BAB 35

17.7K 862 162
                                    

Juwita menatap skrin telefonnya lama. Tidak berkelip matanya melihat skrin telefon yang terang itu. Sejak pagi tadi lagi dia jadi begitu. Semenjak dia perasan semua mesej yang selama ini dihantar kepada Haris melalui aplikasi Whatsapp sudah bertukar menjadi sepasang 'blue tick' yang menunjukkan bahawa mesej itu telah dibaca.

Kalau dah baca, kenapa tak balas? Sedangkan statusnya sekarang ini sedang online!

Abang, are you there? -Juwita

Lama Juwita tunggu tetapi hampa apabila mesej yang baru sahaja dihantar tadi dibaca tetapi tidak dibalas. Juwita jadi sakit hati. Terus sahaja nombor itu didail. Tidak seperti selalunya, kali ini talian berjaya disambung, secara tidak langsung menunjukkan bahawa Haris pasti sedang berada di suatu tempat yang mempunyai coverage.

Apabila panggilannya hanya memasuki peti simpanan suara, Juwita jadi sebal. Berkali-kali dia mencuba, berkali-kali jugalah dia kecewa. Juwita menyabarkan hatinya dan cuba berfikiran positif. Mungkin Haris sedang berada di pekan tetapi dia sedang sibuk melakukan sesuatu.

Lia call berkali-kali tapi abang tak angkat. Mesej pun abang tak reply even though you are online now. What's wrong? -Juwita

Sekali lagi lama Juwita menunggu dengan harapan Haris akan membalas mesejnya tetapi masih juga tidak.

Kenapa ni? -Juwita

Buat pertama kalinya selepas berkali-kali dia menghantar pesanan, kini tertera di bahagian atas bahawa Haris sedang menulis sesuatu. Juwita tersenyum senang.

Abang kena extend dekat sini for I don't know how long. Hujung minggu ni abang tak jadi balik. -Haris

Mati terus senyuman Juwita. Tak jadi balik? Extend lagi? Dan... kenapa Haris lebih memilih untuk sekadar membalas mesejnya sahaja berbanding menelefonnya semula?

Pelbagai perkara bermain di minda Juwita tetapi sehabis boleh dia cuba berfikiran positif. Mungkin dia sedang sibuk...

Okay. I'll be waiting for you 😊 -Juwita

Selepas itu, tiada lagi balasan daripada Haris. Juwita mengeluh lemah dan meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja.

Kenapa makin hari, aku rasa makin jauh dari dia?

***

Haris meletakkan semula telefon bimbitnya di dalam poket seluar. Kemudian pandangannya kembali fokus ke arah Hafeesya yang sedang tersenyum memandangnya. Haris turut membalas senyuman wanita itu. Hilang rasa bersalah selepas baru sahaja berbohong kepada Juwita sebentar tadi.

Hafeesya masih lagi sama seperti dulu. Cantik dan manis. Kalau dahulu rambutnya panjang mengurai, kini rambut lurus itu sudah dipotong separas bahu. Walaupun sudah berumur 33 tahun, wajahnya langsung tidak menunjukkan seperti itu. Masih kelihatan seperti muda remaja!

 Masih kelihatan seperti muda remaja!

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
Tanya Sama Hati ☑Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon