BAB 48

17.7K 823 72
                                    

"Okey, siap..." ujar Zulaikha perlahan apabila sudah selesai membalut kembali luka di kepala pesakitnya. "Nanti untuk makan malam, Encik Ben ada apa-apa spesific yang encik nak makan?" tanya Zulaikha lembut.

Itulah rutin hariannya setiap hari. Menjaga hal ehwal pesakitnya tidak kiralah dari segi apa pun. Dan kerana memang pesakit yang tinggal di wad VVIP boleh membuat pilihan makanan, terpaksalah dia melayan kehendak Encik Ben 10 yang pelik-peli

Tapi, ada ke patut dia mintak sate kijang semalam? Agak-agaklah! Apa dia ingat ini hotel five stars?!

"Hmm..." Khal berfikir sejenak. Cuba mencari idea lagi hendak mengenakan jururawat muda itu. "Hari ni saya nak makan apam balik cheese dan murtabak daging," ujar Khal selamba tanpa rasa bersalah. "Oh, kalau boleh tolong belikan sekali ayam goreng Uncle Bob yang sedap tu."

Tercengang Zulaikha mendengar permintaan Khal yang tidak masuk akal itu. "Tapi, Encik Ben... semua benda tu encik tak boleh makan. Encik Ben boleh pilih menu yang sihat-sihat sahaja. Yang mengikut cadangan dietician kami."

"Habis tu kalau tak boleh kenapa awak tanya saya tadi?" Khal bersuara seperti marah.

"Dah memang tugas saya kena tanya..." Zulaikha berkata perlahan, hampir-hampir didengari oleh diri sendiri sahaja tapi Khal masih mampu mendengar kata-kata jururawat itu. "Apa kata saya cadangkan Encik Ben pilih ikan salmon panggang? Sedap tau ikan salmon tu!"

Khal memandang Zulaikha dengan pandangan yang tajam membuatkan Zulaikha terus terdiam.

"Selagi awak tak dapatkan apa yang saya minta tu, jangan sesekali masuk dalam bilik ni lagi. Tak payah lagi jaga saya. Kalau bos awak tanya, saya cakap je awak tak buat kerja. Biar awak kena pecat. Faham Cik Zulaikha?"

Zulaikha yang mendengar sudah terasa seperti ingin menangis. "Encik Ben janganlah buat saya macam ni..."

"Faham tak?" Khal mengeraskan lagi suaranya.

"Fa... faham, Encik Ben."

"Tunggu apa lagi? Cepatlah cari!" gertak Khal. "Awak ada masa lebih kurang tiga jam je lagi sebelum masa dinner saya."

Zulaikha terus melangkah laju meninggalkan bilik berpuaka itu dengan tangisan yang tidak dapat dilihat oleh Khal. Dia pergi ke sudut rehat dan menangis teresak-esak di situ.

"Ehh, Ika. Kenapa you menangis ni?" tanya Gayatri, salah seorang staff nurse di situ apabila melihat Zulaikha menangis tersedu-sedan di bilik rehat jururawat.

Zulaikha menggeleng perlahan sambil mengelap air matanya. "Tak ada apalah, Gaya. Saya penat je..."

Gayatri menggeleng-geleng. Tahu sangat rakan sekerjanya itu berbohong. Dia tahu pasti ada kena mengena dengan bilik berpuaka itu.

Bilik berpuaka. Bilik pesakit bernama Khal itulah yang dipanggil bilik berpuaka.

"Mesti sebab anak bos tu kan?" Gaya menyerkap jarang. "Apa lagi yang dia buat kali ni, Ika?"

"Tak ada apa sangatlah, Gaya. Awak jangan risau. Dia cuma minta makanan yang bukan-bukan je..." ujar Zulaikha. "Dan saya kenalah carikan untuk dia..." Zulaikha sudah mula berdiri dari tempatnya. "Gaya, saya keluar sekejap ya? Nak carikan makanan Encik Ben 10 tu. Nanti kelaparan pulak dia."

"You nak keluar macam mana, Ika? Kat luar tu macam nak hujanlah!"

Zulaikha memandang ke luar tingkap. Memang cuaca di luar kelihatan sudah gelap seperti mahu hujan, tetapi masih belum hujan lagi.

"Kalau macam tu, saya kena pergi cepatlah. Saya minta diri dulu, Gaya."

Zulaikha terus berlalu keluar dari bilik itu. Sampai sahaja di tingkat bawah, dia pergi ke arah loker dan mengambil topi keledar dan jaketnya. Baru sahaja kaki melangkah keluar dari pintu utama hospital, serta merta hujan lebat turun mencurah-curah. Zulaikha memegang erat topi keledarnya. Nak pergi atau tak payah pergi?

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now