betul-betul tak sengaja!" ujar Juwita sambil cuba membersihkan semula popcorn yang sudah bertaburan di baju Haris. Baru sahaja tangannya mahu mengibas popcorn-popcorn yang melekat di baju lelaki itu dengan tisu, Haris menahan tangannya.

"Tak apa. Biarkan." Haris sengaja bersuara tegas dan serius membuatkan Juwita semakin serba salah.

Juwita mengikut sahaja arahan Haris. Kini dia berpaling ke arah Hanis pula. "Matilah aku Nis... aku rasa along kau nak mengamuk dah."

"Mengamuk? Apa hal?"

"Aku dah mandikan dia dengan popcorn aku..." 

Hanis menepuk dahi.

***

"Apa benda la korang berdua ni. Orang tengok wayang hantu kot...! Yang along sampai bermandi popcorn ni kenapa?" Hanis tak habis-habis mengusik sejak dari filem itu tamat lagi. Dari tadi tak sudah-sudah dia menggelakkan alongnya dan Juwita.

Juwita menjeling Hanis yang masih tergelak-gelak. Aku tengah cuak nak menghadap along dia ni, dia boleh gelakkan aku pulak. Mengamuk sakan doktor singa ni nanti karang!!!

Haris pula buat tak peduli dengan usikan adik perempuannya. Dia sibuk mengibas-ngibas baju untuk menghilangkan sisa-sisa popcorn yang tertinggal. Apalah nasib... pakaian bukan main smart, muka boleh tahan handsome, sekali kena mandi popcorn daaaa...

"Kejap ya awak..." ujar Juwita tiba-tiba. Dia menjingkit sedikit dan melarikan jari-jemarinya pada rambut Haris sekejap. Beberapa butir popcorn jatuh ke lantai apabila Juwita buat begitu.

Haris terkedu dengan perbuatan Juwita. Haris tahu bahawa Juwita tidak sedar yang perbuatannya itu sedikit-sebanyak mengganggu ketenteraman hatinya. 

"Awak ni memang saja ke Lia?" tanya Haris tiba-tiba.

"Saja apa?" Juwita memandang Haris dengan pandangan tidak bersalah.

Haris melepaskan nafas berat. Naifnya seorang Juwita...

"Okay guys... sudah-sudahlah bercinta. Apa kata kita pergi makan? Lapar ni!" Hanis menyampuk dan selamba menyelit di tengah-tengah antara Juwita dan alongnya.

Merah wajah Juwita apabila diusik begitu oleh rakannya sendiri. Sudahnya, dia hanya terdiam. Berbeza pula dengan Haris yang masih berkelakuan biasa dan selamba.

"Yelah... nak makan dekat mana?" tanya Haris.

"Sebenarnya Hanis teringin nak makan dekat Seoul Garden la. Boleh tak Ju?"

Juwita mengangguk. "Boleh, aku tak kisah. Tapi kali ni biar aku pulak yang belanja please..." ujar Juwita seperti merayu. Malu rasanya jika kali ini Haris juga yang belanja.

"Alah Ju... biar je along yang bayar semuanya! Bukan senang aku nak pujuk dia keluar dengan aku hari ni tau! Alang-alang dia dah ada... kita bedal jelah!" usik Hanis tanpa segan-silu dihadapan alongnya.

Sampai sahaja mereka bertiga di hadapan kaunter di Seoul Garden itu, Haris terlebih dulu mengeluarkan dompetnya tetapi kali ini dihalang oleh Juwita yang turut mengeluarkan kad kreditnya.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now