BAB 25

18.7K 979 68
                                    

Dari tadi Juwita sibuk mengawal para pelajar dari rumah sukan Tok Janggut yang mewakili warna merah melakukan latihan lompat jauh. Dia memegang fail dan menanda nama murid yang dikiranya sesuai dan layak untuk mewakili rumah sukan mereka bagi acara ini untuk hari sukan yang akan berlangsung tiga bulan dari sekarang.

Tahun ini, Juwita telah dilantik menjadi ketua bahagian lompat jauh bagi Rumah Tok Janggut. Oleh itu, acara itu telah menjadi kendaliannya dan dia bertanggungjawab mengajar, menjaga, dan memilih calon bagi rumah sukan itu.

Kalau hendak diikutkan, ketika sekolah menengah Juwita langsung tidak aktif dalam bidang sukan. Yelah, dah gemuk nak buat macam mana lagi. Jika ada latihan sukan sahaja, dia pasti akan menggunakan alasan mempunyai masalah kesihatan untuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti-aktiviti sukan yang diwajibkan bagi semua pelajar.

Apabila tak perlu membuat latihan sukan, apalagi... dia pun mengendap la si Yusuf, pengawas sekolah yang handsome kacak bergaya yang memasuki acara larian pecut dan lompat tinggi. Dia sanggup jadi kuli mengangkat tilam-tilam berat yang perlu digunakan bagi acara lompat tinggi, semata-mata kerana ingin duduk di situ dan melihat Yusuf berlatih.

Juwita tersenyum sendiri apabila teringat kisah lama. Kemudian senyumannya mati.

Ish, Juwita! Dah tak ada benda lain ke nak fikir? Yang pergi fikir tentang mamat tu apahal?!

"Cikgu Juwita..."

Lamunan Juwita terhenti apabila rakan sekerjanya, Aiman, memanggil namanya.

"Ya, Cikgu Aiman. Kenapa?" tanya Juwita.

"Budak-budak ni nak rehat sekejap katanya. Boleh ke?"

Juwita melihat jam di tangannya. "Okeylah, rehat 10 minit. Tapi rehat dekat sini-sini je, jangan nak pergi tempat lain! Lagipun kantin bukannya bukak pun. So everyone have to stay in the field," ujar Juwita tegas kepada murid-muridnya. Sebaik sahaja dia berkata begitu, semua muridnya sudah pergi ke sana-sini tetapi masih dalam kawasan padang.

Juwita mengambil tempat di bangku kosong yang terletak di bawah pokok besar. Botol air mineral dibuka dan diteguk perlahan-lahan. Teringat dia kepada Haris tiba-tiba.

"Ada bawa air kosong tak?" Haris bertanya ketika Juwita membuka pintu kereta apabila mereka sudah tiba di hadapan kawasan sekolah.

"Tak ada."

Haris membuka pintu keretanya dan melangkah ke arah bonet belakang. Juwita turut sama ke arah itu, manakala Hanis langsung melangkah ke dalam perkarangan sekolah.

Haris membuka bonet belakang keretanya. Kemas dan tidak berselerak. Hanya ada sebuah kotak yang terletak di sudut hujung bonet keretanya. Haris membuka kotak itu dan mengeluarkan dua botol air mineral 500ml dan menyerahkannya kepada Juwita. Kemudian dia mencapai pula sebungkus gula-gula Hacks dan diberi kepada gadis itu juga.

"Makan gula-gula ni bila rasa pening atau mual. Sorry, Hacks je yang abang ada. Tak ada Ferrero Roche nak bagi dekat Lia," ujar Haris selamba. "Hari panas macam ni kena minum banyak air. Lia masih makan ubat, jadi badan tak boleh dehydrated. Minum air selalu, dan jangan lupa flush down selalu juga. Nanti kalau pengsan sebab dehydrated, kena selalu tengok muka abang lagi. Nak sangat ke tengok muka abang lagi?" bebel Haris panjang lebar. Ayat terakhirnya pula kedengaran sinis sahaja.

Juwita menjeling geram. Sejak dari di restoran tadi lagi Haris mula berperangai seperti ini. Seolah-olah mereka berdua hendak bermusuhan pula!

"Kenapa, tak boleh nak tengok muka Abang Haris lagi dah ke?" tanya Juwita perlahan dan tanpa sedar dia mula memanggil Haris seperti waktu sebelum mereka bergaduh dahulu.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now