BAB 10

21.5K 963 16
                                    

Juwita memandu dengan hati yang sebal. Fikirannya masih memikirkan insiden yang berlaku antara dia dan Haris sebentar tadi. Dia tidak faham kenapa Haris perlu bersikap seperti itu dengannya.

Sedangkan kitorang boleh get along secara baik kot tadi! Bila melibatkan Yusuf je terus dia jadi macam tu. Masa dekat Cold Storage dulu pun macam tu jugak. Apa masalah dia sebenarnya? Hal aku tak pernah ada kena mengena dengan dia langsung tau!

Sampai sahaja di rumah, Juwita memarkirkan keretanya di garaj. Enjin kereta tidak dimatikan dahulu dan dia mencapai telefon bimbitnya. Mesej-mesej yang dihantar Yusuf sebentar tadi dibaca semula kemudian dia mengeluh berat.

Aku patut balas atau tak patut balas?

Patut atau tak patut?

Hati Juwita masih berbelah bahagi. Tipulah jika dia kata dia tidak sakit hati dengan apa yang Yusuf lakukan kepadanya tetapi tipu juga jika dia katakan yang dia sudah tidak menyayangi lelaki itu. Jadi hati Juwita sekarang berada dalam persimpangan.

Come on Juwita. Being a woman does not mean you have to be so easy! Kalau senang sangat kau maafkan Yusuf, tak mungkin senang jugak dia nak buat hal lagi belakang kau kan?

Juwita mengangguk-angguk sendirian. Ada betulnya juga andaiannya itu. Sayang tu sayang jugak tapi jangan sampai kau sorang je makan hati Juwita!

Pantas jari-jemari Juwita menari di atas skrin telefon bimbitnya untuk membalas mesej itu.

I need some time to think so please stop calling or texting me anymore! -Juwita

Tidak sampai seminit mesejnya berbalas. Ish Yusuf ni... orang dah kata jangan mesej tadi kan!

But I can explain, Juwita. Please... bagi saya peluang untuk terangkan. -Yusuf

Sorry, but I don't need any of your explanation right now! Awak boleh pergi jalan dengan explanation awak tu! -Juwita

Entah kenapa Juwita berasa puas hati dapat berkata begitu meskipun hanya melalui pesanan ringkas di dalam telefon bimbit sahaja. Biar Yusuf tahu yang aku ni bukannya perempuan yang mudah mengalah!

Saya memanglah sayang, tapi aku rasa kau patut diberi pengajaran dulu sebelum aku maafkan kau Yusuf!

Juwita melangkah keluar dari kereta dengan hati yang cukup lega. Dia tidak terus masuk ke dalam rumah malah dia menapak ke arah kolam ikan koi yang terletak di taman mini di tepi rumah banglo mewah itu.

Botol makanan ikan dicapai sebelum dia melabuhkan punggung di tebing kolam ikan koi itu. Sebuah senyuman terukir di bibirnya apabila melihat beberapa ikan koi yang sedang berenang bebas di dalam kolam ikan. Memang sudah menjadi tabiat Juwita untuk melawat ikan-ikan koi kesayangannya itu apabila terdapat masa lapang. Kebanyakan ikan koi yang ada di dalam kolam ini sudah dijaga sejak beberapa tahun yang lepas lagi dari mereka kecil sehingga sudah gemuk-gemuk semuanya.

Tetapi antara banyak-banyak ikan di dalam kolam besar itu, ada seekor ikan koi yang paling disayanginya. Ikan koi yang paling 'senior' jika hendak dibandingkan dengan ikan-ikan koi lain di dalam kolam itu. Ikan koi yang diberi nama Atok itu merupakan ikan paling lama dibelanya iaitu sejak dia berada di tahun pertama sekolah menengah. Kini umurnya sendiri sudah mencecah 25 tahun, kiranya Atok sudah dibela selama 12 tahun. Panjang betul umur Atok!

Jadi tidak hairanlah antara semua ikan yang ada di dalam kolam itu, Atoklah yang paling pasif sekali. Bergerak pun lambat-lambat dan kebanyakan masanya hanya duduk statik sahaja. Kadang-kadang Juwita sendiri konfius Atok ni sebenarnya hidup lagi atau dah mati? Sedangkan kalau mengikut kajian, ikan koi boleh hidup melebihi 200 tahun!

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now