BAB 39

18.1K 902 79
                                    

Haris menanggalkan kot putih yang sudah seharian berada di tubuhnya lalu diletakkan di atas meja. Dia menghenyakkan punggung ke atas sofa dan bersandar pada kerusi empuk itu sebaik sahaja dia masuk ke dalam biliknya. Penat sungguh Haris hari ini. Tidak menang tangan dia bekerja dari malam sebelumnya sehingga malam ini kerana banyak kes kecemasan. Lebih-lebih lagi kerana terdapat kes kemalangan yang melibatkan sebuah bas dan kereta pagi tadi.

Baru sahaja Haris ingin memejamkan matanya, telefon bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Dengan mata yang tertutup, dia mencapai telefon bimbitnya dari poket seluar lalu menyentuh skrin telefon untuk menjawab panggilan itu.

"Hello..." jawab Haris malas.

"Laa, lemaunya suara. Tengah kerja lagi ke ni?" Terdengar suara wanita itu ketawa sedikit apabila menuturkan ayat itu.

"Baru je habis. Nak drive balik pun tak larat lagi, tu yang I nak rehat sekejap sebelum balik rumah."

"Banyak emergency ke hari ni?"

"Massive," ujar Haris. Matanya masih lagi terpejam saat bercakap dengan wanita itu dihujung talian. "You nak cakap apa dengan I?"

"I nak tanya... you jadi kan nak datang sini hari Khamis depan?"

"Khamis depan? Ada apa Khamis depan?" tanya Haris seperti tidak tahu apa-apa.

"You ni kan..." gumam Hafeesya geram. "I dah bagitahu you sejak dua minggu yang lepas kot. Flight ticket you pun I dah booked tau!"

Haris membuka matanya. Dalam fikiran ligat cuba memikirkan apa yang Hafeesya cuba maksudkan sebenarnya. Kemudian baru dia teringat. "Ohh... adik you nak kahwin kan," ujar Haris. "Sorry... I betul-betul busy minggu ni sampai lupa tentang tu."

"It's okay, I faham. So macam mana? Jadi ke? You better say yes, sebab I dah booked tiket flight untuk you."

"Insha-Allah jadi... but I kena ambil cuti dululah. Bila tiket I?"

"Khamis depan pukul 8.30 malam. Nanti I forward-kan tiket you via e-mail. Naik MAS kat KLIA tau!" pesan Hafeesya.

"Of course naik kat KLIA, takkan you nak I naik kapal terbang dekat KL Sentral pulak..." usik Haris.

"Ish you ni! I takut you tu terlepas pergi kat KLIA 2 pulak nanti..." ujar Hafeesya. "Okeylah, you rehatlah kejap. Lepas tu jangan lupa balik rumah terus. Nanti tertidur pulak dekat hospital tu..."

"Baik, madam. Goodnight."

Hafeesya tergelak kecil sebelum dia mematikan talian. Sebaik sahaja talian dimatikan, Haris memandang skrin telefon bimbitnya yang sudah kembali ke halaman hadapan. Dia tersenyum memandang gambar yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya. Gambar gadis itu dan dirinya yang masing-masing sedang memakai baju warna sedondon ketika menjadi pengapit di majlis perkahwinan Julia dan Norman telah menjadi wallpaper telefon bimbitnya sejak enam bulan yang lepas.

Haris tersenyum memandang senyuman gadis itu di dalam telefon bimbitnya. Senyuman yang sudah lama tidak dilihatnya.

"Abang rindu Lia..."

***

Tergopoh-gapah Juwita menarik bagasinya menuju ke balai berlepas. Jam sudah menunjukkan jam 8.05 malam dan dia masih lagi belum memasuki kapal terbang yang bakal berlepas ke Sarawak dalam masa 25 minit lagi. Keadaan di surau yang sesak dengan umat Islam yang ingin menunaikan solat fardu Maghrib telah membuatkan dia sedikit lambat untuk ke balai berlepas. Mujur dia sempat juga menunaikan solat tadi.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now