"Apa dia.?" Soal Kris semula.

"Awak memang macam ni ke dari dulu.?" Tanya Xiumin.

"Macam ni.?? Macam mana.?" Kris berkerut memandang lelaki itu tanpa berhenti melangkah.

"Macam ni lah... Pemarah, merungut, kasar..."

Kris berhenti berjalan kemudian memandang lelaki itu menyebabkan Xiumin turut memberhentikan langkahnya.

"Saya cuma nak tahu." ujar Xiumin.

Kris mendengus kuat kemudian kembali meneruskan langkahnya. "Kalau awak nak tahu awak boleh tanya pada Luhan, Baekhyun atau Kyungsoo."

Xiumin tidak membalas sebaliknya menyusul lelaki itu. Dia dapat merasakan lelaki itu terasa dengan soalannya.

"Tapi saya tak mengubah apa-apa daripada sifat saya sejak kecil lagi." ujar Kris. "Itu yang saya pasti. Kecuali sifat pemarah saya ni. Ia mula menjadi teruk sejak kebelakangan ni."

"Sejak awak jumpa Tao ke.?" Xiumin memandang lelaki itu walaupun hakikatnya lelaki itu hanya memandang ke hadapan.

"Rasanya." selamba Kris menjawab. "Sebab benda tu..."

Tiba-tiba sahaja langkah Kris terhenti apabila tiba di sebuah kawasan lapang. Xiumin turut berhenti kemudian memandang sekeliling. Dia terpandang satu pintu masuk gua yang berada jauh sedikit di hadapan mereka.

"Dah sampai!" Xiumin bersuara teruja.

"Shhhhh!!!"

Xiumin segera memandang Kris yang kini sedang memandang sekeliling. "Awak ni kenapa.? Dah sampai kan.?"

"Cuba dengar betul-betul."

Xiumin berdiam diri cuba memasang telinga. Kedengaran sayup-sayup suara seperti seekor binatang buas menjerit kelaparan. Xiumin membesarkan matanya memandang Kris. Hatinya kini sudah mula tidak senang. Dia dapat merasakan bahaya bakal muncul sebentar lagi. "Bunyi apa tu.?"

"Tak tahu." Kris kelihatan masih fokus. Suara yang sayup-sayup itu semakin lama semakin jelas seolah-olah ia semakin dekat.

"ROARRRR!!!"

Perkara yang langsung tidak diduga, seekor naga besar berwarna hijau lumut dan bertompok hitam mendarat di tengah-tengah kawasan lapang itu betul-betul di hadapan Kris dan Xiumin. Pintu gua itu kini dihalang. Naga dengan sayap besar, wajah yang sangat menakutkan dengan telinganya tajam ke belakang itu menghembuskan api dari mulutnya disertai dengan ngauman yang mengerikan menyebabkan Xiumin berlari bersembunyi di sebalik pokok. Kris pula tidak berganjak sebaliknya hanya memejamkan mata seketika. Api kini bertempiaran di merata-rata tempat.

"Naga.????" Pekik Xiumin memandang Kris.

Kris menarik nafas panjang kemudian menurunkan beg sandangnya. "Ini lah penjaganya."

Xiumin mendengus kuat. Dia kini faham kenapa Baekhyun mengatakan perjalanan kumpulannya dan Luhan lebih merbahaya berbanding yang lain. Kerana mereka perlu melintasi penjaga bebola kristal itu.

"Apa kita nak buat sekarang.?!" Pekik Xiumin lagi dari tempat dia berlindung. "Nak lawan ke.?!"

"Ya." Kris memejamkan matanya sekali lagi apabila naga itu meniup api ke arahnya.

Xiumin hanya membesarkan matanya memandang lelaki itu. Buat seketika dia cemburu dengan Kris yang berkuasa api sehingga menyebabkan lelaki itu tidak perlu berselindung dari bahaya sepertinya. Kris langsung tidak apa-apa apabila terkena api naga itu sebaliknya hanya dipukul angin kuat. Bunyi bising naga itu menyeringai benar-benar membingitkan telinga.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now