(Pinjam gambar Jihyo kejap utk jadi Feesya ihiks 😉)

"Siapa tu? Girlfriend ehhhh..." usik Hafeesya dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir.

Haris senyum segaris. Kemudian kepalanya menggeleng perlahan meski akal fikirannya menyatakan sebaliknya.

Juwita Natalia, gadis yang aku cintai sepenuh hati. Tapi kenapa bila Hafeesya tanya tentang dia, aku sanggup menidakkan kenyataan yang sebenar?

"Haris, I fahamlah kalau you ada girlfriend. In fact, I sebenarnya terkejut bila you cakap you masih belum kahwin. Eh, you tu dah nak masuk 34 dah tau next year!"

Haris tergelak kecil. "Alah, you tu pun apa kurangnya? Kita sebaya okey!"

Hafeesya mula menyuap makanan yang sejak tadi hanya terhidang di hadapan mereka. Dia lega, sekurang-kurangnya hubungan antara dia dan Haris sudah pulih seperti dulu. Walaupun dia masih tidak tahu pada tahap manakah hubungan mereka sekarang ini, tetapi apabila Haris dapat menerima penjelasannya tempoh hari, dia bersyukur.

Sebenarnya, apa yang berlaku 10 tahun yang lepas itu fitnah semata-mata. Danial, kawan baik Haris ketika di Rusia dahulu amat meminati Hafeesya tetapi Hafeesya lebih memilih Haris berbanding Danial. Akibat tidak puas hati, Danial sering memburuk-burukkan Hafeesya di hadapan Haris, tetapi sedikitpun Haris tidak pernah percaya. Sehinggalah suatu hari, Danial memilih jalan yang drastik.

Hafeesya mendapat pesanan yang menberitahu bahawa Haris berada dalam keadaan tidak sihat dan Haris mahu berjumpa dengannya di rumah lelaki itu. Tanpa rasa curiga, Hafeesya terus ke apartment Haris tetapi tiada siapa di situ melainkan Danial. Apabila Hafeesya ingin keluar dari rumah itu, Danial bertindak untuk menahannya. Apabila dia cuba melawan, lelaki itu terus memeluk tubuhnya membuatkan dia terperangkap. Ketika itulah, Haris tiba-tiba muncul membuka pintu rumah dari luar dan dia terkejut melihat Hafeesya dan Danial dalam keadaan seperti itu.

Kerana marah, Haris langsung tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Hafeesya. Kerana hal itu jugalah dia semakin merosot dalam pelajarannya dan terpaksa mengulang semester akhir di Rusia di saat rakan-rakannya yang lain sudah menamatkan pengajian. Danial dan Hafeesya masing-masing berjaya tamat pelajaran mengikut waktu dan sudah kembali ke Malaysia. Hanya dia sahaja ketinggalan di Rusia. Semenjak itu, Haris langsung tidak menghubungi Hafeesya mahupun Danial, sehinggalah sekarang apabila dia bertemu semula dengan Hafeesya.

"You tahu tak..." Haris berkata tiba-tiba, membuatkan Hafeesya kembali memandang Haris. "I rasa kalau 10 years ago I dengar penjelasan you... maybe we are still together."

Terhenti suapan Hafeesya mendengar kata-kata Haris. Lama dia memandang wajah lelaki itu. Kemudian Hafeesya tersenyum.

"Actually, you perasan tak... yang kita berdua sebenarnya tak pernah berpisah secara official?"

Haris terdiam. Betul. 10 tahun yang lepas, dia meninggalkan Hafeesya begitu sahaja tanpa benar-benar memutuskan hubungan mereka berdua apabila menyangka gadis itu telah berlaku curang.

"So why not... we continue what we had before?" cadang Hafeesya.

Wajah Juwita terbayang di mata Haris. Masih ada lagikah perasaan aku kepada Lia apabila aku sudah tahu perkara sebenar tentang Hafeesya?

***

"Ju... dengar cerita keputusan tentang pertukaran guru tu dah keluar. Betul ke?"

Juwita mengalihkan pandangannya ke arah Hanis di sebelah. Tangannya yang tadi sedang menyemak kertas peperiksaan terhenti sekejap.

"Serius?! Aku tak tahu pun!" ujar Juwita sedikit terkejut. Memang dia sedikit sibuk hari ini sehingga tiada masa untuk makan pun.

"Serius! Cubalah check sekarang. Mana tahu kau dapat!"

Pantas tangan Juwita mencapai telefon bimbitnya di atas meja guru. Dengan lafaz bismilah, dia membuka sebuah laman web hanya melalui telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian, Juwita menjerit kecil membuatkan Hanis dan beberapa orang guru lain di dalam bilik guru itu memandang ke arahnya.

"Kenapa Cik Juwita?" tanya Aiman yang kebetulan baru sahaja melangkah ke dalam bilik guru. "Tiba-tiba je saya dengar awak menjerit."

"Saya dapat pergi Amerika untuk program pertukaran tu!" ujar Juwita ceria. "Aku dapat pergi US, Nis!!!"

Hanis terus memeluk Juwita. "Tahniah, beb! Bila nak kena pergi ni?"

Juwita meleraikan pelukannya. Dia kembali memandang telefon bimbit yang masih memaparkan laman web yang sama.

"Lebih kurang tiga minggu dari sekarang. Tak sabarnya!"

"Berapa lama program ni, Ju?" tanya Hanis sambil melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah tempat duduk Juwita.

"6 bulan je. Sort of internship macam tulah! Bezanya, kali ni dapat rasa pengalaman mengajar dekat tempat orang."

"6 bulan, Ju? Makan hati la along aku tu nanti. Dia balik sini, kau pulak kena pergi jauh!"

Perlahan-lahan senyuman Juwita mati. Apabila teringatkan Haris, dia jadi sedih. Semenjak beberapa hari yang lepas ketika lelaki itu memberitahu bahawa dia tidak jadi pulang, Haris langsung tidak pernah menghubunginya lagi.

Apa yang dah jadi sebenarnya?

"Laa, apahal muka tetiba macam asam boi ni?" tanya Hanis dalam nada bergurau. "Tadi bukan main happy... aku sebut pasal along je terus down? Rindu teruk ke?"

"Rindu tu memanglah rindu..." ujar Juwita perlahan sambil menunduk. "Masalahnya... dia tu rindu aku ke tak?"

"Apa punya soalan la kau ni... along aku tu dah head over heels untuk kau tau!"

Juwita tersenyum sumbing. "Kalau ya... kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa macam dia nak jauh dari aku?"

"Maksud kau?"

"He's avoiding me, Nis. Aku rasa jauh dari dia." Suara Juwita mula sebak. "Jauh sangat dari dia."

***

🙏🙏🙏 Sorryyyyy sangat sebab lambat update. I have been quite busy these days, but fret not because I will surely update, tak kiralah cepat atau lambat! 💪 Sementara tunggu lecturer masuk ni boleh la update sattt hehehe... Amacam, ada yang rasa nak tumbuk Haris bertubi-tubi tak? Let me know if you do! 😂😂😂

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now