"Tapi saya dapat rasakan yang dia bukan setakat pelindung bagi awak. Rasanya dah lebih dari itu kan.??" Kai masih lagi memandang Kyungsoo cuba memancing sesuatu darinya.

"Kami semua dah macam keluarga." ujar Kyungsoo. "Tak hairan lah kalau mereka bersungguh-sungguh jaga saya."

--------------------------------------

Suho, Chanyeol dan Baekhyun masih meneruskan perjalanan mereka. Mereka kini sudah berjalan agak jauh. Kerjasama mereka amat baik dalam misi itu. Tenaga mereka juga cukup baik kerana mereka jarang berhenti berehat. Semangat mereka untuk balik cepat ke markas lebih diutamakan. Pelbagai perkara bahaya yang ada di sekeliling mereka dan akan datang pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, mereka lebih suka jika misi itu selesai dengan cepat tanpa tertangguh.

"Boleh tak kita berehat dulu.?" Chanyeol bersuara yang mana dia kini sudah bersandar pada sebatang pokok sambil bernafas dengan kuat kerana kepenatan. "Saya penat sangat lah."

Baekhyun dan Suho tidak menjawab sebaliknya turut duduk di bawah pokok berhampiran mereka. Mereka juga kepenatan.

"Jauh lagi ke kita nak jalan.?" tanya Suho agak tercungap-cungap memandang Baekhyun kerana lelaki itu yang memegang peta dari tadi. Mereka langsung tidak tahu-menahu mengenai peta itu.

Baekhyun memandang peta yang dipegangnya. "Mungkin. Kita kena lalu satu sungai lagi untuk sampai."

Serentak kedua-dua lelaki itu mengangguk-angguk. Mereka juga berharap dapat jumpa sungai kerana tekak mereka memerlukan air.. Ia kini terasa seperti terlalu kering dan akan terbakar pada bila-bila masa sahaja.

"Err... Baekhyun."

Baekhyun pantas memandang Suho.

"Boleh saya tanya sesuatu.?"

"Apa dia.?" tanya Baekhyun.

"Dah lama ke awak jadi seorang Huruf.??"

Baekhyun terdiam mendengar soalan itu sambil mengerutkan dahinya. Chanyeol turut berpaling memandang Suho.

"Soalan jenis apa awak tanya ni.??" Chanyeol turut mengerutkan dahinya. "Dia kan waris."

Suho menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Bukan itu sebenarnya yang saya nak tanya."

"Habis tu apa.?" Tanya Chanyeol.

Suho berusaha memikirkan soalan yang ingin ditanya sambil memejamkan matanya. "Hah!! Dah ingat."

Baekhyun dan Chanyeol kembali memandang lelaki itu.

"Awak..." Suho memandang Baekhyun teruja sambil menuding ke arah sesuatu yang ada pada lelaki itu. "Mata awak tu."

Chanyeol turut memandang mata biru bersinar lelaki itu. Ia sangat cantik bila dipandang.

"Macam mana boleh jadi warna biru macam tu.?" Tanya Suho. "Awak bukannya orang barat kan.?"

Baekhyun segera tersenyum kemudian kembali tunduk memandang kasutnya. "Ia semulajadi macam ni."

"Wah..." Chanyeol dan Suho bersuara teruja bercampur cemburu.

"Cantik lah, Baekhyun." puji Suho masih lagi merenung mata Baekhyun. "Kalau lah mata saya pun macam tu."

Baekhyun hanya ketawa mendengar kata-kata Suho.

"Awak je ke.?" Tanya Chanyeol pula.

Baekhyun mengangguk-angguk. "Ayah saya orang barat sebenarnya. Dari barat. Mata saya je yang ikut dia. Muka tak lah."

"Wah..." sekali lagi kedua-dua lelaki itu tercengang.

Mereka semua berdiam diri seketika. Masing-masing cuba memanfaatkan masa berehat itu dengan sebaiknya.

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now