BAB 19

19.3K 1K 136
                                    

Juwita duduk bersila di atas sofa sambil mata memandang tepat ke arah televisyen. Kusyen kecil yang diletakkan di atas riba dipeluk erat. Walaupun dia kelihatan sedang khusyuk menonton siaran ulangan Harry Potter and the Deathly Hallows Part Two di saluran HBO, tetapi sebenarnya fikirannya sudah menerawang jauh mengingatkan kejadian tengah hari tadi.

Kenapa Haris macam tu eh? Kenapa dia nampak dingin semacam je tadi? Aku ada buat salah apa-apa ke? Takkanlah... last aku jumpa dia pun minggu lepas masa makan dekat Seoul Garden. Lepas tu mana ada jumpa dah sampailah tengah hari tadi. Memanglah kadang-kadang dia ada call dan mesej, tapi selalunya aku takkan jawab panggilan dia. Mesej pula tak selalu aku balas. Bukan sengaja... aku pun busy juga! Sebab tu ke dia marah?

Ataupun... sebab nampak aku dan Abang Khal?

Ish... tak mungkinlah!

Juwita menggeleng-gelengkan kepala sendirian. Kemudian matanya memandang ke arah telefon bimbit yang terletak di atas meja di hadapannya. Telefon bimbit itu dicapai.

Nak call? Nak mesej? Nak mana satu ni Juwita... cuba fikir betul-betul! Kalau call, nanti nampak desperate sangat pula. Habis tu, nak mesej Haris?

Ah, tak payah buat apa-apalah! Dengan geram Juwita meletakkan semula telefon bimbit ke atas meja. Namun tidak lama kerana matanya kembali melihat ke arah telefon bimbitnya. Babak kemuncak Harry Potter dan Voldemort yang sedang berlawan kehebatan menggunakan kayu sakti masing-masing sudah tidak dihiraukan Juwita langsung.

Telefon bimbit dicapai semula dan dia terus membuka aplikasi WhatsApp. Status Haris sedang online. Aik, tak kerja ke? Ish Juwita.. kau ingat dia robot ke nak kena kerja 24 jam?

Juwita memberanikan diri dan menaip di atas skrin telefonnya. Awak tengah buat apa? Belum sempat dihantar, Juwita padam semula. Sombongnya awak tengah hari tadi. Juwita geleng kepala dan padam semula. Awak merajuk dengan saya ke? Eii... macam gedik pulak! Padam padam!

Ting!

Juwita terkedu. Pesanan WhatsApp daripada Haris yang timbul dulu, sedangkan dia yang menaip dari tadi.

Dari tadi asyik typing je... bila nak send? - Haris

Mata Juwita membulat. Alamak, dia perasan ke aku asyik typing dari tadi? Malunya!

Awak nak cakap apa dengan saya sebenarnya sampai typing lama sangat? - Haris

Mana adalah! Saya saja nak hantar artikel ni untuk awak. Tunggu kejap. - Juwita

Cepat-cepat Juwita pergi ke salah satu group yang ada di dalam aplikasi WhatsAppnya selepas berbohong kepada Haris tadi. Sebuah artikel pantas diforwardkan kepada Haris. Fuhh... cover line!

5 CARA MENGENALI LELAKI BAIK SEBAGAI JODOH

1. Orangnya jaga solat.
2. Hormati anda.
3. Orangnya ada cita-cita.
4. Rajin.
5. Bukan playboy.

- Juwita

Juwita pelik. Mesejnya sebentar tadi sudah bertukar menjadi dua bluetick tetapi Haris masih belum membalas. Dari tadi asyik typing...

Nak saya jawab? - Haris

Hah? Jawab apa? Dah la typing lama... itu je dia tanya? Juwita melihat semula artikel apa yang dihantar kepada Haris sebentar tadi. Hampir terlepas telefon bimbit di tangan apabila dia membaca semula artikel itu.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now