BAB 3

27.1K 1.1K 19
                                    

[Inilah dia Juwita. Anggap je dia ni bertudung ok 😂 I really adore Zooey!]

***

"Lah beb... apasal nangis ni???" tanya Aina kelam-kabut mencari tisu kotak untuk diberikan kepada Juwita yang sudah menangis teresak-esak itu.

Juwita membuka kaca matanya dan diletakkan di atas meja Aina. Beberapa helai tisu ditarik dan dia mengelap air matanya tanpa segan silu di hadapan Aina dan Haris.

Haris terpegun sebentar melihat wajah Juwita itu apabila gadis itu menanggalkan cermin matanya. Kenapa mata yang cantik dan indah seperti itu harus disorok disebalik kaca mata yang berbingkai penuh? Zaman dah moden, contact lens kan ada!

"Damn this mood swings... boleh gila aku dibuatnya!" ujar Juwita sambil matanya menikam tepat ke arah Haris. "Doktor pun satu... tak payah la nak marah-marah! Saya dah cakap, orang lelaki macam doktor ni takkan pernah faham!"

Aik... aku pulak yang kena? Tetapi Haris diam sahaja dan tidak melawan. Aina pula senyum mengejek memandang Haris. Mulutnya memberi isyarat 'padan muka' kepada Haris. Haris membulatkan matanya memandang Aina.

"Aina, you dah buat scan?" tanya Haris. 

Aina menyerahkan gambar scan yang telah dicetak tadi. Haris mengambil gambar itu dan dilihat dengan teliti.

"Looks normal. No swelling can be seen. Probably not cancer," ujar Haris sambil mata masih memandang gambar sebelum beralih memandang Juwita yang sudah kembali tenang. "Ada adik beradik perempuan?" tanya Haris.

"A sister."

"Dalam family pernah ada history kanser?"

Juwita menggeleng. "So far tak ada..." jawab Juwita.

"Tahu tak menstrual cycle of your sister and your mum? Sorry tanya macam ni sebab benda ni ada kena mengena dengan keturunan."

Juwita menggigit bibir kerana gelisah. Tak sangka soalan sampai macam ni sekali...

"Not quite sure."

Kemudian Haris bercakap dengan Aina dalam istilah yang tidak boleh difahami oleh Juwita. Berkerut-kerut dahi Juwita cuba memahami apa yang sedang dibicarakan oleh mereka berdua tetapi dia masih tidak dapat faham sepenuhnya.

Ini bahasa apa diorang pakai ni? Dengar macam Bahasa Inggeris... tapi apasal aku tak boleh nak faham? Adui... Istilah sains memang berbelit!

"Saya akan bagi pil perancang..." Belum sempat Haris menghabiskan ayatnya, Juwita memotong.

"Pil perancang?! I'm not even married!" bentak Juwita yang terkejut sebaik sahaja nama ubat itu disebut.

"It won't harm, Cik Juwita. Takkanlah saya nak bagi ubat yang buat pesakit bertambah sakit. Lagipun pil perancang yang saya akan bagi ni dos yang paling rendah..." ujar Haris tenang tanpa memandang Juwita. Dia masih menulis sesuatu di atas kertas. Kemudian kertas itu diserahkan kepada Juwita.

"Ubat-ubat yang saya bagi ni cukup untuk dua bulan. Lepas dua bulan kalau period awak masih sama dan tak ada perubahan, please come back immediately. Saya akan tulis surat untuk awak refer pakar di hospital," ujar Haris.

Juwita mengangguk faham. Senarai ubat-ubatan yang diberi sebentar tadi diteliti satu persatu. Haram satu apa pun dia tak faham.

"Satu lagi Juwita Natalia..." Suara Aina kedengaran apabila dia masih melihat senarai ubat itu. Juwita mengangkat muka memandang Aina. "Jangan stress-stress sangat please? Benda ni dia ikut hormon kau. Kebelakangan ni selalu stress ke? Ada masalah?"

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now