BAB 9

21.8K 1K 5
                                    

Suara Nicki Minaj yang sedang menyanyikan lagu Hey Mama berdentum kuat dari headphone yang disangkut di atas kepala Juwita. Makin laju langkah kaki Juwita di atas jalan mengikut rentak lagu itu. Sengaja dia mendengar lagu-lagu rancak supaya  lebih bersemangat untuk berjogging.

Sayang sekali cuaca pada pagi itu agak mendung. Hari sudah hampir ke pukul 10 pagi tetapi cahaya matahari masih lagi samar-samar dilindungi oleh awan. Mungkin menandakan yang hujan akan turun tidak lama lagi.

Sempat lagi kot nak jogging setengah jam lagi...

Kaki Juwita masih lagi meneruskan langkah. Hey Mama kini sudah berganti dengan Bangarang. Kadang-kadang peluh yang merecik di dahi dilap dengan tuala putih yang disangkut pada leher. Cuaca yang agak sejuk tidak mengganggu tubuhnya yang makin hangat kerana berjogging sejak tadi.

Langkah Juwita menjadi perlahan apabila tiba-tiba ada seseorang yang memotong lariannya di tepi tetapi bukan itu yang mengganggu fokusnya. Yang mengganggunya adalah kerana lelaki itu sedang mengatur langkah secara kebelakang, bertentangan dengan cara Juwita berlari. Lelaki itu tersenyum memandang Juwita.

Haris.

Juwita turut membalas senyuman itu. Langkah diberhentikan dan Juwita menarik hoodie ke belakang kepala dan menarik headphone jatuh menuruni leher.

"What are you doing here?" tanya Juwita kedengaran sedikit termengah-mengah.

"The same reason why you are here," jawab lelaki itu mudah. "Dari tadi saya panggil awak tapi awak tak dengar..."

Juwita tersengih kecil. Jarinya ditunjukkan pada headphone di leher. "Sorry tak dengar. Bangarang kuat sangat," ujar Juwita sambil menekan pause pada iPod-nya.

"Uuu, Skrillex. Patut la laju je jogging, macam nak lari!" usik Haris dengan gelak kecil. Juwita turut tersenyum. "Selalu datang jogging dekat sini?" tanya Haris.

Juwita mengangguk perlahan. "Selalulah jugak... itupun kalau tak ada hal dekat sekolah," ujar Juwita sambil kaki mengatur melangkah perlahan beriringan dengan Haris. "Doktor tak kerja pulak hari ni?"

"Shift pukul 3 nanti..." jawab Haris. Dia mendongak memandang langit sekejap. "Nampak hari macam dah nak hujan. Kita warm down dulu lepas tu jom breakfast? It's on me."

Juwita menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kemudian dia berpura-pura memandang jam tangan.

"I think I'll pass. Maybe next time?"

Haris mengecilkan matanya. "Oh come on. Hari Sabtu ni Cik Juwita... enjoy a lil bit!"

Juwita tersenyum pahit. Keluar dengan seseorang yang masih belum dikenali sepenuhnya bukan perkara yang Juwita biasa lakukan. Lagi pula perkenalannya dengan doktor muda di hadapannya ini dulu bukanlah satu perkenalan yang manis.

"Saya bukannya makan orang Juwita..." ujar Haris lagi.

"Okay fine..." Akhirnya Juwita bersetuju membuatkan senyuman terukir dibibir Haris.

Selesai menyejukkan badan, mereka berjalan beriringan menuju ke arah kereta mereka. Kebetulan Haris dan Juwita memarkirkan kereta di arah yang sama.

Telefon bimbit Juwita yang tiba-tiba berbunyi membuatkan Juwita dan Haris mematikan langkah sebentar. Telefon bimbit di dalam poket seluar dikeluarkan. Juwita terkedu melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya.

Yusuf.

Haris turut perasan nama yang muncul pada skrin telefon bimbit gadis itu tetapi dia hanya mendiamkan diri untuk melihat reaksi Juwita.

Juwita mengambil keputusan untuk tidak menjawab panggilan itu dan membiarkan sahaja bunyi itu mati. Tetapi tidak sampai sesaat nama yang sama muncul lagi.

