BAB 38

18.3K 818 42
                                    

6 bulan kemudian...

Juwita menolak troli bagasinya ke arah ruang menunggu. Tak sabar rasanya mahu pulang ke rumah setelah enam bulan berada di perantauan dan tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke Malaysia. Hatta berpuasa dan beraya pun terpaksa disambut di Amerika.

Bayangkan masak rendang dalam cuaca yang sejuk? Tak feel betul!

Juwita tersenyum lebar apabila melihat wajah ibu dan ayahnya yang sedang duduk di satu sudut. Pantas kakinya melangkah ke arah kedua-dua orang tua itu.

"Ibuuu!!! Ayah!!!" Juwita terus memeluk tubuh kedua-dua orang tuanya sekaligus. "I miss you both a lot!"

"We miss you too..." balas Datuk Kamil. "Ibu tu haa... hari-hari sebut nama Juwita tau."

"Mesti ibu rindu Juwita kan?" usik Juwita.

"Mestilah sayang... ibu rinduuuuu sangat!" ucap Datin Masnah jujur. Tubuh anaknya itu dipeluk erat dan diusap penuh kasih. "Lama sangat anak ibu ni tak balik. Puasa kat sana, raya puasa dengan raya haji pun kat sana. Sekarang ni anak ibu tak boleh pergi mana-mana dah buat sementara waktu. Kena duduk dengan ibu je!"

Juwita tergelak manja. Ibu... ibu. Comel betul!

"Dah balik Malaysia ni... Juwita dah ada plan ke?" tanya Datuk Kamil apabila mereka semua sudah berada di dalam kereta.

"Plan?" Juwita terdiam sejenak seperti berfikir. "Rasanya macam tak ada lagi. Yang ada pun cuma nak attend kenduri kahwin jelah kot. Sekarang kan tengah cuti sekolah, jadi musim kahwin la jawabnya. Minggu depan Juwita nak attend kenduri kahwin kawan yang sama-sama intern dengan Juwita kat US hari tu. Dia orang Sarawak. Dua minggu lepas kenduri kat Sarawak tu kenduri Aina pulak. Aina dah book Juwita seminggu tau untuk majlis nikah dan majlis kenduri kahwin dia!" terang Juwita panjang lebar.

"Dah nak kahwin Aina rupanya..." ujar Datin Masnah. "Juwita pulak macam mana?" tanya wanita itu sambil cuba serkap jarang.

"Juwita kenapa pulak?" tanya Juwita semula berpura-pura tidak faham. Mata dihalakan ke arah lain.

"Khal tu dah beberapa kali tanya ayah, Juwita..." Datuk Kamil menyampuk. "Cincin yang Khal bagi... Juwita terima atau tidak?"

Juwita tunduk memandang jari-jemarinya yang masih kosong tanpa sebarang cincin. Dulu di salah satu jari itu pernah tersemat sebentuk cincin, tetapi hanya dapat bertahan sementara sahaja.

"Khal tu baik orangnya Juwita... ayah kenal dia. Dia nampak ikhlas nakkan Juwita," sambung Datuk Kamil lagi apabila melihat anak gadisnya itu terdiam. "Kalau dah ada orang yang mencintai dan menghargai Juwita di depan mata, kenapa perlu lepaskan orang tu?" tanya Datuk Kamil lembut.

Juwita memandang ayahnya sekilas. "Ayah tolong bagi Juwita masa untuk fikir..." pinta Juwita perlahan.

Datuk Kamil menepuk bahu anaknya. "Take your time. Ayah tak akan pernah paksa anak ayah untuk buat keputusan. Cuma kalau boleh ayah nak yang terbaik untuk anak ayah ni. Ayah tak nak ada sesiapa lagi yang berani sakiti hati anak ayah."

Juwita rasa terharu. Walaupun dia tahu dia bukannya anak kandung ibu dan ayahnya, tetapi ibu dan ayahnya tidak pernah menganggapnya sebegitu. Malah, mereka teramat sayang kepadanya dan memanjakan dia lebih daripada kakaknya sendiri. Julia juga memang sudah menganggap Juwita seperti adik kandungnya sendiri tanpa ada rasa iri hati.

Juwita memeluk lengan ayahnya manja. "Thanks ayah... Juwita sayang ayah..."

"Ayah pun sayang anak ayah ni..."

***

Sebaik sahaja Juwita masuk ke dalam biliknya, dia terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Bibirnya mengukir senyuman saat belakang badan bersentuhan dengan tilam empuk yang sudah lama ditinggalkan. Walaupun tempat tinggalnya di Amerika juga selesa, tetapi masih tidak dapat disamakan dengan biliknya di sini.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now