"Cantiknya you ni... dah ada boyfriend ke belum? Kalau belum ada, I nak minta phone number. Kalau dah ada boyfriend pun, I tetap nak minta phone number you," ucap Juwita dengan suara yang dibuat-buat, mengulangi semula kata-kata Johan dahulu. "Gatal! Tak suka!!! Padan muka kena marah dengan Lia! Ada hati nak mengorat orang konon..."

"Itu baru Lia marah dia. Semalam masa abang call dia, abang marah dia lagi sekali."

"Abang cakap apa?"

"Abang cakap jangan berani nak kacau buah hati abang lagi. Kalau nak kacau, pergi kacau orang lain. Not you, because you are mine."

Juwita mencebik. "Bila masa entah I'm yours..." gumam Juwita perlahan. Haris yang mendengar hanya tersengih. "Kita nak pergi mana sekarang ni?" tanya Juwita cuba menukar topik apabila Haris sudah mula memandu kereta keluar dari taman perumahannya.

"Kita pergi lunch dulu. Lia nak makan dekat mana?"

Juwita berfikir sejenak. Alang-alang sudah waktu makan tengah hari dan perutnya sendiri sudah lapar, baik makan nasi sahaja. Tak payah nak bajet-bajet makan sikit depan lelakilahhh...

"Rasa nak makan nasi!" jawab Juwita teruja. "Dengan asam pedas ikan pari yang sedap dekat dengan klinik abang tu!"

Haris tergelak kecil. Wajah Juwita dipandang sekilas. "Serius nak makan nasi?" Haris seperti tidak percaya.

"Yelah! Tak percaya ke? Hello cik abang... walaupun Lia bukan anak jati Malaysia dan berdarah Melayu , Lia ni penggemar nasi dengan masakan Melayu tau!" Juwita berkata penuh semangat, tanpa sedar dia sudah membuka rahsianya sedikit.

Dahi Haris berkerut. "Bukan anak jati Malaysia dan berdarah Melayu? Apa maksud Lia?"

Juwita terdiam dan menggigit bibir bawah. Baru dia sedar akan keterlanjurannya tadi. Tapi... dia sendiri sudah tidak mahu menyimpan rahsia terhadap lelaki ini lagi. Lagipun, Haris juga sudah tahu sedikit sebanyak tentang dirinya. Tiada salahnya jika dia berterus-terang dengan Haris, jika dia mahu hubungan antara mereka berterusan.

"Boleh Lia jujur dengan abang? Lia tak nak ada salah faham lagi..." ujar Juwita perlahan sambil menunduk.

"Of course Lia... abang pun tak nak ada salah faham lagi antara kita. But if you find it hard to tell me now, it's okay sayang. You can take your time. Apa pun kisah Lia, abang akan terima dengan ikhlas..."

Juwita memandang wajah Haris yang sedang memandu dan tersenyum. "Macam yang abang dah tahu, Lia bukan anak kandung ibu dan ayah. Lia cuma anak angkat." Juwita sudah mula bercerita. Haris hanya mendengar tanpa menyampuk. Sesekali dia berpaling memandang wajah Juwita sekejap. "Cuba teka Lia asal mana?" Tiba-tiba Juwita bertanya. Suaranya kedengaran biasa, tiada nada sedih. Mungkin kerana dia sudah bersedia untuk bercerita.

"Seriously you are not from Malaysia?" soal Haris sambil angkat kening.

Juwita mengangguk. "Macam mana Lia nak dapat mata macam ni kalau Lia Malaysian..."

Haris tersenyum memandang Juwita. "Those mesmerising eyes... mata tu yang buat abang terus jatuh cinta dekat Lia tau!" Haris berterus terang. "Scientifically... memang Lia takkan dapat mata macam tu kalau Lia fully Asian. So I guess you're not Asian then."

"Kalau abang nak tahu... I am actually French."

Mata Haris membulat seperti tidak percaya. "Seriously?! Maksud Lia... both of your parents are French?" soal Haris. Juwita mengangguk untuk mengiyakan pertanyaan Haris. "Sorry for asking, but how..." Haris membiarkan soalannya tergantung kerana tidak tahu bagaimana untuk bertanya tanpa kedengaran biadap.

"Ibu dengan ayah pernah tinggal dekat France lima tahun sebab ayah kerja dekat situ. Masa tu Kak Ju baru lahir. So basically Kak Ju membesar dekat sana walaupun lahir di Malaysia. Kebetulan masa di sana, ibu ada kenalan yang masa tu tengah pregnant, and she don't want the baby." Juwita berhenti sekejap dan menunduk memandang jari jemarinya di atas paha. "Which was me..."

Haris mencapai tangan kanan Juwita dan digenggam perlahan, cuba memberi kekuatan.

"So... ibu dan ayah buat keputusan untuk adopt Lia, as soon as my real mother give birth to me. Kebetulan ayah ada kenalan penting dekat sana yang memudahkan urusan pengambilan anak angkat, sebab ibu dengan ayah bukan warganegara sana. But they managed to adopt me with a lot of help. Lepas tu, ibu dan ayah berpindah semula ke Malaysia, sampailah sekarang..."

"Abang nak tanya sikit boleh?"

"Boleh. Tanyalah..."

Haris berfikir sekejap untuk mencari ayat yang sesuai. "Kalau kita kahwin nanti... maknanya Lia kena pakai wali hakim la kan?"

Juwita tersenyum. "Lupa nak cakap satu lagi perkara yang penting. Walaupun Lia anak angkat ibu dan ayah... ibu cerita dekat Lia yang sebenarnya ibu menyusukan Lia sejak Lia baby lagi supaya tak timbul isu mahram dengan ayah nanti. Jadi kiranya... Lia ni anak susuan ibu dengan ayah," terang Juwita panjang lebar melegakan Haris. "By the way... rasa-rasanya Lia tak ada cakap pun nak kahwin dengan abang lagi kan?" usik Juwita membuatkan Haris terus berkerut dahinya.

"Apa ni Lia... tak naklah macam ni..."

Juwita tersengih. "Siapa suruh pilih Lia? Kalau nak Lia, kena banyak berusaha, bertawakal dan bersabar. Nasiblah kannn..."

***

Agak-agak Abang Haris ni boleh ke amalkan konsep berusaha, bertawakal dan bersabar tu? Rasa macam tak je hahahaha ✌✌✌

Tanya Sama Hati ☑حيث تعيش القصص. اكتشف الآن