"You're not going to answer that?" tanya Haris yang dari tadi hanya melihat.

Juwita diam tidak menjawab. Dia masih melihat skrin telefon bimbit meskipun bunyinya sudah tamat sekali lagi. Kini beberapa mesej pula yang masuk dari orang yang sama.

Juwita please. Answer my call sayang... -Yusuf

We need to talk. I can explain everything, trust me. -Yusuf

Sayang, saya masih ingat janji kita. I will never leave you, remember? -Yusuf

I have to see you. Just say yes and I'll pick you up right away. -Yusuf

"Sorry... Saya kena pergi. I am so sorry," ujar Juwita dengan rasa yang bersalah.

Haris berpeluk tubuh sambil memandang Juwita tajam. "Just like that?" tanya Haris sinis.

Juwita turut memandang Haris dengan pandangan yang tidak mengerti. "Apa maksud awak?" soal Juwita seperti tidak puas hati.

"You said yes to me just now and now you want to leave? Sebab nak jumpa ex-boyfriend kan?"

Tajam mata Juwita menikam mata Haris. "You have no rights to say that to me!" bentak Juwita. "And he is not my ex-boyfriend!"

Haris tersenyum sinis. Dia masih kelihatan tenang. "You mean, 'he is not my ex-boyfriend YET'?" Perkataan 'yet' itu sengaja ditekankan.

Makin bengang Juwita jadinya. "Apa masalah awak sebenarnya ni Doktor Haris? Apa yang awak tak puas hati sangat?"

"Saya tak puas hati dengan awak," selamba Haris menjawab.

Juwita mendengus geram. "We were fine just now! Saya tak faham kenapa setiap kali kita berjumpa, mesti berakhir macam ni," ujar Juwita geram. Dia melangkah meninggalkan Haris tetapi lelaki itu masih mengikutnya di belakang.

"Saya curious sangat. Kenapa awak masih nak jumpa lelaki tu? Care to explain?" tanya Haris selamba dan sengaja. Sebenarnya dia rasa geram dengan Juwita yang seperti masih tidak dapat melupakan lelaki yang sudah terang-terangan curang di belakangnya.

Sekali lagi Juwita berhenti melangkah dan melipat maut memandang Haris dengan mata yang membunuh tetapi lelaki itu sikit pun tidak gentar.

"Listen here, Doktor Haris. My business is none of your business. There is a thin line between you and I jadi saya harap kita dapat kekalkan the boundaries between us," ujar Juwita tegas sambil anak mata kelabunya memandang tepat ke arah mata Haris membuatkan Haris terdiam.

"You might know my name, but you don't know my story."

Usai berkata ayat itu tepat ke muka Haris, Juwita terus melangkah pergi tanpa menunggu sesaat pun lagi.

***

"How was it, Haris?" tanya Aina tidak sabar-sabar sebaik sahaja taliannya berjawab.

"Failed terribly. I siap bertikam lidah dengan dia."

"What?!" Hampir terjerit Aina di hujung talian. "Penat je I bagi info dekat you yang dia nak pergi jogging dekat situ, tapi you pergi gaduh dengan dia?"

"What can I do? Boyfriend dia telefon berkali-kali kot tadi!" ucap Haris geram. Teringat dia akan reaksi Juwita sebaik sahaja gadis itu menerima pesanan daripada Yusuf. Terus dia nak pergi tanpa rasa ragu-ragu!

"Ish Juwita ni..." Kedengaran Aina mengeluh di hujung talian. "Jadi... sekarang macam mana?"

Haris terdiam sahaja. Kemudian senyuman sinis terukir di bibirnya. Kalau Plan A tak jadi, kita kena guna Plan B, Plan C dan plan-plan yang seterusnya sampailah Juwita boleh lupakan lelaki tu!

"Kali ni ikut plan I pulak."

***

Rasanya belum terlambat lagi kan nak ucap Happy New Year? Jadiiii.... Happy New Year everybody! Hope tahun ni akan jadi lebih baik daripada tahun lepas! 😊

Got a request from someone. Do check it out : Suamiku Annoying by @NialMusic

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now