Keadaan sunyi sepi seketika. Baekhyun kembali duduk di kerusi bagaimanapun masih menghadap setiap orang yang ada di situ.

"Tak semua apa yang kita nak akan jadi." Baekhyun bersuara perlahan. "Setiap perkara yang akan berlaku semuanya bukan kita yang rancang."

"Baekhyun..."

Baekhyun segera memandang Kai.

"Saya tak sempat cakap apa-apa pada, Kyungsoo."

Baekhyun terkedu mendengar kata-kata Kai. Lay, Sehun dan Xiumin turut terkedu.

"Benar kata orang..." Kai bersuara lagi dengan nada yang kelihatan agak terdesak. "Hargai setiap masa yang kita ada. Tak semestinya kita ada lagi masa yang lain seperti ini."

"Kita dah tak boleh buat apa-apa lagi, Kai." Baekhyun menarik nafas panjang. "Semuanya dah terjadi."

"Buat seketika saya rasa kamu sangat kuat hadapi semua ni waktu kehancuran puak ni dulu."

Serentak semua orang beralih memandang Xiumin.

"Sekarang baru kami rasa." ujar Xiumin dengan suara yang sayu. "Pahit sangat rasanya."

Baekhyun memalingkan mukanya apabila airmata yang berusaha ditahannya mengalir perlahan-lahan.

"Bila saya tengok wajah awak..." Xiumin memandang Baekhyun yang kini sedang mengesat airmatanya. "Wajah Luhan dan Kris... Saya dapat rasa kepahitan yang kamu alami lebih berganda daripada kami."

"Kami tahu benda ni akan jadi juga." Baekhyun bersuara serak.

"Apa maksud awak.?" Tanya Sehun.

"Kami dah banyak berbincang mengenai perkara macam ni." jawab Baekhyun. "Kami tahu kami akan mati."

Serentak semua orang terkejut mendengar kenyataan itu.

"Apa maksud awak, Baekhyun.?" Sehun merenung lelaki itu sambl mengerutkan dahinya.

"Kami memang dah jangkakan tiada siapa dapat bertahan di antara kami." Baekhyun membalas pandangan lelaki itu. "Di antara kami... Dalam kalangan penaung."

"Kenapa pula kamu berfikir macam tu.?" Sampuk Kai.

"Dalam apa-apa hal sekalipun kami yang akan kena dulu." ujar Baekhyun. "Kami dah bersedia tentang perkara ni dari dulu lagi."

Tiada seorang pun yang bersuara sebaliknya hanya memandang Baekhyun.

"Bezanya siapa yang dulu." sambung Baekhyun lagi. "Itu je. Sebab tu kami sentiasa bersedia. Untuk apa jua."

-----------------------------------------

Xiumin berdiri kaku di sebalik batu besar itu. Dia tidak mampu meneruskan langkahnya untuk ke hadapan. Matanya tidak lari daripada menatap wajah lelaki yang kini dirasakan semakin jauh daripadanya.

Kris kini sedang duduk di atas sebuah batu sambil memejamkan matanya mendengar ombak yang memukul di laut. Xiumin tunduk seketika. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Sudah terlalu banyak kejadian yang mengubah situasi di markas itu. Keadaan kini sudah tidak seperti dulu lagi. Mereka harus berdiri di kaki sendiri dan menerima apa sahaja kenyataan yang berlaku.

Xiumin melangkah perlahan-lahan mendekati Kris. Dia menarik nafas panjang cuba untuk tidak mengubah keputusannya itu.

"Ada apa lagi, Xiumin.?"

Xiumin terkedu mendengar pertanyaan Kris.

"Awak asyik ada je waktu saya dengan fikiran yang tak betul." Kris mendengus perlahan.

"Sebab saya rasa saya tak boleh nak biarkan awak sendiri dalam keadaan awak macam tu."

Kris tidak membalas.

"Saya pun tak tahu kenapa tak boleh buat macam tu." Xiumin bersuara lagi dengan nada yang agak mendatar.

"Lepas ni giliran saya lagi."

Xiumin mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. "Giliran apa pula yang awak maksudkan ni.?"

"Saya tak sangka lah juga Kyungsoo yang lebih dulu."

Xiumin mendengus kuat sambil menggenggam buku limanya. Dia paling tidak suka topik itu diwujudkan.

"Xiumin..." Kris bingkas bangun kemudian memandang lelaki itu yang memang sudah sedia memandangnya. "Saya minta sangat-sangat kalau ada apa-apa yang berlaku... Tolong buat apa yang patut."

"Apa lagi yang patut saya buat.??" Xiumin tersengih seolah-olah ingin membantah apa yang lelaki itu ingin katakan.

"Beri semangat pada Luhan dan Baekhyun." ujar Kris. "Mereka kena teruskan lagi benda ni sampai habis."

Xiumin tidak membalas sebaliknya merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.


A/n: Okay, kehilangan Kyungsoo ne. Xiumin masih belum cakap apa-apa pada Kris. Huhuhu~ Cerita ne dah nak sampai kemuncak. Ada dalam lebih kurang lima bab lagi. Leave your feedback. 

> VOTE & COMMENT <

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now