BAB 52

19.4K 840 50
                                    

Sudah hampir seminggu sejak kali terakhir Juwita bertemu dengan Haris di kafe tempoh hari. Juwita tahu Haris sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang doktor jadi Juwita tidak mahu selalu mengganggu kerja lelaki itu. Tetapi mereka berdua masih tetap berhubung setiap hari melalui Whatsapp dan Haris juga akan menghubunginya tiap-tiap malam walaupun hanya untuk sekejap sahaja. Asalkan dapat mendengar suara masing-masing juga sudah cukup bagi mereka berdua.

Haris ada memberitahu Juwita bahawa keluarganya akan datang ke rumah Juwita dalam bulan ini juga tetapi Haris sengaja tidak mahu memberitahu tarikh yang tepat. Mahu buat kejutan katanya.

Juwita tersenyum melihat cincin di jarinya. Cincin yang sama diberikan oleh Haris suatu ketika dahulu yang hanya sempat tersarung di jarinya hanya sekejap kini sudah menghiasi jarinya kembali. Nasib baik dia tidak mengikut kata hatinya dulu untuk mencampakkan cincin itu ke dalam tasik ketika dia berada di Amerika. Sudahnya, cincin itu menjadi penghuni tetap di lehernya selama enam bulan apabila dia menjadikan cincin itu seperti rantai.

Nampak sangat tak boleh move on kan!

Juwita teringat semula ketika dia berjumpa dengan Khal di hospital kelmarin untuk memberitahu perkara yang sebenar. Segala-galanya diceritakan semula kepada Khal, termasuklah perjumpaannya semula dengan Haris di dalam pesawat buat kali pertama setelah enam bulan.

Pada mulanya Juwita sangka Khal akan marah dan kecewa dengan dirinya, tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Tidak seperti reaksi marah Khal ketika di dalam kereta semasa lelaki itu menjemputnya dari lapangan terbang tempoh hari, reaksi Khal kali ini tenang pula. Khal dapat terima apa yang diberitahunya kali ini.

"Abang Khal... tak marah Ju ke?" tanya Juwita ragu-ragu.

"Tak, abang tak marah. Abang nak minta maaf sebab tinggikan suara dekat Ju hari tu. Abang tak patut buat macam tu dekat Ju. Macam tak matang pulak rasanya..." ujar Khal. "Abang tahu selama ni memang abang bertepuk sebelah tangan. Abang nampak semua tu, tapi abang tak nak terima kenyataan yang Ju tak rasa apa yang abang rasa terhadap Ju."

"Ju minta maaf..."

"Jangan minta maaf dekat abang. Ju tak ada buat salah apa-apa pun. Tak apa.. this time I have already moved on. Ju jangan risau..." Khal memberitahu dengan senyuman.

Juwita turut tersenyum. "Hmm... agak-agak ada kena-mengena tak dengan nurse tadi tu?" tanya Juwita mengusik sambil mengangkat-angkat keningnya.

Tiba-tiba Khal tersedak apabila perihal Zulaikha dibangkitkan. Sebentar tadi Juwita ternampak Zulaikha sedang menyuapkan Khal makan pagi. Bukan main happy lagi Khal masa tu!

"Ish, tak adalah!" nafi Khal. "Pandai-pandai je Ju ni!"

Juwita tergelak melihat reaksi Khal. Ha, kelam-kabut!

Lamunan Juwita terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia yang sedang membuat rawatan rambut di salun menyuruh pekerja itu berhenti sebentar untuk dia mencapai telefon di atas meja di hadapannya.

"Assalamualaikum, ibu."

"Waalaikumussalam. Juwita kat mana ni? Dah petang tak balik lagi..."

Juwita tersengih. Sudah hampir berumur 27 tahun pun ibu masih melayannya seperti kanak-kanak lagi. Sebab itulah Juwita jadi manja dengan ibunya.

"Tadi Juwita pergi shopping baju untuk kenduri Aina lusa. Sekarang ni tengah buat treatment rambut kejap..."

"Amboi... macam dia pulak yang nak kahwin!"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now