BAB 14

19.6K 910 23
                                    

Juwita dan Julia sama-sama sedang mengemaskan kembali segala pinggan mangkuk serta periuk dan kuali kotor yang digunakan untuk memasak rendang ayam sebentar tadi. Juwita ingat kenapalah kakaknya yang seorang ini beria-ria ingin belajar memasak rendang, rupa-rupanya Julia baru tahu makanan kegemaran Norman ialah rendang ayam.

Macam-macamlah kakak aku ni...

Juwita di singki belah kiri sibuk mencuci dengan menggunakan sabun pembasuh manakala Julia di sebelahnya ditugaskan untuk membilas semula. Julia memandang adiknya di sebelah sekilas.

"Adik... Can I ask you something?" tanya Julia sedikit teragak-agak.

"You have already did." Juwita tergelak kecil. "Just kidding. Tanyalah."

"Hari tu kakak ada call ibu. Tanya tentang how's everyone is doing, or something like that..." ujar Julia sambil ekor mata melirik ke arah Juwita sekejap. Tangannya masih lincah membilas pinggan mangkuk. "Then I asked about you..." sambung Julia tapi dia berhenti sekejap.

Juwita mengeluh perlahan. Dia sudah tahu dan faham apa yang Juwita hendak sampaikan. "You want to know about Yusuf kan?"

Tangan Julia berhenti membuat kerja. Dia menutup pili airnya dan juga pili air Juwita. Bahu Juwita ditarik agar mereka berdua berdiri berhadapan.

"I'm sorry I brought this up. It's just that... I am curious. Adik tak pernah sorok apa-apa daripada kakak but why you didn't tell me about him?"

Juwita menunduk. "I don't know... Maybe because you're so far away."

Julia memegang kedua-dua bahu adiknya. "Adik... you know that I will always be with you right?" tanya Julia perlahan sambil memandang tepat ke dalam mata Juwita. "Kakak tak nak benda macam dulu jadi. It was my fault it happened to you. I wasn't there when it happened. Kakak tak nak biarkan adik tanggung sorang-sorang macam dulu. Please Juwita..." rayu Julia dengan suara yang sudah terketar-ketar. Birai matanya juga sudah berair.

Juwita menarik tangan Julia di bahunya lalu dipegang erat. Air matanya juga sudah jatuh setitis demi setitis di pipi. "It wasn't your fault or anyone's fault. Salah adik. I was my fault so stop blaming yourself. Semua tu takkan jadi kalau bukan sebab adik sendiri," ujar Juwita tegas. Air matanya dilap kasar dengan tapak tangan. "Tentang Yusuf pulak... just consider him as a douchebag that doesn't have to be remembered anymore."

Dahi Julia berkerut memandang Juwita. "Douchebag? I thought you love him?"

"I did. Sekarang tak lagi," jawab Juwita senada. Dia kembali mencuci baki pinggan mangkuk yang tinggal. "Yes, adik pernah terfikir nak bagi dia peluang kedua. But not untill I found him in his office with his secretary on his lap."

Mata Julia membuntang. "He what?!" Hampir sahaja mug yang masih bersabun di tangan Julia terlepas dari tangan.

"He did," balas Juwita tanpa perasaan. "Adik pergi ofis dia a couple of weeks ago and when I saw him like that, that is it. Me and him... it's over."

Juwita terbayang kembali insiden yang berlaku dua minggu yang lepas. Kedatangan dia ke pejabat Yusuf pada hari itu sebenarnya kerana dia ingin berbincang tentang hal mereka. Juwita juga sebenarnya mahu memberikan Yusuf peluang yang kedua, sekiranya penerangan Yusuf nanti dapat diterima akalnya.

"Sorry Cik Juwita... you tak boleh masuk sekarang. Encik Yusuf tengah ada meeting." Seorang pekerja tergesa-gesa menegah Juwita apabila dia melangkah ke arah bilik Yusuf.

"It's okay. Kalau dia ada meeting, I tunggu dalam bilik dia. Dia tahu I nak datang hari ni," ujar Juwita. Memang Yusuf tahu akan kedatangannya hari ini tetapi sebenarnya dia memberitahu Yusuf akan datang pada pukul 4 petang tetapi dia mengubah rancangan dan datang pada waktu tengahari.

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now