"Hai, Ju!" tegur satu suara dari arah tangga. Juwita tersenyum dan melambai ke arah Hanis yang baru turun dari tangga. Hanis memeluk Juwita sekejap. "Along nak kenalkan girlfriend along dekat mama eh?" usik Hanis sambil memandang abangnya.

"Sekarang girlfriend, sikit lagi boleh jadi wife. Bakal kakak ipar Hanis ni...." Haris sengih.

"Auntie dengar, Ju ni mengajar sama sekolah dengan Hanis ya?" tanya Puan Hidayah.

"Betul, auntie."

"Eh, jomlah kita sembang dekat depan. Buat apa kat dapur ni!" ujar Puan Hidayah apabila menyedari mereka semua berada di kawasan dapur. "Eh lupa... nak kena masak untuk anak bertuah ni pulak. Kesian dia baru balik kerja ya..." perli Puan Hidayah sambil menjeling anak lelakinya.

Juwita memandang Puan Hidayah dan Haris bersilih-ganti. "Kalau macam tu, saya tolong auntie masaklah,", ujarnya tiba-tiba.

"Ish, janganlah macam tu. Juwita kan tetamu! Biar Hanis je yang tolong auntie masak. Sementara tu Haris sembang-sembanglah dengan Juwita dulu..."

"Tak apa auntie, Juwita tak kisah. Juwita pun boleh tolong memasak. Bolehlah Abang Haris rehat sekejap. Kesian dia... baru balik kerja," usik Juwita sambil tersenyum memandang Haris.

Haris membuat gaya ingin mencubit pipi Juwita tetapi pantas Juwita memegang kedua-dua belah pipinya sambil tersengih. Puan Hidayah tersenyum melihat gelagat kedua-duanya.

"Kalau macam tu... okeylah." Puan Hidayah berkata. "Along pergilah naik dulu. Mandi ke, apa ke. Let us have our own quality time together without you first."

"Without me? Ini tidak adil!" Haris berpura-pura tidak setuju.

"Kecoh la along ni. Pergilah naik! Girlfriend along ni Hanis jagakan, jangan risau!" ujar Hanis.

Haris ketawa terbahak-bahak. Ketika mama dan adiknya mula berpaling untuk menyediakan bahan-bahan yang ingin dimasak, Haris mendekatkan bibirnya ke telinga Juwita.

"Lia okey ke?" tanya Haris lembut. Juwita mengangguk perlahan. "Nanti masak sedap-sedap tau sayang. Abang tak sabar nak makan!"

"Eii, demandnya!"

Haris tersenyum. Sepasang mata biru Juwita dipandang dalam. "I love you, sayang..." ucapnya tiba-tiba. Perlahan dan hanya Juwita sahaja yang dapat mendengarnya.

Merah pipi Juwita mendengar ungkapan Haris yang tiba-tiba itu. Puan Hidayah dan Hanis pula tersenyum-senyum melihat gelagat Haris dan Juwita.

"Okay, Romeo. Time to go!" ujar Hanis seraya menolak tubuh abangnya supaya keluar dari dapur. Sempat Haris menghadiahkan senyuman paling manis buat Juwita sebelum melangkah mendaki anak tangga ke biliknya.

Puan Hidayah mengeluarkan bahan basah di dalam peti ais dan dibawa ke singki. Hanis pula mengambil bekas bawang merah dan bawang putih lalu diletakkan di atas meja makan.

"Mama nak masak apa?" tanya Hanis.

"Mama rasa nak masak asam pedas ikan tenggiri, udang masak sambal petai, sotong goreng tepung dengan sayur campur sikit. Okey tak?"

"Kalau mama yang masak, semuanya okey je..." Hanis tersengih. Kemudian dia memandang sahabatnya yang masih tercegat di tepi meja. Mungkin Juwita masih berasa segan. "Ju, meh sini tolong aku kupas bawang jelah sementara mama bersihkan semua tu."

Tanpa membantah, Juwita terus duduk di meja makan dan mencapai pisau yang diletakkan Hanis di atas meja. Tangannya lincah sahaja mengupas bawang-bawang tanpa kekok.

"Juwita... auntie nak tanya sikit boleh?" Puan Hidayah menoleh sekejap ke arah Juwita sebelum kembali menghadap singki.

"Tanyalah auntie..."

"Your eyes are blue."

Juwita terdiam sekejap tetapi dia tidak terkejut dengan soalan itu. Dia tahu, lambat-laun perkara itu perlu diberitahu juga.

"Ju... Ju bukan orang sini. Mak dan ayah Ju orang Perancis," ujar Juwita perlahan tetapi dengan yakin.

Mata Hanis membulat memandang Juwita dan Juwita pula hanya mampu tersenyum. Puan Hidayah pula terus berpusing memandang Juwita.

"Serius kau ni orang Perancis Ju?!" tanya Hanis untuk meminta kepastian.

Juwita mengangguk sambil tersenyum segaris. "Ju rasa... baik Ju berterus terang dekat auntie dengan Hanis. Ju tak nak nanti ada salah faham," ujar Juwita. "Sebenarnya, Ju ni hanya anak angkat ibu dan ayah. Parents Ju ambil Ju masa dia orang tinggal dekat Perancis dulu. "

Puan Hidayah sedikit tergamam tetapi kemudian dia tersenyum. "No wonder you have a pair of blue eyes..." ujarnya. "Ju... I appreciate that you want to be honest with us. Buat pengetahuan Ju... auntie sikit pun tak kisah tentang latar belakang Ju yang lepas. Apa yang auntie tahu, anak lelaki auntie tu memang suka sangat dekat Ju. If my son loves you, I'll love you too."

Juwita tersenyum. Dalam hatinya dia rasa bersyukur kerana mama Haris dapat menerimanya walaupun tahu tentang latar belakangnya. Walau bagaimanapun, Juwita belum bersedia untuk memberitahu tentang 'kisah hitamnya' yang dulu.

Biarlah aku simpan yang itu sendiri. Lagipun, cukuplah sekadar Haris yang tahu tentang itu.

"Ju..." Hanis tiba-tiba memanggil.

"Yes?" Wajah Hanis yang berada bertentangan dengannya dipandang.

Hanis tersengih. Wajahnya terpapar riak ingin mengusik. "Agak-agakkan..." Dia berhenti dan masih tersenyum memandang Juwita. Juwita pula masih sabar menanti. "Agak-agak kalau kau ada anak dengan along nanti, anak kau boleh dapat mata biru tak?"

Membulat mata Juwita mendengar soalan Hanis. Hanis pula sudah ketawa terbahak-bahak melihat riak muka Juwita selepas mendengar soalannya. Juwita buat isyarat seperti ingin mencucuk Hanis dengan pisau di tangannya menyebabkan semakin kuat tawa Hanis.

Siot punya kawan! Macam tak ada soalan lain!!!

***

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now