BAB 8

23.9K 1K 30
                                    

[Picture (gif) : Lirikan mata Juwita yang selalu bermain dalam fikiran Haris 🙈]

***

Haris menyangkutkan kotnya pada tiang di sudut bilik sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia turut mencapai kot putih yang tersangkut di situ. Kot putih itu disarungkan ke tubuhnya yang tegap sambil dia melangkah ke arah mejanya. Briefcase diletakkan di sisi meja dan dia melabuhkan punggung di atas kerusi empuk sebentar sebelum dia menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor malam ini.

Haris meletakkan kepalanya di atas meja dengan beralaskan lengan sebentar. Dia mengeluh perlahan. Baru sahaja dia pulang ke rumah pukul 6 petang tadi selepas bertugas di klinik sejak pagi, kini pada pukul 9 malam dia perlu bertugas di hospital pula. Entah sampai pukul berapa pulak kena on-call kali ni...

Selalunya Haris tak pernah merungut kerana kerjaya sebagai seorang doktor memang minatnya sejak dulu lagi, tetapi kali ini entah kenapa Haris rasa penat lebih daripada biasa. Sedangkan dia pernah bekerja lebih lama sebelum ini!

Mungkin kerana otaknya agak kusut sekarang ini.

Tapi... kenapa kusut?

Serta-merta sepasang mata itu lagi menerpa di mindanya. Sepasang mata milik Juwita. Lirikan mata Juwita yang memandangnya apabila gadis itu selesai memakaikan sampin untuknya serta senyuman manis Juwita sering bermain di dalam minda Haris sejak malam itu. Mata yang berwarna kelabu cerah yang hampir kebiru-biruan itu amat mengasyikkan! Tanpa sedar Haris tersenyum sendiri.

Damn, so mesmerising!

Tiba-tiba senyuman Haris mati. Dia mengusutkan rambutnya kerana geram. Come on, Haris Redzuan! Get yourself together!!! Takkan nak fikir pasal perempuan kot?

Haris lantas bangun dan keluar dari biliknya. Hanya ada satu sahaja cara untuk dia melupakan benda-benda seperti itu. Kerja. Ya, kerja dengan lebih keras supaya bayangan lirikan mata Juwita dan senyuman gadis itu dapat dipadamkan dari ingatannya.

Haris melangkah ke arah wad pesakit untuk memulakan rutinnya. Apabila dia berjalan menuju ke situ, dia terserempak dengan Aina yang berjalan bertentangan arah dengannya.

"Eh... you duty ke malam ni? Bukan Chong ke?" tanya Aina apabila dia ternampak Haris.

"Chong ambil EL hari ni dengan esok so I ganti tempat dia," ujar Haris. Aina mengangguk-angguk faham. Dia sudah mula berura-ura untuk pergi tetapi panggilan Haris mematikan niatnya. "Is it okay if I want to ask you something?" tanya Haris.

Aina mengangkat keningnya. "Depends on the question. Tanyalah."

Haris terdiam sebentar seperti cuba mencari ayat yang sesuai. Sebenarnya apabila dia ternampak Aina tadi serta-merta dia teringatkan peristiwa Juwita dan Yusuf di majlis resepsi Julia dan Norman tempoh hari.

"May I know what actually happened between Juwita and Yusuf?"

Riak wajah Aina berubah sedikit mendengar pertanyaan itu. Dia tidak menyangka Haris tahu tentang Yusuf. Setahunya, tiada siapa tahu tentang Yusuf kecuali dia dan Juwita sahaja.

"I'm sorry but that's too personal for me to say anything. I harap you faham," ujar Aina serba-salah.

Haris melepaskan keluhan berat. "Aina, I was there with her when she saw Yusuf with another girl for the second time. I ada dengan dia masa tu."

Aina memandang Haris dengan riak tidak percaya. Haris ada dengan Juwita masa tu? Macam mana dia orang boleh ada sekali?

"Macam mana you boleh ada dengan dia masa tu?"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now