BAB 45

19.4K 898 63
                                    

Juwita tidak pasti sama ada apa yang sedang dia lakukan ini pilihan yang betul ataupun salah. Yang pasti, kerana dia menjawab 'okey', kini dia sedang bersama dengan Haris, berjalan beriringan di Waterfront Kuching sambil melihat air terjun buatan sambil makan aiskrim.

"Tak sangka Lia masih simpan nombor abang. Tulah, tadi orang nak minta nombor telefon dia, jual mahal..." usik Haris tak sudah sudah sejak kes tadi membuatkan Juwita jadi malu.

Alkisahnya... ketika mereka berdua sedang berjalan, Juwita ternampak sebuah kedai kraftangan yang menarik perhatiannya. Tanpa memberitahu Haris, Juwita terus masuk ke dalam kedai itu. Haris yang tidak tahu apa-apa terus berjalan tanpa menyedari yang Juwita kini sudah tidak berada di sebelahnya.

Apabila Juwita keluar dari kedai kraftangan itu, baru dia sedar yang Haris tidak lagi berada bersamanya. Puas dia mencari Haris di merata tempat, akhirnya dia tergerak hati untuk menghubungi lelaki itu. Nasib baik nombor telefon lelaki itu tidak pernah dibuang dari simpanannya.

Sebaik sahaja talian itu berjawab, Juwita dapat dengar bertapa risaunya Haris dari nada suaranya. Tidak sampai lima minit Haris sudah berada di hadapannya dalam keadaan yang termengah-mengah seperti baru sahaja berlari.

"Lia, you made me so worried!" ujar Haris yang masih termengah-mengah. "Abang cari Lia merata-rata!"

"Sorry... tadi Lia masuk kedai tu sebab nak beli ni." Sebuah beg bercorak tie-dye diangkat dan ditunjukkan kepada Haris dengan rasa bersalah.

Haris tersenyum kecil. Kemudian dia ketawa. "Lain kali panggil abang sekali kalau nak masuk mana-mana kedai. Lepas ni, Lia kena melekat dengan abang macam gam gajah, tau!" Haris masih lagi tersenyum.

"Where do you get my number?" tanya Haris tiba-tiba, mematikan lamunan Juwita.

"Dalam... handphone?" Juwita memberitahu seperti ragu-ragu. Telefon bimbit di tangan ditunjukkan kepada Haris tanpa syak apa-apa.

"Maknanya Lia tak pernah delete nombor abang?" tanya Haris dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

Kini baru Juwita terdiam sebentar. Baru dia tersedar yang tadi dia telah menghubungi Haris dengan menggunakan nombornya yang baru, yang sepatutnya dia tidak berikan kepada Haris langsung. Juwita menggigit bibir dan memukul dahinya menggunakan telefon bimbit di tangan dengan perlahan apabila terkenangkan kebodohan dirinya sendiri.

Kelakuan Juwita membuatkan Haris semakin galak ketawa. "It's okay, sayang. Abang faham," ujar Haris mengusik.

"Jangan fikir yang Lia tak pernah move on eh..." Juwita menaikkan jari telunjuknya seperti hendak mengugut Haris. "I've moved on. Period."

Haris tergelak kecil. "I didn't say anything. Lia yang sebut, bukan abang."

"Tapi Lia tahu apa yang abang fikir. Saja suka nak mengusik orang kan..."

"Uuu, so you're a psychic now?"

"Nampak tak ni apa?" Juwita menunjukkan buku limanya kepada Haris.

Ooo... mentang-mentanglah aku yang kalah, ligat dia nak mengusik!

Haria hanya tersenyum. Buku lima Juwita yang tadinya dikepal dicapai oleh Haris dan digenggam erat supaya jari-jemari itu bertaut dengan jari-jemarinya.

"Abang tak cakap Lia tak pernah move on..." Haris berkata lembut. Sepasang mata kebiru-biruan yang menjadi punca dia jatuh cinta itu dipandang dalam-dalam. "But I will be glad if you didn't. Jangan move on dari abang. We just have to stay."

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now