BAB 49

18.1K 877 57
                                    

Khal menukar channel TV satu-persatu. Sudah berapa pusingan dia menukar siaran tetapi tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Kepalanya runsing memikirkan tentang Zulaikha.

Termasuk hari ini, sudah dua hari Zulaikha tidak datang kerja. Apabila ditanya kepada Gayatri, jururawat itu memberitahu bahawa Zulaikha demam panas akibat bermandi hujan lebat tempoh hari. Mendengar sahaja tentang itu, Khal rasa bersalah lagi. Tak pasal-pasal Zulaikha demam kerana permintaan mengarutnya.

"Betul ke dia demam panas?" tanya Khal sekali lagi apabila Gayatri masuk untuk mencuci lukanya.

"Betullah, Encik Khal. Dah dua kali saya beritahu. Dia demam panas. Kelmarin kan dia kena hujan lebat, lepas tu dia dikenakan tindakan pula. Sudah jatuh ditimpa tangga, encik.."

Khal terkedu. "What? Tindakan? Kenapa?"

"Takkan Encik Khal tak tahu? Datin Dr Azleen yang kenakan tindakan pada Ika. What she did was wrong, Encik Khal. Tak kiralah walaupun patient yang suruh, tapi Ika tak sepatutnya beri apa yang encik minta hari tu. Nak buat macam mana, dah nasib dia tertangkap dengan bos." Gayatri menerang panjang lebar. "Saya dah selesai ni. Saya keluar dulu."

"Kejap!" Khal menahan Gayatri. "Bagi saya nombor telefon Ika."

Dahi Gayatri berkerut. Amboi, melebih-lebih pula lelaki ni! "Mana boleh, Encik Khal!"

"Saya tak kira! Kena bagi jugak!"

"Tak boleh, encik. Lagipun saya tak ada nombor dia," bohong Gayatri.

"Carilah! You all mesti ada maklumat pekerja, kan?"

"I can't, Encik Khal. Itu dah melanggar etika kerja saya!"

"Gayatri...!"

Gayatri menggeleng laju dan terus keluar meninggalkan Khal di bilik itu dengan pantas. Khal mendengus geram. Dia membaringkan tubuhnya semula di atas katil dan meletakkan tangan kiri di atas dahi. Semakin bertimpa-timpa perasaan bersalahnya.

Haih, apa aku nak buat sekarang ni?

***

Masuk sahaja hari ketiga, sekali lagi Khal menantikan Zulaikha. Tetapi hatinya hampa apabila melihat Gayatri juga yang masuk menghantar makanan kepadanya pagi itu.

"Ika tak datang kerja lagi ke?" tanya Khal.

Gayatri terdiam sebentar. Hendak menipu, dia tidak berani. Tetapi kalau berterus-terang, kesian pula pada Zulaikha. Pasti dia kena buli lagi!

"Kenapa encik tanya?" Gayatri cuba berdalih. Gelas air masak disuakan kepada Khal tetapi Khal tidak menyambutnya.

"That wasn't what I asked. Saya tanya Ika masuk kerja ke tak hari ni?" Khal mengulang semula soalannya dengan tegas.

Gayatri menghela nafas perlahan. Singa dah bangun dah... "Hari ni Ika dah masuk kerja," ujar Gayatri jujur.

"Panggil dia."

"Tak boleh, Encik Khal."

Khal menjegilkan matanya. "Kenapa tak boleh pulak? Dia private nurse saya, jadi panggillah dia masuk!"

"Masalahnya Ika bukan lagi private nurse encik. Dr Azleen suruh saya yang gantikan tempat Ika. She will not take care of you anymore, Encik Khal."

"Saya tak kira, panggil dia masuk sekarang juga!" Dia peduli apa kalau Zulaikha bukan jururawat peribadinya lagi? Sudah elok Zulaikha menjadi jururawatnya, kenapalah hendak ditukar-tukar. Menyusahkan betul!

"Encik Khal, saya dapat arahan daripada..."

"I don't care Gayatri. Saya nak awak panggil dia masuk. Jangan melawan boleh tak? Ika tak pernah melawan apa yang saya cakap tau!"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now