Pantas tangan Juwita menjadi sepit ketam lalu mencubit lengan Haris. Selalu sangat mengusik aku tau! Biasaaaaa dia ni...!

Haris tergelak. Tak adalah sakit mana pun dicubit Juwita sebenarnya. Matanya tunak memandang Juwita dengan senyuman.

"Nak tahu apa lagi persamaan antara Lia dengan kitten?"

Juwita angkat kening tetapi tidak bertanya. Apa lagi idea dia nak usik aku ni...

Haris tiba-tiba membawa keluar sehelai tisu dan mendekati Juwita. Matanya memandang ke arah bibir gadis itu. "Makan comot..." ujarnya perlahan lalu mengelap aiskrim di bahagian bawah hingga pinggir bibir Juwita dengan ibu jarinya sendiri perlahan-lahan. Kemudian ibu jari itu baru dilap menggunakan tisu.

Juwita terkedu dengan perbuatan Haris yang secara tiba-tiba itu. Lama matanya tidak berkelip langsung memandang Haris kerana terkejut. Tidak semena-mena hatinya berdegup laju dengan perbuatan dan panahan mata Haris.

"Errr... abang tak jawab lagi soalan Lia tadi." Juwita berkata tiba-tiba. Untuk menutup rasa malu, dia meneruskan langkahnya dan memandang ke hadapan sahaja.

"Soalan yang mana?" Haris masih beriak selamba walaupun dia tahu pasti Juwita sedang malu sekarang ini.

"Tentang diri abang. Lia nak tahu."

"Okey, untuk Lia abang cerita jugaklah walaupun membosankan," ujar Haris dengan senyuman. "Macam yang Lia tahu, abang hanya dua beradik dengan Hanis. Ayah abang tentera, tapi arwah ayah meninggal 10 tahun yang lepas masa dalam operasi. Mama abang one of the share holders dalam salah satu syarikat Tan Sri Adam. Yelah, sebab itu memang bisnes family sejak dari zaman Tok Wan lagi. Tapi mama dah tak kerja, cuma 'tuai hasil' jelah sekarang."

Juwita mengangguk-angguk faham. Apabila mendengar tentang ketiadaan ayah Haris, terbit rasa simpati di dalam hati Juwita.

"Abang buat medik dekat First Moscow State University, Rusia selama enam tahun. Lepas tu abang balik Malaysia dan kerja dekat sini. Dua tahun lepas, kerja abang dah stabil dan abang ada rezeki lebih sikit. Mama pun ada support abang a little bit dari segi kewangan, jadi abang dan Johan jadi share partner dan buka klinik yang jadi tempat pertama kita jumpa dulu," sambung Haris panjang lebar.

Juwita tersenyum apabila teringatkan kisah itu. "Abang terlampau direct masa tu! Mana boleh cakap macam tu dengan perempuan tau!" ujar Juwita apabila teringat apa yang dikatakan Haris kepadanya ketika kali pertama mereka berjumpa dulu. Segala jenis masalah wanita disebut selamba sahaja oleh lelaki itu tanpa rasa apa-apa. Juwita pula yang jadi segan!

Haris tergelak. "Habis tu? Lia susah sangat nak explain Lia sakit apa... abang pun sebut jelah semuanya!"

Juwita mencebik. "Lepas tu marah Lia kan... sampai Lia menangis!" Juwita memandang Haris, sengaja mahu menakutkan lelaki itu.

"Mana ada marah... gertak sikit je sayang. Lia yang terlebih emosi masa tu. Yelah, orang tengah datang bulan..."

Pantas tangan Juwita mencubit lagi lengan Haris. Kali ini lebih berbisa kerana Haris mengaduh sakit. Rasakan!

"Okey, tutup cerita tentang tu. Abang cerita tak habis lagi ni..." ujar Juwita.

Dahi Haris sedikit berkerut. "Tak habis apa lagi? Rasanya abang dah habis cerita dah..."

Juwita memandang Haris dengan senyum nakal. "Tak cerita pasal girlfriend pun..." Jari telunjuk dinaikkan dan digerak-gerak untuk mengusik.

"Perempuan selalu tanya soalan macam ni kan..."

"Eleh, lelaki pun selalu tanya soalan macam ni jugak..."

"Abang tak tanya Lia pun?" Haris cuba membela diri.

"Sebab abang dah tahu sendiri!"

"Mana ada. Kot-kotlah Lia ada boyfriend sebelum Yusuf ke..."

Juwita menggeleng laju. "Tak ada. Yusuf seorang je sampai sekarang."

Haris memegang lengan Juwita membuatkan langkah mereka terhenti. Juwita memandang wajah Haris yang sudah bertukar serius.

"Kenapa?" tanya Juwita pelik.

"Ayat Lia tu. Bukan 'sampai sekarang'. You and him... it's over. Dah tak ada apa-apa. Sekarang Lia dengan abang. Mungkin Lia tak kenal abang selama mana Lia kenal Yusuf. Tapi Lia kena percaya... abang sayang dan cintakan Lia lebih daripada Yusuf. And I will surely take care of you thousands time better than him."

Mata Juwita berkaca-kaca kerana terharu mendengar pengakuan Haris yang kedengaran begitu ikhlas sekali. Benar... apa yang dirasainya sekarang ini sungguh berbeza daripada apa yang pernah dirasainya ketika bersama Yusuf dahuli. Bersama Haris, dia rasa lebih bahagia dan gembira.

Haris membawa keluar sesuatu dari poket seluarnya. Sebentuk cincin tanpa kotak kini berada dalam tangannya.

"Lia boleh terima abang?" tanya Haris perlahan sambil menunjukkan sebentuk cincin emas dengan sebiji batu. Simple tetapi cantik.

Juwita menekup mulut kerana terkejut dengan kejutan yang tiba-tiba ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Juwita menekup mulut kerana terkejut dengan kejutan yang tiba-tiba ini. Bibirnya terukir senyuman di sebalik tapak tangan. Lama matanya memandang tepat ke mata Haris sebelum dia mengangguk perlahan.

Haris tersenyum lega. Tangan kiri Juwita dicapai dan dia menyarungkan cincin itu di jari Juwita. Muat. Makin lebar senyuman Haris. Kalau ikut petua orang lama, jika ukur saiz cincin perempuan guna jari kelingking lelaki dan cincin itu padan, maknanya ada jodoh!

Juwita turut tersenyum. Cincin di jarinya dipandang dengan senyuman. "Cantik... pandai abang pilih. Ini ke hadiah yang abang maksudkan semalam tu?"

Haris mengangguk. "Dah lama abang beli... masa kita cakap pasal cincin dulu tu, esoknya abang terus pergi beli."

Juwita tergelak. Kemudian dia memandang Haris. "Sekarang ni... hubungan kita kiranya macam mana?" soal Juwita perlahan.

"Cincin ni menunjukkan yang Lia abang yang punya. Walaupun belum betul-betul jadi milik abang, tapi tak ada orang boleh kacau Lia abang lagi!" ujar Haris bersungguh-sungguh. "Macam yang abang dah janji dulu... ini cincin yang pertama. Cincin ni tanda Lia dah boleh terima abang. Abang happy sangat hari ni..."

Juwita tersenyum manis.

"Lia pun happy sangat..."

***

Cincin pertama dah selesai, agak-agak sempat tak tiga lagi cincin Abang Haris nak bagi ni? Chaiyokkk Abang Haris!!! 💍💍💍

Tanya Sama Hati ☑Where stories live. Discover now