BAB 18

18.3K 949 33
                                    

Pagi Sabtu itu, terkocoh-kocoh Juwita bangun dan melompat turun dari katil apabila menyedari jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Kain tuala segera dicapai dan dia terus berlari masuk ke dalam bilik air.

Matilahhhh! Dah lambat! Inilah masalahnya kalau tengah 'bendera merah'. Memang terbabas tidurlah jawabnya!

Selesai mandi, Juwita terus bersiap ala kadar dengan baju kurung batik berwarna ungu dan selendang merah jambu. Nasib baik semuanya sudah siap bergosok.

Juwita bergegas menuruni anak tangga dan mencapai kunci keretanya yang tersangkut di tempat kunci di bawah tangga itu. Sepasang kasut tinggi dibawa keluar dari almari kasut sambil tangan menekan punat kunci kereta.

"Juwita, nak pergi mana tu?" tanya Datin Masnah yang tiba-tiba terjenguk di pintu rumah apabila terdengar bunyi kereta Juwita.

"Lupa nak bagitahu ibu yang pagi ni Juwita ada mesyuarat PIBG dekat sekolah. Dah lambat sangat ni!" Juwita melirik jam di tangan. Sudah menginjak ke jam 9.45 pagi.

Pintu kereta bahagian pemandu dibuka. Juwita masuk ke dalam tempat pemandu dan mencucuk kunci kereta lalu dipulas. Tidak hidup. Dipulas sekali lagi. Masih tidak hidup. Bunyi enjin pun seperti semput sahaja.

Juwita sudah cuak. Pantas dia keluar dari keretanya. "Ibu... kereta tak boleh start!" Suara Juwita sudah kedengaran seperti mahu menangis sahaja.

"Hah? Tak boleh start?"

Juwita mengangguk sedih. Dicuba sekali lagi untuk menghidupkan enjin kereta tetapi masih sama.

"Pak Mat ada tak ibu?" tanya Juwita.

"Tak ada. Pak Mat hantar ayah pergi main golf tadi!" jawab Datin Masnah. "Bawa kereta ayah la Juwita!" Datin Masnah memberi cadangan.

Juwita melihat dua buah kereta yang tersadai di garaj. Porsche merah berkilat dan Mercedes-Benz hitam bersinar. Juwita garu kepala. Kalau bawa salah satu ni pergi sekolah nanti apa pula orang lain kata. Boleh mengundang kontroversi liar ni. Lebih baik naik teksi!

"Tak naklah, bu." Juwita membantah. "Kejap, Juwita cuba call kawan."

Dia teringat akan Hanis. Telefon bimbit dibawa keluar. Terdapat beberapa misscall dan mesej tetapi Juwita tidak mempedulikannya buat masa sekarang. Segera nombor telefon Hanis didail.

"Ju, kau kat mana?" sergah Hanis terlebih dahulu sebaik sahaja talian berjawab.

"Beb, kereta aku buat hal ni! Kau kat mana, Nis? Boleh tak pick-up aku dekat rumah?"

"Laa... sorry beb, aku dah ada dekat sekolah ni. Aku kan SU PIBG, mestilah kena datang awal sikit. Itu pun along aku hantar naik motor sebab banyak kereta atas jalan tadi."

Juwita mengeluh perlahan. "Takpelah, Nis. Sorry kacau kau. Aku call teksi jelah. Kalau aku terlambat, kau cover-cover aku eh!"

"Okey, Ju. Ditanggung beres!"

Selepas mematikan talian, Juwita cuba mencari nombor telefon teksi di dalam telefon bimbitnya. Ketika itu, sebuah kereta Audi hitam berhenti betul-betul di hadapan rumah banglo itu.

"Siapa tu, Juwita?" tanya Datin Masnah yang masih berada di muka pintu rumah.

Juwita cuba memandang di tempat pemandu kereta itu tetapi cermin kereta yang gelap menyukarkan penglihatannya. "Tak tahulah ibu. Kejap Juwita tengokkan." Dia melangkah ke arah pintu pagar rumah.

Tiba-tiba pintu kereta bahagian pemandu terbuka dan Khal yang muncul. Lelaki itu tersenyum memandang Juwita.

"Good morning, Ju."

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now