BAB 55

22.1K 909 64
                                    

I'm back fellas! Saya harap masih ada lagi yang nak baca cerita yg dah tertangguh 4 bulan ni 😢 Kepada yg masih menunggu, this is for you! ❤

***

Suasana yang senyap begitu mencengkam jiwa Juwita yang duduk di antara ibu, ayah dan Haris di ruang tamu itu. Dari tadi tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut masing-masing. Juwita hanya mampu menunduk. Takut. Gementar. Semuanya bercampur baur!

Datuk Kamil berdehem kuat setelah sekian lama mendiamkan diri. Matanya sejak tadi hanya memandang tajam ke arah Haris yang kelihatan tenang sahaja mengawal situasi. Sudahlah dia dan isterinya sedang nyenyak tidur, tiba-tiba anak gadisnya mengetuk pintu bilik mereka seperti mahu bergegar seluruh rumah. Ingatkan apalah yang penting sangat, rupa-rupa Juwita mahu dia berjumpa dengan Haris di tengah-tengah malam itu juga!

"Jadi..." Datuk Kamil memulakan bicaranya. "Apa yang kamu nak?"

"Saya nak Juwita." Dengan yakin Haris memberitahu.

Mencerlung mata Datuk Kamil mendengar permintaan Haris. "Apa???"

"Maksud saya... saya serius nak jadikan Juwita isteri saya. Saya harap sangat Datuk tolong jangan paksa Juwita kahwin dengan lelaki lain. We love each other, Datuk. Please..."

"Senangnya kamu cakap! Dah tak ingat apa yang kamu buat pada anak saya dulu? Sampai demam panas Juwita dibuatnya! Kurus cengkung anak saya masa tu dek penangan curang kamu!" bidas Datuk Kamil dengan marah.

"Saya minta maaf Datuk. Saya tahu itu memang salah saya. Saya tersilap. Tapi tolonglah percaya, Datuk... saya terlalu sayangkan Juwita. Saya cintai dia sepenuh hati saya. Tak ada orang lain selain Juwita, Datuk..."

Juwita mengukir senyuman memandang Haris. Tetapi senyumannya pudar apabila melihat Haris asyik memegang balutan di tangan kanannya dengan dahi yang berkerut, seolah-olah seperti sedang menahan sakit. Serta-merta Juwita menjadi risau. Dia yakin pasti Haris sedang menahan sakit sekarang ini.

Datuk Kamil turut sedar dengan perlakuan Haris yang sekejap-sekejap akan memegang balutan di tangan kanannya itu.

"Tangan tu kenapa?" tanya Datuk Kamil tetapi nada suaranya sengaja dibuat supaya tidak kedengaran seperti dia risau akan lelaki itu.

Haris turut memandang ke tangan kanannya. Kemudian dia mengukir senyum tawar. "Carpal Tunnel Syndrome, Datuk. Saya baru lepas selesai surgery tadi."

Datin Masnah sedikit terkejut. "Baru lepas surgery? Tak apa ke keluar ni?"

"Tak apa. Tak ada orang tahu pun." Haris menjawab selamba.

"Tak ada orang tahu?" Juwita pula yang bertanya hairan.

"I ran away from the hospital."

Haris teringat lagi kerja gilanya apabila dia secara senyap-senyap cuba melarikan diri daripada hospital itu. Dia tahu jika dia memberitahu Faiz, sudah pasti lelaki itu tidak akan membenarkan dia keluar dari hospital malam itu juga memandangkan dia perlu ditahan di wad selama beberapa hari. Oleh sebab itu Haris membuat keputusan sendiri untuk keluar dari hospital itu tanpa pengetahuan sesiapa pun.

Membulat mata Juwita mendengarnya. "What?! Kenapa abang buat macam tu?"

"Habis tu ada orang call sampai nangis-nangis... macam mana abang tak risau."

Juwita tertunduk sendiri. Dialah punya pasal ni!

"Baliklah Haris. Dah tak ada apa yang kita perlu bincang." Datuk Kamil berkata setelah melihat keadaan Haris.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now